The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Selasa, 19 Oktober 2010

Posted by peaqour On 4:20 PTG 2 comments

Life As We Know It


Poster filem Life As We Know It
 Kata GSC filem ni ber genre komedi ? Tak patut tak patut, sebab sepanjang waktu aku menonton filem ni rasanya cuma 40% aje babak kelakar, yang lagi 60% babak menyentuh jiwa, babak sedih, babak yang nak mengajak korang menangis, babak 18SX pon ada jugak sikit. Babak nak mengajak orang menangis tu lebih kurang macam tengok filem Kabhi Kushi Kabhi Gham, macam tengok filem hindustan tapi takde nyanyi nyanyi golek golek sambil bertukar baju. Semalam pra tonton filem ni menggunakan panggung THX yang besar tapi sayangnya tak sampai suku panggung pun yang datang. Rasanya filem dengan genre komedi romantik dah terlalu banyak di pasaran antarabangsa menyebabkan ramai yang tak berapa mengambil kisah apa filem genre ni yang akan keluar. Kecuali kalau ada pelakon kegemaran diorang berlakon macam Julia Robert, Cameron Diaz dll. Bila Life As We Know It ni keluar dan dibarisi oleh pelakon hebat tapi tak cukup bintang, orang macam tak ambik kisah.


Pasangan Peter dan Alison adalah kawan baik kepada
Messer dan Holly
Tapi, jangan pulak korang anggap kalau tak penuh panggung filem ni tak best. Literally, tajuk filem ni sebenarnya berkaitan dengan kehidupan sebenar yang boleh berlaku kepada sesiapa. It's about Life. Berkenaan dengan perkara yang kalau kita tak ambik kisah untuk kita fikirkan secara mendalam, tapi bila ia berlaku sebenarnya implikasi dia adalah besar. Contohnya bila seseorang yang kita paling menyampah tulah sebenarnya akan menjadi orang yang kita sayang. Pastu, pergaduhan di dalam institusi keluarga boleh merapatkan lagi hubungan jika dikendalikan secara berhemah. Lagi, jika terpaksa memilih di antara kerjaya dengan future family. Lagi satu yang paling besar yang akan berlaku di dalam hidup semua makhluk, KEMATIAN. Semuanya bila ia belum berlaku, kita tak berapa ambil berat tapi selepas ia berlaku kesannya melebihi apa yang kita dapat fikirkan.


Antara babak yang kelakar, punya la penat Holly
masak, Sophie dengan mukastone makan kerepek
yang Messer taburkan atas meja.
Life As We Know It dibintangi oleh pelakon yang terkenal, walaupun belum setaraf dengan Julia Robert tapi dia tetap berada di kelasnya tersendiri. Katherine Heigl dan Josh Duhamel adalah teraju utama filem ni yang aku kenal. Yang lain tak berapa kenal sangat. Katherine Heigl kita memang selalu nampak dia berlakon filem filem ber genre komedi romantik, macam Ugly Truth (dengan Gerard Butler), 27 Dresses (dengan James Marsden), Killers (dengan Ashton Kutcher), Knocked Up (dengan Seth Rogen) dan rasanya yang paling ramai tau, Grey's Anatomy. Aku suka tengok dia berlakon sejak tahun 2000 lagi masa tv series yang cukup hangat masa tu, Roswell. Josh Duhamel pulak rasanya ramai yang ingat dia dalam filem Transformers 1 dengan 2. Kalau peminat tv series Las Vegas, mesti tau dia jugak. Kiranya gandingan kedua duanya pun not bad. Nampak ada chemistry antara diorang. Rasanya better daripada gandingan Katherine dengan Butler dalam Ugly Truth. Pelakon lain, no komen, tak kenal sangat.

Filem ni seronok ditonton. Banyak pengajaran jugak berkenaan dengan kehidupan manusia. Tapi biasalah ada jugak yang tak elok dipaparkan, almaklumlah budaya barat. Macam babak diorang buat kek dengan menggunakan dadah, ish ada ke patut. Selain tu dia banyak menitik beratkan tentang tanggungjawab dalam keluarga, tentang kebahagian didalam sesebuah keluarga.

Sinopsis Sket


Dua dua penat bila Sophie dah mula pandai berjalan.
Holly (Katherine Heigl) adalah sahabat baik kepada Alison dan Messer (Josh Duhamel) berhutang jasa kepada Peter yang mana Peter dan Alison adalah pasangan suami isteri. Filem ni bermula dengan pasangan ni cuba nak kenen kenenkan Holly dan Messer tapi malangnya tak menjadi dan sebaliknya mereka tidak menyukai satu sama lain. Tapi disebabkan persahabatan dengan pasangan tersebut, mereka selalu berjumpa di dalam setiap event yang pasangan Peter dan Alison buat sehinggalah mereka menimang cahaya mata, Sophie.



Sampai kena bawak ke tempat kerja.
Malang tak berbau, pasangan ni terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Mereka mewariskan anak mereka, rumah dan lain lain kepada sahabat karib mereka iaitu; Holly dan Messer. Atas perintah mahkamah, mereka berdua perlu membesarkan Sophie di rumah Peter dan Alison bersama sama mengikut kehendak wasiat tetapi dipantau oleh agensi kerajaan yang dilantik mahkamah. Dalam proses mereka membesarkan Sophie, mereka secara tak langsung tertarik dengan ciri ciri dalaman yang selama ni mereka tidak kenal antara satu sama lain. Apa yang kelakar...? apa yang sedih...? apa yang menyentuh hati...? Korang kena la tengok sendiri filem ni. Its a worth watching filem, especially untuk pasangan yang belum kahwin.

Kesimpulan


Babak awal cerita masa mula mula mereka berkenalan
sebelum membenci satu sama lain.
Tengok jangan tak tengok. Berbaloi dan takde lawak bodoh di dalam filem ni. :)

p/s: Credit to iMDB.com for the pictures.

Rabu, 6 Oktober 2010

Posted by peaqour On 12:34 PG 2 comments

Musli Ramlee: Jelmaan P. Ramlee?

Mula mula sila tengok video ni dulu. Kredit video ini untuk Youtube Radio ERA.



Entry ni aku terfikir masa aku mendengar radio ERA petang tadi (haritu, sorry entry ni tertunda sampai seminggu). Pagi dah dengar dah masa segmen Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray dan Haniff. Tapi tak sempat pulak nak dengar lagu Ali Baba dan 40 Penyamun yang Musli Ramlee nyanyi tu. Petang bila ERA putarkan semula rakaman lagu tu, pergh! Rasa macam allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih wujud di zaman kita ni.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kita semua membesar dengar filem-filem beliau, mendengar lagu-lagu karya dan ciptaan beliau, maybe ada juga yang pernah dengar cerita pengalaman mak ayah kita yang pernah terserempak dengan P. Ramlee ketika masih ada hayatnya. Bila dengar Musli Ramlee menyanyi di radio ERA, betul betul menusuk kalbu. Terbayang macam mana agaknya seorang lagenda, seorang ikon di Asia Tenggara, seorang yang genius muzik jika masih hidup lagi sehingga kini. Bila dengar Musli menyanyikan lagu Meet Uncle Hussin dengan lenggok P. Ramlee, macam terasa P.Ramlee betul-betul hidup sehingga kini. Bagi aku, itulah bakat yang ada pada Musli yang mungkin Allah nak kita semua yang hidup di zaman moden ini mendengar sendiri akan suara lunak ala P. Ramlee. Walaupun mungkin ramai kata, Musli tak original, takde identiti sendiri, nak popular dengan meniru gaya seorang lagenda. Tapi pada aku, berapa ramai yang boleh menyanyi dan berlakon 90% sebijik macam allahyarham. Itulah bakat dan kurniaan Allah untuk Musli.

Dengan adanya seorang seperti Musli Ramlee, dan dengan inisiatif murni radio ERA mengadakan bulan khas mengingati Tan Sri P. Ramlee, aku ada cadangan buat KRU yang terdiri daripada adik beradik kreatif. Apa kata arahkan sebuah filem remake Ali Baba Bujang Lapok, dengan menggunakan teknik CGI yang canggih manggih pasti pintu gua bukit kurma akan terbuka dengan lebih real. Kemudian dengan muzik arrangment yang lebih segar tanpa merosakkan lagu asal di dalam filem tersebut, dan dinyanyikan pula oleh Musli yang akan berlakon sebagai kepala penyamun. Digabungkan pula dengan pelakon-pelakon atau pelawak-pelawak yang popular diketika ini contohnya Nabil Raja Lawak sebagai abang kepada Ali Baba yang kudukut tu, atau Datuk Siti Nurhaliza menjadi Marjina, Saiful Apek sebagai apek tukan kasut dll. Aku rasa mesti boleh box office jugak macam filem-filem KRU yang lain.

Apa apa pun tahniah buat ASTRO dan radio ERA atas usaha bagi memperingati jasa allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Aku tak terfikir akan ada artis lain yang boleh diberikan penghormatan satu bulan diingati di sebuah stesen tv dan radio satelit selain daripada beliau setakat hari ini. Tiada sehingga kini yang dapat menandingi bakat kurniaan ilahi seperti yang dikurniakan kepada beliau. Bukan je boleh menyanyi dan berlakon, tetapi mengarah filem hits dan menggubah lagu yang evergreen. Aku doakan agar beliau terus dikenali sehingga ke zaman cucu cicit kita nanti. Aku jugak kagum dengan pemberian tuhan ke atas bakat Musli Ramlee. Semoga beliau akan sentiasa mendapat rezeki dengan menggunakan bakat yang ada padanya.