The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Rabu, 10 November 2010

Posted by peaqour On 1:09 PG 2 comments

Unstoppable

Bila baca tajuk entry ni jangan pulak korang ingat aku nak promote korang join MLM punya skim pulak. Bukan, takde kena mengena langsung dengan MLM cabang Uptrend tu. Unstoppable yang aku nak share kali ni adalah filem terbaru yang baru ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Poster filem nih


Kalau tengok pada poster filem ni, dengan gambar keretapi, efek kelajuan ditonjolkan pada font yang digunakan dan muka cemas pelakonnya, memang jelas memberitahu kepada semua yang ini cerita keretapi yang laju yang perlu dihentikan daripada mendatangkan mudarat. Kita flashback balik filem yang berkaitan dengan kelajuan yang perlu dihentikan, pasti yang paling kita ingat ialah filem Speed lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock yang ditayangkan lama dulu (1994). Dulu Keanu perlu menghentikan bas yang dipasang dengan bom dan tidak boleh dibawa perlahan kalau tak ianya akan meletup. Tahun ini, Unstoppable pula mengisahkan tentang keretapi pulak yang perlu dihentikan sebelum ianya menjadi kemalangan keretapi terburuk di seluruh Pennsylvania dan mengakibatkan kematian ramai nyawa. Filem ini diilhamkan dari sebuah kisah benar.
2 watak utama, Frank dan Will yang mula mula bergaduh
last last jadi kamceng

Cerita dia memang menarik, walau pada awalnya aku agak sangsi apakah aksi yang akan ditunjukkan oleh Denzel Washington, dah tua nak berlakon aksi ke? Watak utama dikongsi bersama Chris Pine (ingat Star Trek? Kapten Kirk sewaktu muda) dan dibantu dengan mantap oleh Rosario Dawson(Men in Black 2, Percy Jackson). Banyak elemen-elemen yang diketengahkan oleh pengarah filem ini, elemen kekeluargaan, keberanian, kecuaian yang kecil jika sambil lewa boleh membawa bencana yang besar, keparatnya dunia korporat yang lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa manusia, persahabatan, penyesalan, keyakinan dan bermacam macam lagi yang kita dapat lihat dalam filem Unstoppable ni. Filem ni arahan Tony Scott (The Taking of Pelham 1 2 3, tv series Numbers, Enemy of the State etc), adik beradik dengan Ridley Scott yang jugak pengarah dan producer filem. So no wonder la filem ni memang best.

Keretapi berat berjuta tan dengan lajunya boleh
menghancurkan apa saja yang menghalang
Ketika sedang menonton filem ni, dengan efek bunyi keretapi yang memang sengaja dikuatkan volume nya boleh menyebabkan kita berasa gerun dan takut serta berasa cemas sepanjang adegan kejar mengejar keretapi. Bila dengar bunyi keretapi yang laju da kita tengok di skrin sebuah keretapi yang sangat berat membawa muatan yang merbahaya secara tak langsung memberi kesan ketakutan kepada kita.

Sinopsis Sket
Kerana kecuaian pemandu keretapi yang pada mulanya cuma mahu mengalih keretapi sambil kerja main main menyebabkan keretapi yang beratnya beratus tan dengan membawa muatan termasuk bahan kimia yang boleh meletup berjalan dengan sendirinya tanpa pemandu. Keretapi tu yang tersilap disetkan kepada kelajuan maksimum boleh menyebabkan pekan kecil mengalami kerosakan harta benda yang besar dan kemungkinan mengorbankan nyawa.

aksi berani Denzel Washington, tak tau la ni bebetul
atau cuma berlakon dalam studio
Frank (Denzel Washington) seorang pemandu keretapi berpengalaman, Will (Chris Pine) seorang konduktordari syarikat  keretapi dan Connie (Rosario Dawson) ketua pengawal laluan keretapi yang bijak mencuba sedaya upaya untuk menghentikan keretapi terbabit disamping mengelakkan kemalangan jiwa. Tapi dengan campur tangan pengarah dari syarikat keretapi yang takutkan saham syarikat mereka jatuh kerana kemalangan ini tidak mahu tunduk kepada usaha mereka bertiga sebaliknya cuba mengunakan pendekatan yang mudah dan murah. Malangnya segala hasil usaha syarikat keretapi tidak berjaya dan ini menyebabkan ketiga-tiga watak utama ini mencuba sedaya upaya menggunakan cara dan keyakinan mereka untuk menghentikan keretapi terbabit walaupun terpaksa mengambil risiko kehilangan kerja mereka.

Rosario Dawson sebagai bos yang mengawal perjalanan
keretapi tengah marahkan mamat yang cuai tinggalkan
cockpit masa tengah memandu
Frank adalah seorang pemandu keretapi yang telahpun mendapat notis daripada syarikat keretapi bahawa perkhidmatan beliau diberhentikan dan akan digantikan dengan pemandu lebih muda yang di hantar syarikat (Will). Pertemuan pertama mereka tidak berapa mesra dengan Frank lebih berhati hati dengan Will kerana menganggap Will cuba merampas kerjayanya. Sementara itu Will pula mempunyai masalahnya tersendiri yang mana kerana kesilapannya cemburu buta menyebabkan rumahtangganya di ambang penceraian.

Dapat ke diorang ni menyelamatkan keretapi yang terlepas kandang tadi? selesaikah masalah peribadi mereka masing masing? cerita ini adalah cerita yang tidak harus korang lepaskan untuk menonton. Sungguh mendebarkan dan tanpa disangka ianya seronok ditonton.

Lawati laman web rasmi Unstoppable di http://www.unstoppablemovie.com/

Isnin, 1 November 2010

Posted by peaqour On 1:03 PG 0 comments

Takers

Lepas merompak, duit banyak, apa lagi PARTY!!!
 Genre filem ni diklasifikasikan sebagai action, crime dan thriller. Aku memang suka tengok filem filem tentang satu group yang merancang rapi sesuatu misi, setiap anggota ada kepakaran masing masing, ada konflik dalam menambah serba sedikit perisa dalam filem tu, ada elemen kekeluargaan diselitkan, humor memang sentiasa membuat aku teruja untuk melayan filem filem macam ni. Aku mula minat sejak kecil lagi aku suka menonton siri TV Mission Impposible, sekarang ada Leverage, kalau filem antara yang menjadi kegemaran aku macam The Italian Job, Ocean Eleven sampailah ke Ocean Twelve, The Loser dan ada beberapa lagi yang aku tak berapa lagi yang aku tak ingat tajuknya. So kiranya Takers ni cuba mengenengahkan genre sebegini untuk audien penonton macam aku. Tapi cukup bagus ke Takers ni?
Poster Takers
Takers berkisar tentang sekumpulan pakar merancang dan merompak duit untuk mereka dapat hidup mewah dan membahagiakan diri dan keluarga masing masing. Daripada tajuknya, aku sebenarnya mengharapkan pada awalnya filem ni lebih kepada satu pasukan yang pakar mengambil kembali barang barang yang hilang, macam siri manga jepun; Get Backers. Sebab filem tentang rompakan terancang bagi aku dah banyak sangat di pasaran filem antarabangsa. Setakat ni takde kelainan lain, balik balik perancangan sempurna untuk merompak dan membalas dendam. Takers di bintangi oleh barisan pelakon handalan dan laris di pasaran Hollywood seperti Paul Walker (kita akan sentiasa ingat dia dalam Fast n Furious dan kesinambungannya), Hayden Christensen (ingat lagi Anakin Skywalker dalam Star Wars II n III), ada Edris Elba yang semakin naik namanya di Tinseltown sekarang (aku mula kenal dia dalam filem Obsessed dengan The Loser yang terbaru), ada Matt Dillon (aku ingat dia dari filem Wildthings dengan Herbie Fully Loaded). Di tambah lagi dengan penyanyi-penyanyi terkenal, Chris Brown (bekas pakwe Rihanna, ingat lagi tak?) dengan T.I rappers yang terkenal (aku tak minat sangat dengar rap rap ni, macam lebih kurang aje diorang tu semua).

Aksi Hayden Christensen dalam satu adegan tembak menembak,
agak agak dia menang ke kalah dalam adegan ni?

Selain pasal rompakan, filem ni jugak ada menyelitkan isu isu kekeluargaan, contohnya Gordon (Edris Elba) mempunyai seorang kakak penagih dadah, tetapi sangat menyayanginya dan berjanji untuk membahagiakan kakaknya walaupun kakak dia tu hampeh. Lagi, di babak akhir di mana adik beradik Jake (Michael Ealy) dan Jesse (Chris Brown) yang sama sama sehati sejiwa untuk tidak menyerah diri tapi berjuang ketitisan darah terakhir bersama sama walaupun diorang tau diorang akan mati di tangan polis yang mengepung mereka padahal Jesse ada peluang untuk melarikan diri. Tapi demi abangnya yang disayangi mereka bersama sama menyerbu secara kamikaze ke arah polis. Kemudian masalah polis yang menyiasat kes rompakan ni, Jack Welles yang lebih mementingkan kerjanya daripada anak tunggalnya manakala partner beliau Eddie yang mencuri wang daripada tempat serbuan jenayah semata mata untuk menyara keluarganya tapi malangnya ketika itu dirakamkan oleh kamera CCTV awam menyebabkan Jack serba salah untuk membuat keputusan terhadap rakannya itu. Tak ketinggalan ketamakan dan pengkhianatan oleh Ghost terhadap bekas rakan sepasukan mereka. Elemen elemen ni semua macam dah sebati dengan filem-filem yang melibatkan sesebuah pasukan.


Ni rompakan masa start aje filem ni, memang pro la diorang
Filem ni juga nak menunjukkan pengajaran kepada kita, walau sehebat mana dan seteliti mana pun perancangan kita, tanpa izin tuhan ianya takkan berlaku seperti mana yang dirancangkan, pasti ada walau sedikit kepincangan. Kadangkala sesuatu yang diluar pemikiran dan kuasa kita sebagai manusia. Dalam  filem Takers, walaupun rancangan pakar perancang kumpulan ini iaitu AJ (Hayden Christensen) dan Jake (Michael Ealy), cuma kerana ada seorang penunggang basikal yang lalu lalang saja yang menyebabkan kereta penghantar duit terpaksa brek sikit untuk mengelak dan mengakibatkan letupan bom yang dirancang sepatutnya betul betul dibawah van duit terletup awal menyebabkan van tidak jatuh ke bawah. Begitu juga kerana habit Jesse (Chris Brown) yang suka membuat gaya tabik dimana mana baik semasa rompakan mahupun di luar memudahkan Jake Welles (Matt Dillon) meneka siapakah kumpulan rompakan tersebut.

Sinopsis Sket
Start je filem ni terus ke scene rompakan yang mana team perompak professional diketuai oleh Gordon Jennings (Edris Elba), the bagman John Rahway (Paul Walker), the gunman Jake Attica (Michael Ealy), the runner Jesse Attica (Chris Brown) dan the builder AJ (Hayden Christensen) berjaya membuat satu rompakan tanpa kesan dan menyukarkan pihak polis iaitu Jack Welles (Matt Dillon) dan Eddie Hatcher (Ja Hernandez).

Polis berpengalaman pun pening nak carik diorang
Tapi segala galanya berubah bila bekas ahli kumpulan perompak ini iaitu Ghost (T.I) keluar dari penjara dan berdendam dengan ahli kumpulan yang lain kerana tidak berpuas hati dia ditangkap semasa kes rompakan mereka sebelum ini. Kerana ketamakan dan dendam, Ghost mengajak bekas ahli kumpulannya untuk membuat rompakan lagi walaupun belum sampai sebulan rompakan mereka berlalu menyebabkan mereka was was untuk mempersetujui rancangan Ghost. Mungkins disebabkan rasa bersalah kepada Ghost dan mereka juga berjaya diyakinkan oleh Ghost, akhirnya mereka merancang untuk melakukan rompakan berikutnya yang dijanjikan hasil yang lebih lumayan.

Jadi adakah mereka berjaya daam rompakan terbabit? Ada tak yang terkorban dalam rompakan itu (sure ramai  gadis gadis kecewa kalau tau siapa yang mati... hehe)? selicik mana rancangan Ghost? Kenalah tengok sendiri di pawagam berhampiran anda. Syok dan layan jugak filem ni.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, filem ni tak mengecewakan, masih menghiburkan tapi bagi aku masih ada filem rompakan lain yang lebih menarik perhatian aku. Tapi menontonnya filem ni di pawagan tetap berbaloi. Filem ni diarahkan oleh John Luessenhop, aku pun tak sure apa filem yang dia pernah arahkan sebelum ni.

Ghost datang mengacau ketenteraman diorang tengah berparty

Kita sebagai peminat filem melayu mesti tercari cari ada tak filem melayu yang pernah mengetengahkan filem genre rompakan bijak macam ni. Ada sebenarnya tapi tak banyak, contohnya filem Setem walaupun tak banyak scene yang menunjukkan perancangan sesebuah kumpulan, tapi rasanya lebih kepada rompakan berkumpulan tanpa rancangan rasanya. Tapi tadi malam aku baru menyaksikan filem melayu yang membuat rompakan bijak dengan perancangan teliti, membuatkan aku melekat di TV sampai filem tu habis. Filem apa..? haa.... tajuk dia Belukar. Betul, filem yang menobatkan Bront Palarae sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Daphne Iking sebagai Pelakon Wanita Harapan. Memang menarik filem Belukar dan aku salute la kat pengarah dan penerbit dia. Tahniah kerana mengetengahkan filem bergenre sebegini di Malaysia dan tahniah jugak di atas kemenangan di FFM ke 23.

Selasa, 19 Oktober 2010

Posted by peaqour On 4:20 PTG 2 comments

Life As We Know It


Poster filem Life As We Know It
 Kata GSC filem ni ber genre komedi ? Tak patut tak patut, sebab sepanjang waktu aku menonton filem ni rasanya cuma 40% aje babak kelakar, yang lagi 60% babak menyentuh jiwa, babak sedih, babak yang nak mengajak korang menangis, babak 18SX pon ada jugak sikit. Babak nak mengajak orang menangis tu lebih kurang macam tengok filem Kabhi Kushi Kabhi Gham, macam tengok filem hindustan tapi takde nyanyi nyanyi golek golek sambil bertukar baju. Semalam pra tonton filem ni menggunakan panggung THX yang besar tapi sayangnya tak sampai suku panggung pun yang datang. Rasanya filem dengan genre komedi romantik dah terlalu banyak di pasaran antarabangsa menyebabkan ramai yang tak berapa mengambil kisah apa filem genre ni yang akan keluar. Kecuali kalau ada pelakon kegemaran diorang berlakon macam Julia Robert, Cameron Diaz dll. Bila Life As We Know It ni keluar dan dibarisi oleh pelakon hebat tapi tak cukup bintang, orang macam tak ambik kisah.


Pasangan Peter dan Alison adalah kawan baik kepada
Messer dan Holly
Tapi, jangan pulak korang anggap kalau tak penuh panggung filem ni tak best. Literally, tajuk filem ni sebenarnya berkaitan dengan kehidupan sebenar yang boleh berlaku kepada sesiapa. It's about Life. Berkenaan dengan perkara yang kalau kita tak ambik kisah untuk kita fikirkan secara mendalam, tapi bila ia berlaku sebenarnya implikasi dia adalah besar. Contohnya bila seseorang yang kita paling menyampah tulah sebenarnya akan menjadi orang yang kita sayang. Pastu, pergaduhan di dalam institusi keluarga boleh merapatkan lagi hubungan jika dikendalikan secara berhemah. Lagi, jika terpaksa memilih di antara kerjaya dengan future family. Lagi satu yang paling besar yang akan berlaku di dalam hidup semua makhluk, KEMATIAN. Semuanya bila ia belum berlaku, kita tak berapa ambil berat tapi selepas ia berlaku kesannya melebihi apa yang kita dapat fikirkan.


Antara babak yang kelakar, punya la penat Holly
masak, Sophie dengan mukastone makan kerepek
yang Messer taburkan atas meja.
Life As We Know It dibintangi oleh pelakon yang terkenal, walaupun belum setaraf dengan Julia Robert tapi dia tetap berada di kelasnya tersendiri. Katherine Heigl dan Josh Duhamel adalah teraju utama filem ni yang aku kenal. Yang lain tak berapa kenal sangat. Katherine Heigl kita memang selalu nampak dia berlakon filem filem ber genre komedi romantik, macam Ugly Truth (dengan Gerard Butler), 27 Dresses (dengan James Marsden), Killers (dengan Ashton Kutcher), Knocked Up (dengan Seth Rogen) dan rasanya yang paling ramai tau, Grey's Anatomy. Aku suka tengok dia berlakon sejak tahun 2000 lagi masa tv series yang cukup hangat masa tu, Roswell. Josh Duhamel pulak rasanya ramai yang ingat dia dalam filem Transformers 1 dengan 2. Kalau peminat tv series Las Vegas, mesti tau dia jugak. Kiranya gandingan kedua duanya pun not bad. Nampak ada chemistry antara diorang. Rasanya better daripada gandingan Katherine dengan Butler dalam Ugly Truth. Pelakon lain, no komen, tak kenal sangat.

Filem ni seronok ditonton. Banyak pengajaran jugak berkenaan dengan kehidupan manusia. Tapi biasalah ada jugak yang tak elok dipaparkan, almaklumlah budaya barat. Macam babak diorang buat kek dengan menggunakan dadah, ish ada ke patut. Selain tu dia banyak menitik beratkan tentang tanggungjawab dalam keluarga, tentang kebahagian didalam sesebuah keluarga.

Sinopsis Sket


Dua dua penat bila Sophie dah mula pandai berjalan.
Holly (Katherine Heigl) adalah sahabat baik kepada Alison dan Messer (Josh Duhamel) berhutang jasa kepada Peter yang mana Peter dan Alison adalah pasangan suami isteri. Filem ni bermula dengan pasangan ni cuba nak kenen kenenkan Holly dan Messer tapi malangnya tak menjadi dan sebaliknya mereka tidak menyukai satu sama lain. Tapi disebabkan persahabatan dengan pasangan tersebut, mereka selalu berjumpa di dalam setiap event yang pasangan Peter dan Alison buat sehinggalah mereka menimang cahaya mata, Sophie.



Sampai kena bawak ke tempat kerja.
Malang tak berbau, pasangan ni terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Mereka mewariskan anak mereka, rumah dan lain lain kepada sahabat karib mereka iaitu; Holly dan Messer. Atas perintah mahkamah, mereka berdua perlu membesarkan Sophie di rumah Peter dan Alison bersama sama mengikut kehendak wasiat tetapi dipantau oleh agensi kerajaan yang dilantik mahkamah. Dalam proses mereka membesarkan Sophie, mereka secara tak langsung tertarik dengan ciri ciri dalaman yang selama ni mereka tidak kenal antara satu sama lain. Apa yang kelakar...? apa yang sedih...? apa yang menyentuh hati...? Korang kena la tengok sendiri filem ni. Its a worth watching filem, especially untuk pasangan yang belum kahwin.

Kesimpulan


Babak awal cerita masa mula mula mereka berkenalan
sebelum membenci satu sama lain.
Tengok jangan tak tengok. Berbaloi dan takde lawak bodoh di dalam filem ni. :)

p/s: Credit to iMDB.com for the pictures.

Rabu, 6 Oktober 2010

Posted by peaqour On 12:34 PG 2 comments

Musli Ramlee: Jelmaan P. Ramlee?

Mula mula sila tengok video ni dulu. Kredit video ini untuk Youtube Radio ERA.



Entry ni aku terfikir masa aku mendengar radio ERA petang tadi (haritu, sorry entry ni tertunda sampai seminggu). Pagi dah dengar dah masa segmen Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray dan Haniff. Tapi tak sempat pulak nak dengar lagu Ali Baba dan 40 Penyamun yang Musli Ramlee nyanyi tu. Petang bila ERA putarkan semula rakaman lagu tu, pergh! Rasa macam allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih wujud di zaman kita ni.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kita semua membesar dengar filem-filem beliau, mendengar lagu-lagu karya dan ciptaan beliau, maybe ada juga yang pernah dengar cerita pengalaman mak ayah kita yang pernah terserempak dengan P. Ramlee ketika masih ada hayatnya. Bila dengar Musli Ramlee menyanyi di radio ERA, betul betul menusuk kalbu. Terbayang macam mana agaknya seorang lagenda, seorang ikon di Asia Tenggara, seorang yang genius muzik jika masih hidup lagi sehingga kini. Bila dengar Musli menyanyikan lagu Meet Uncle Hussin dengan lenggok P. Ramlee, macam terasa P.Ramlee betul-betul hidup sehingga kini. Bagi aku, itulah bakat yang ada pada Musli yang mungkin Allah nak kita semua yang hidup di zaman moden ini mendengar sendiri akan suara lunak ala P. Ramlee. Walaupun mungkin ramai kata, Musli tak original, takde identiti sendiri, nak popular dengan meniru gaya seorang lagenda. Tapi pada aku, berapa ramai yang boleh menyanyi dan berlakon 90% sebijik macam allahyarham. Itulah bakat dan kurniaan Allah untuk Musli.

Dengan adanya seorang seperti Musli Ramlee, dan dengan inisiatif murni radio ERA mengadakan bulan khas mengingati Tan Sri P. Ramlee, aku ada cadangan buat KRU yang terdiri daripada adik beradik kreatif. Apa kata arahkan sebuah filem remake Ali Baba Bujang Lapok, dengan menggunakan teknik CGI yang canggih manggih pasti pintu gua bukit kurma akan terbuka dengan lebih real. Kemudian dengan muzik arrangment yang lebih segar tanpa merosakkan lagu asal di dalam filem tersebut, dan dinyanyikan pula oleh Musli yang akan berlakon sebagai kepala penyamun. Digabungkan pula dengan pelakon-pelakon atau pelawak-pelawak yang popular diketika ini contohnya Nabil Raja Lawak sebagai abang kepada Ali Baba yang kudukut tu, atau Datuk Siti Nurhaliza menjadi Marjina, Saiful Apek sebagai apek tukan kasut dll. Aku rasa mesti boleh box office jugak macam filem-filem KRU yang lain.

Apa apa pun tahniah buat ASTRO dan radio ERA atas usaha bagi memperingati jasa allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Aku tak terfikir akan ada artis lain yang boleh diberikan penghormatan satu bulan diingati di sebuah stesen tv dan radio satelit selain daripada beliau setakat hari ini. Tiada sehingga kini yang dapat menandingi bakat kurniaan ilahi seperti yang dikurniakan kepada beliau. Bukan je boleh menyanyi dan berlakon, tetapi mengarah filem hits dan menggubah lagu yang evergreen. Aku doakan agar beliau terus dikenali sehingga ke zaman cucu cicit kita nanti. Aku jugak kagum dengan pemberian tuhan ke atas bakat Musli Ramlee. Semoga beliau akan sentiasa mendapat rezeki dengan menggunakan bakat yang ada padanya.

Isnin, 27 September 2010

Posted by peaqour On 2:03 PG 2 comments

Magika


Poster filem Magika ni memang hebat
dan cantik.
 Ada beberapa perkara yang membuatkan aku ternanti nanti dan teruja untuk menonton filem Magika ni iaitu, GENREnya, KRU dan PELAKONnya. Kenapa? sebab genre yang diketengahkan di dalam filem ini adalah sesuatu yang baru, tak ramai yang nak cuba atau berani cuba gamaknya, atau tak terfikir nak cuba. Bila kali terakhir rasanya korang tengok sebuat filem muzikal berbahasa melayu? Ada? Ooo okay High School Musical kan korang nak cakap, tak aci. Aku memang tak ingat bila rasanya filem muzikal melayu pernah diterbitkan kecuali di pentas teater (P. Ramlee the Musical, Cuci the Musical etc).

Kedua, bila sebut filem terbitan KRU, aku sure mesti ada something different yang diorang nak cuba buat untuk surprisekan peminat industri tanah air. Aku sentiasa tertunggu tunggu bila hasil karya KRU seterusnya kerana setiap kali mereka muncul pasti akan ada kejutan. Ye mungkin kerana disebabkan mereka mempunyai jumlah modal yang banyak dan berani bertaruh untuk membuat sesuatu yang baru, macam ada orang kata 'belum cuba, belum tau'. Banyak yang mereka buat yang aku rasa menyegarkan dan mengagumkan di industri seni di Malaysia, menyanyi duet dengan orang yang dah meninggal dunia, buat filem superhero yang memang benar benar superhero, artis maya dalam 3 dimensi, telah menghasilkan beratus ratus lagu sehingga kini, terbaru mereka bakal memiliki sebuah studio ala studio-studio di Hollywood di Cyberjaya, banyak lagi sebenarnya dan kebanyakkannya memang mengagumkan.

Ayu dan Bad(ang) sedang bercerekarama.

Ketiganya, tengok ajelah barisan pelakon dan penyanyi popular, terdiri daripada mereka yang baru mahupun yang dah lama, yang belum ada kontrovesi dan yang mempunya kontrovesi yang hangat. Yang mempunyai bakat yang besar dan ada yang biasa biasa aja, semuanya diketengahkan di dalam satu tempat iaitu di Magika. Semuanya adalah dari carta atas punya artis dari pelbagai sudut, Diana Danielle (Ayu), Fimie Don (Malik), Mawi (Badang/Bad), Ziana Zain (Nenek Kebayan), M. Nasir (Penunggu Tasik Chini), Vanida Imran (Mahsuri), Zaibo (Pak Belalang), Jalalludin Hassan (ayah Ayu), Fauziah Ahmad Daud (ibu Ayu), Ruminah Sidek (nenek Ayu), Raja Azura (Mak Andeh), Aznil Hj Nawawi (Pak Pandir), Maya Karin (Puteri Bunian), Ning Baizura (Puteri Gunung Ledang), Sabri Yunus (Bendahara), Nabil Raja Lawak (orang minyak), Anggota Senario yang asal (Hang Tuah lima bersaudara), Norman Hakim (Awang dari cerita Lembing Awang Pulang ke Dayang), Sharifah Aleya (Bawang Merah), Sharifah Amani (Bawang Putih), Marsha Milan Londoh (Puteri Santubong), Haziq (Belalang), KRU sendiri (adik beradik pokok) dan macam macam lagi la. Kalau aku nak tulis semua boleh buat lagi satu perenggan.
Bila dah menonton, aku tambah lagi satu point yang aku suka, iaitu SKRIPnya. Memang kelakar dan mencuit hati, berbeza dengan skrip Cicakman ataupun Duyung atau filem KRU yang lain. Mungkin Edry memang kelakar orangnya. Lagi yang menariknya tentang filem ni, warna yang digunakan di antara dunia sebenar dan dunia magika. Dibezakan dengan dunia yang kurang warna, kelam bila menggambarkan dunia sebenar dan bila masuk ke dunia magika, penuh dengan warna warni. Sungguh colourful, penuh ceria. Di dunia magika juga ada banyak tempat tempat yang cantik, sungguh pandai produksi memilih tempat penggambaran. Antaranya babak berpuluh Puteri Bunian di air terjun, cantik lokasi air terjun tu. Babak Pak Pandir, Mak Andeh dan Ayu menyanyi di bukit bukit kecik yang hijau dan rumput terjaga rapi ala padang golf, cantik!


Bawang Merah yang jahat, tapi kamcing pulak dengan
Bawang Putih
Lagi sewaktu Ayu pertama kali berjumpa Mahsuri, shot yang cantik walaupun aku rasa macam pernah ku lihat scene scene sebegini, macam dalam filem korea My Sassy Girl atau filem Puteri Gunung Ledang. Shot yang aku suka ialah masa Maya Karin menyanyi beramai ramai dengan Maya Karin Maya Karin yang lain, pastu shot Ayu dengan Hang Tuah berlari lintang pukang melarikan diri dari berpuluh anjing yang kejar diorang. Aku suka shot tu, lain daripada biasa. Lagi, babak semasa Nenek Kebayan menangkap dan membawa Malik bersama Awang Kenit menaiki kereta pedati, mengingatkan aku babak dalam filem Narnia bila Edmund ditangkap oleh White Witch dengan Awang Kenitnya. Pastu brochure nenek kebayan untuk menjual potion menjadi muda ala ala suratkhabar dunia sihir Harry Potter, dengan gambar cetakan boleh bergerak. Walaupun mungkin ideanya diceduk dari filem filem tersebut, ianya telah disesuaikan mengikut cara dan budaya kita. Suatu kerja yang bagus dari Edry. Lagi, kawanan pokok adik beradik lakonan KRU yang diCGIkan, akan mengingatkan kita dengan pokok bergerak di dalam filem Lord of the Ring atau Narnia.

Apa lagi yer yang aku suka, jangan lupa dengan lagu lagu yang didendangkan. Nama pun sebuah filem muzikal, memang banyak lagu di dalam filem ni. Tapi bagi aku kebanyakkanya memang sedap didengar, al maklumlah Edry yang buat filem ni, dia sendiri buat beratus lagu untuk KRU dan artis artis di Malaysia dan di luar negara. Antara lagu yang aku masih terngiang ngiang sekarang ni lagu Pak Pandir dengan Ayu, lagu Naga Penunggu Tasik Chini, lagu terbaru KRU yang tengah top di radio sekarang sewaktu babak Ayu dan Malik terjumpa adik beradik pokok ajaib yang boleh bergerak dan juga lagu utama yang dah lama berkemundang di radio sebelum Magika ditayangkan, nyanyian Mawi dan Diana Danielle. Lagu diorang nyanyi ramai ramai di Pasar Rimba pun sedap, tapi ada jugak yang tak berapa sedap tapi aku jamin yang sedap didengar lagi banyak dari yang kurang sedap. Jangan lupa saksikan Dato' Jalaludin Hassan kita menyanyi, boleh nyanyi tau dia. Hebat!


Ayu terserempak dengan Awang Lembing dan Hang Tuah
and the gang yang menjadi polis di magika.
Dari segi lakonan, aku rasa Diana Danielle lebih baik ketika dia menyanyi berbanding dia berdialog. Semasa berdialog dia memang nampak macam berlakon, maksudnya tak berapa natural. Tapi tidak dinafikan dia memang boleh menyanyi. Fimie Don mempunyai bakat lakonan yang baik manakala lakonan Mawi biasa aja. Aku suka lakonan M. Nasir dan Fauziah Ahmad Daud. Babak Fauziah Ahmad Daud dengan Fimie Don di akhir cerita boleh menyentuh hati, agak sedih jika dihayati. Tapi kebanyakkan babak adalah komedi, kiranya komedi mereka memang berjaya membuat penonton ketawa dari awal hingga ke akhir. Kelakar tak bila Mahsuri tak boleh cakap melayu, dia cakap Siam memanjang. Dialong yang aku ingat "Ping Pong"... haha... kelakar. Awang pulak ala ala tongong sibuk nak cari Dayang untuk ditombak, semua orang pompuan dia nak tombak. Orang minyak pulak gay, hahah, Hang Tuah bersaudara cakap loghat Kedah, bendahara pulak lembut ala adik adik pastu cakap loghat Kelantan. Kiranya komedinya menjadi.

Sinopsis Sket
Ayu dan Malik baru kehilangan ibu mereka, Malik orang yang paling rapat dengan ibunya rasa bersalah pada diri kerana menganggap ibunya mati kerana dia. Dia mula bersikap memberontak kepada ahli keluarga yang lain. Malik kemudiannya terjatuh ke dalam perigi ketika cuba bersembunyi manakala Ayu juga ikut terjatuh ketika cuba untuk menyelamatkan Malik.


Malik berjumpa ibunya di dunia Magika.
Malik yang tiba dahulu di dunia magika telah di tangkap oleh nenek kebayan dan awang kenit sambil disaksikan oleh Pak Pandir yang sedang menghendap Puteri Bunian mandi. Bila Ayu menyusul ke Magika, dia berjumpa dengan pelbagai watak mitos dan lagenda dalam pengembaraan dia untuk mencari adiknya. Dengan bantuan Badang, mereka mengharungi pelbagai dugaan dan juga telah menguntum bunga bunga cinta di antara mereka.

Tak berapa best baca sinopsis aku ni? Rasa macam skema sangat? Haa nak lagi best kena la tonton Magika di pawagam berdekatan anda. Sokonglah industri filem tempatan. InsyaAllah anda puas hati dengan hasil kerja Edry Abdul Halim ni.

Kesimpulan

Nabil memang lawak jadi orang minyak.
Kesimpulannya, bagi aku best dan seronok ditonton dan sesuai untuk semua golongan umur dan dari pelbagai bangsa. Rasa macam nak beli lagi la tiket dia buat kali kedua. Boleh pecah panggung la filem ni. Mungkin boleh buat sambungan Magika 2 sebab ada banyak lagi watak watak dongeng dan lagenda melayu yang belum digunakan. Contohnya Sang Kelembai, burung garuda, Luncai, Puteri Hang Li Po, Tun Perak, Mat Jenin, Kucing bertanduk, Tanggang, dan macam macam lagi la. Syabas Edry, KRU dan pasukan produksi filem MAGIKA. Memang Magik!

Kredit: http://www.krustudios.com/magika untuk gambar gambar yang digunakan. Terima kasih.

Khamis, 23 September 2010

Posted by peaqour On 1:35 PG 0 comments

Wall Street: Money Never Sleep

Keterujaan aku untuk menonton filem ni taklah tinggi sangat. Biasa biasa aje, tak pergi tengok rugi pulak tiket tayangan perdana yang ada, lagipun filem ni diarahkan oleh pengarah yang memang terkenal dengan filem filem hebat, Oliver Stone dah tu gabungan pelakon veteran yang hebat, Michael Douglas dengan pelakon remaja yang sedang meningkat naik dengan filem robot yang memecahkan panggung tak berapa lama dulu iaitu Shia LaBeouf membuatkan aku cuba untuk menyukai filem ni. Daripada trailer dia pun sebenarnya aku tak berapa teruja jugak tapi keinginan nak cuba tengok tu tetap ada.
Pertemuan tiga generasi
Cerita ni bagi aku cerita yang berat. Macam status facebook yang aku post sebaik aje keluar dari panggung, aku sebenarnya faham ke tak dengan cerita ni? Aku rasa jalan cerita aku agak faham rasanya cuma apa yang menyukarkan aku semasa menonton adalah terma terma yang digunakan di dunia pasaran saham, dunia perniagaan, segala yang berkaitan dengan ekonomi ni memang agak menyusahkan aku. Al maklumlah aku kan dari latarbelakang teknikel, bila watak watak dalam filem ni cerita tentang peratusan itu ini, bla bla bla aku dah jadi lost sikit.
Tapi dengan mengikuti filem ni, orang orang macam aku ni, orang orang berlatarbelakang teknikel atau yang tak mengambil kisah sangat tentang perihal ekonomi negara mahupun dunia, akan dapat belajar sikit sikit betapa golongan golongan seperti mereka mampu memporak perandakan dunia. Baru aku teringat balik semasa zaman Tun Mahathir telah menyebut nama George Soros dan ingatan Tun kenapa perlunya dunia menggunakan matawang dinar emas. Inilah sebabnya, duit kertas yang kita gunakan sekarang yang dikatakan ciptaan Yahudi ini boleh dimanipulasikan sesuka hati penyangak penyangak matawang ni untuk menghancurkan ekonomi dunia. So, mula la berjinak jinak dengan membeli emas untuk isteri anda, mana tau bila ia benar benar berlaku perkara ini at least kita bersedia. Bayangkan jika ia benar benar berlaku, semua duit di dalam bank yang kita simpan tu lesap, mana taknya ianya cuma angka di skrin computer, duit di dalam ATM habis. Macam mana kita nak beli keperluan? Sebab tu huru hara boleh timbul bila tiada apa yang boleh didagangkan lagi. Mereka yang ada emas sahaja yang untung kerana emas sentiasa bernilai. Aku dah macam ejen emas macam Pokli pulak.
Bretton James sebagai watak antagonis, tapi aku paling
suka pakcik kat tepi dia tu, kenapa? pegi tengok dulu cerita ni
Berbalik dengan filem Wall Street ni, lakonan Michael Douglas memang tidak dapat disangkal lagi sangat hebat, tapi aku rasa dia pernah berlakon lebih hebat dari ini di dalam filem dia yang lain. Aku paling suka masa dia berlakon dalam filem The Game. Si hero Transformer ni pulak, lakonan dia ni macam seolah olah lepas aje tamat kekecohan yang ditimbulkan oleh Decepticon, keadaan di bumi mula aman, dia tukar nama pastu kerja sebagai broker saham. Maksud aku lakonan Shia stereotaip. Gaya lakonan sama aje dengan filem lain yang dia berlakon. Aku lagi suka lakonan Carey Mulligen, maybe aku tak penah tengok dia berlakon sebelum ni, tapi dia menjadi watak pembantu yang bagus. Sama jugak dengan satu lagi watak pembantu yang kuat iaitu dilakonkan oleh Josh Brolin sebagai antagonis di dalam filem ni. Lain lain pelakon hebat tapi tak banyak sangat scene diorang muncul, Susan Sarandon sebagai mak Shia LaBeouf dan juga Frank Langella sebagai mentor dia.
Sebelum aku nak publish entry kali ni, aku buat sikit research rupa-rupanya filem ini adalah sekuel kepada filem sebelumnya iaitu Wall Street yang diarahkan dan ditulis oleh orang yang sama iaitu Oliver Stone sendiri dan rakan rakan dia pada tahun 1986. Malah watak Gordon Gekko (Michael Douglas) dikekalkan sebagai watak utama cuma dulu watak hero muda dilakonkan oleh Charlie Sheen sebagai Bud Fox. Yang menariknya, Charlie Sheen juga membuat cameo juga sebagai Bud Fox. Aku tak tengok lagi filem Wall Street yang pertama ni, so aku tak dapat nak membandingkan kedua-duanya. Tapi mengikut ulasan peminat filem ini, Wall Street lebih hebat. Lagi best, Michael Douglas memenangi Oscar semasa berlakon didalam Wall Street dan ramai cuba membuat andaian sama ada bolehkah dia menang lagi sekali dengan membawa watak yang sama.
Sinopsis Sket
"Ko ingat ko berlakon cerita Transformer ko dah hebat ke?
aku berlakon lagi best la"
Jakob Moore (Shia LaBeouf) seorang pekerja di Wall Street sebagai trader partner yang berbakat, tinggal dan amat mencintai aweknya Winnie Gekko (Carey Mulligen) yang merupakan anak perempuan kepada Gordon Gekko (Michael Douglas). Winnie amat membenci ayahnya kerana dikatakan penyebab kepada kematian kepada adiknya ketika Gordon berada di dalam penjara. Tetapi nak dijadikan cerita Jakob/Jake amat menyukai Gordon kerana beliau seorang lagenda di dunia Wall Street sebelum dipenjarakan. Dia cuba rapat dengan Gordon supaya boleh mendapat tiga benda yang penting sekali gus iaitu membalas dendam akan kematian mentornya, Lou Zabel (Frank Langella) yang mati membunuh diri disebabkan tekanan diberikan oleh Bretton James (Josh Brolin). Keduanya supaya dia dapat merapatkan kembali hubungan dua beranak yang keruh agar bertaut kembali . Cerita lebih pun tak guna, ada baiknya korang beli sendiri tiket dan saksikan kesudahan file mini.
Kesimpulan
Takde gaya macam pakar di Wall Street pon, nampak macam
model tengah cat walk ada la.

Yang aku suka, barisan pelakon dia yang hebat dan lakonan mantap mereka especially Michael Douglas dengan Susan Sarandon, pastu sikit pengetahuan tentang macam mana seseorang boleh mengoncang dunia melalui ekonomi, lagi macam mana kuatnya kuasa blog, yer blog digunakan sebagai elemen penting ditonjolkan bagaimana ia boleh menjatuhkan seseorang walaupon orang itu dikatakan mempunyai kuasa didalam bidang ekonomi. So blogger kena tengok jugak filem ni. Lagi, walaupon banyak bercakap, banyak dialog dan terma terma atau ayat ayat yang mungkin sukar nak difahami, tapi punggung kita masih lagi nak melekat di kerusi sebab makin lama makin menarik untuk ketahui kesudahan dan apa akan berlaku di bahagian berikutnya. Lagi, penggunaan shot shot kamera yang menarik sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Di permulaan cerita, shot dia fokus pada bubble (buih sabun) dan diakhiri jugak dengan bubble, teringat cerita Forrest Gump yang mula dengan bulu berterbangan dan diakhiri dengan benda yang sama. Menarik!
Yang aku tak suka, tak berapa paham terma bidang ekonomi yang digunakan didalam filem ni. Ianya merencatkan kelajuan pemahaman aku tentang filem ni. Tu yang aku tak berapa puas hati, rasa kalau nak faham betul betul nampak gayanya kena tunggu novel yang diadaptasi dari filem ni keluar la gamaknya. Lakonan Shia LaBeouf yang stereotaip pon aku tak berapa minat. Lain, okeyyyy. Boleh masuk dalam senarai filem yang akan aku download kat torrent nanti. Hehehe!

Selasa, 21 September 2010

Posted by peaqour On 3:16 PTG 0 comments

Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole

Sejak aku tengok trailer dia beberapa bulan sebelum filem ni keluar, aku dah skeptikal dengan filem ni. Cerita burung hantu? Ada ke orang nak tengok burung hantu kat pawagam? Letak burung hantu dekat dalam zoo negara pun belum tentu orang nak datang tengok berbanding buaya atau gajah. Tapi aku gagahkan jugak disebabkan ianya filem animasi so boleh bawak anak aku tengok sekali dan ia juga tayangan perdana di panggung stereoscopic 3D (S3D), ala yang kena pakai sun glass bergaya tu ler.

Permulaan ekspidisi mencari pokok Ga'Hoole perlu merentasi
lautan ini
Bila filem dah start, ianya taklah sebosan yang disangka. Actually untuk 20 minit pertama, filem ni berjaya membuat aku menumpukan perhatian untuk mengikuti bahagian seterusnya. Di pertengahan cerita ia agak membosankan bila burung hantu ni banyak bersembang. Masa ni anak aku dah mula buat skrip sendiri untuk menghilangkan kebosanan. Tapi tak lama sangat babak bersembang ni, lepas tu pertempuran burung hantu akan bermula, masa ni anak aku dah start excited balik.

Yang agak kelakar sikit bila semua burung hantu ni nak pergi berperang, masing masing ada pakai helmet dengan kuku besi ada jugak yang bawak pedang. Dahsyat kalau betul betul burung hantu kat dunia ni boleh menempa besi buat senjata ngan perisai, habis calar balar badan manusia. Tapi aku rasa demi mengikut sebijik dalam buku dia dan untuk menambah kegagahan dan kepahlawanan burung hantu ni, tu yang diorang ada helmet dengan perisai bagai tu.

Sinopsis Sket
Cerita dia agak klise, tentang burung hantu biasa, Soren (suara Jim Sturgess, ingat hero filem 21?) yang kuat berangan nak jadi pahlawan tetapi amat penyayang kepada adik jantannya Kludd (Ryan Kwanten) dan adik betinanya Eglantine (Adrienne DeFaria). Ayahnya selalu bercerita tentang cerita dongeng mengenai kehebatan seekor pahlawan burung hantu Lyze of Kiel (Geoffrey Rush) dalam peperangan lagenda dengan Metalbeak (Joel Edgerton). Maka Lyze of Kiel menjadi pujaan Soren dan menyangka cerita ayahnya hanya dongengan sahaja. Pada masa yang sama, Soren dan Kludd baru nak belajar terbang tapi disebabkan mereka ni remaja burung hantu yang degil, mak bapak suruh duduk rumah masa orang tua mencari rezeki, nak jugak keluar nak berlatih terbang konon.

Aksi wira Soren si hero cerita ini, sungguh wira sekali aksinya
Nak dijadikan cerita, kedua dua ekornya jatuh dari sarang dan ditangkap oleh askar-askar Metalbeak yang sedang mencari burung burung hantu berbakat untuk dijadikan lebih ramai askar untuk menentang kumpulan Guardian. Kludd mempunya sifat mazmumah yang nyata berbanding abangnya yang lebih baik hati, memilih untuk tinggal dengan Metalbeak dan memihak kepada dark side. Dengan pertolongan Grimble (Hugo Weaving, masih ingat Mr. Smith dalam Matrix atau V for Vandetta), Soren dapat melarikan diri dengan awek burung hantu yang baru dikenali, Gylfie (Emily Barclay) untuk meminta pertolongan kepada the legendary Guardian untuk menentang askar-askar Metalbeak.

Geng geng the Guardian bersedia untuk PERAAAANGG!!
Di pertengahan jalan, mereka terjumpa dengan burung burung hantu yang baik hati iaitu Twilight, Digger dan seekor ular bekas pengasuh mereka, Mrs P yang kemudiannya membantu Soren untuk mencari the great Ga'Hoole tree, sarang kepada the Guardian si pahlawan burung hantu yang baik.

Nak cerita sampai habis dah jadi tak best pulak. jadi, ada baiknya bawak anak anak atau adik adik korang tengok di pawagam berhampiran untuk mengetahui kesudahan cerita ni.

Kesimpulan
Dengan arahan pengarah yang berwibawa, Zack Snyder (pengarah kepada 300, Watchmen), cerita burung hantu ini berjaya diolah dengan jayanya dan menolak segala skeptikal penonton tentang kebosanan burung hantu. Filem di adalah dicedok dari buku kanak kanak yang laris di Amerika, tapi rasanya di Malaysia tak popular sebab aku pun rasa tak penah nampak dijual walau di kedai buku Popular.

Kem tentera dark side Metalbeak
Peminjam suara yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat dengan suara suara mereka yang macho dan lunak seperti Hugo Weaving, Geoffrey Rush, Hellen Mirren dan Jim Sturgess. Bukan sahaja kanak kanak, orang dewasa pun boleh layan filem ini tapi dinasihatkan untuk kepuasan maksimum, sila tonton versi S3D.



Lain lain, soundtrack dia biasa biasa saja, takde lagu yang boleh mengingatkan aku akan filem ni, tak macam filem Lion King dengan lagu Hakuna Matata. Kesan khas S3D dia memang menarik, sebab tu aku galakkan korang bayar mahal sikit daripada tengok versi 2D. Secara keseluruhannya, bawaklah anak anak anda menonton filem ni.



p/s: Trailer-trailer filem akan datang dalam S3D memang best, looking forward to watch the next Narnia chronicles in 3D. Gempak habis.

Isnin, 20 September 2010

Posted by peaqour On 6:25 PTG 0 comments

Dari Geng Jurnal ke Blogger

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Selamat membaca peaqour.blogspot.com ditaja sepenuhnya oleh blogger.

Aku ada blog dulu. Dulu tu kira kira 8 ke 9 tahun yang lepas. Masa tu blog blog macam sekarang ni (blogger ke wordpress ke dll) ni takde wujud lagi. Masa tu lebih dikenali sebagai online jurnal. Nak update semua manual guna html. Kami ada komuniti yang kecil tak sampai lima puluh orang rasanya. Aku boleh bet masa tu group online jurnal nilah pioneer kepada blog blog yang ada sekarang ni di Malaysia. Dengan jumlah bilangan dalam komuniti yang kecik ni, kami semua menjadi rapat dan kerap berjumpa especially semuanya masa tu majoritinya berstatus bujang.

Mari kita tengok sikit perubahan design jurnal (atau sekarang blog) aku dulu. Ni design masa start 2001 aku mula berjinak jinak dengan jurnal

Lepas tu tukar pulak ke versi ke 2, tengah minat giler dengan Siti Nurhaliza masa ni.

Ni design version 3 pulak, masa tu dah kurang sikit minat kat siti, minat nak menulis pun dah kurang.
Design ketiga, kejap aje sebelum senyap sunyi dan mendapat kritikan hebat dari kawan kawan jurnal… hhehe. Masa dulu dulu, antara jurnal kami pasti ada link ke jurnal kawan kawan dengan masing masing menggunakan banner banner yang kiut miut sebagai penarik dan pengenalan jurnal masing masing. Contoh banner comei comei macam ni

Dua baris banner bermula dari atas dipercayai masih aktif sehingga kini, mereka sememangnya blogger tegar. Aku punya banner? tu yang comei last skali nampak mata katak tu.
Selepas kahwin, aku jadi slow sikit dalam nak mengupdate jurnal, dan lama lama makin tak update dan terus hilang. Tapi aku bangga sebab kesemua yang berada dalam komuniti online jurnal dahulu masih rapat sehingga kini, walaupun tak selalu berjumpa macam dulu (setahun sekali pun susah). Tapi dengan kecanggihan teknologi web 2.0 yang wujud sekarang (facebook, twitter, bla bla bla) kami masih berhubung antara satu sama lain. Siapa mereka ? siapa yang kenal dengan nama blog aku ni, maka andalah golongan pioneer itu.

Terbaca semula blog lama rasa nak tergelak pun ada. Sekarang ni aku rasa macam bersemangat balik nak berjurnal semula (atau sekarang blog).  Hopefully dengan blog baru ni aku boleh berkongsi cerita dan pendapat dan menjadi rujukan untuk diri aku pada masa akan datang apa yang aku dah buat sepanjang aku menulis blog. Kalau dulu masa zaman online jurnal aku banyak bercerita tentang aktiviti dan kehidupan aku dengan kawan kawan, kali ni insyaAllah aku akan kongsikan apa yang aku minat dan aku rasa mungkin korang jugak berminat macam filem filem yang aku tonton, makanan yang aku makan dan aku rasa sedap, maybe kedai yang menarik dan lokasi menarik untuk dilawati. Untuk mereka yang sudi membaca blog ni, aku harapkan ada sesuatu yang aku boleh sumbangkan kepada pengetahuan yang mungkin berguna dan aku sudi juga menerima sebarang pendapat dan teguran dari korang kalau ada yang sudi memberi.

Mekasseeyy! Salam perkenalan dari saya peaqour.