Jumaat, 13 Julai 2012

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Posted by peaqour On 4:18 PTG 0 comments


Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny (gajah mammoth), Diego (harimau purba bertaring panjang), Sid (binatang yang takde di Malaysia; sloth) dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).
Poster filem nih
Diam tak diam filem animasi kegemaran ramai ini telah memasuki sekuelnya yang ke-4. Animasi Ice Age yang pertama telah ditayangkan pada 2002, rupa-rupanya dah masuk sepuluh tahun tanpa kita sedar tapi kita masih sukakan gelagat tiga sahabat ni menempuh setiap cabaran mereka dan juga gelagat tupai comel yang bagaikan terkena sumpahan buah berangan. Sid seperti biasa yang bodo-bodo alang dan selalu membuat masalah tapi seorang kawan yang setia kepada Manny dan Diego. Pengembaraan diorang kali ni lebih banyak di lautan disebabkan konsep filem ini pada kali ini ialah semasa proses pemecahan tanah besar kepada benua-benua yang lebih kecil. Mereka yang terperangkap di atas bongkah ais terpisah dengan gerombolan haiwan lain di tanah besar semasa berlakunya proses peretakan tanah itu. Kali ni krew pengembaraan mereka disertai nenek Sid yang ditinggalkan oleh keluarganya.
Kumpulan lanun Kapten Gutt
Ice Age 4: Continental Drift ini lebih segar dengan pengenalan kepada beberapa watak-watak baru sebagai antagonis, chenta hati dan keluarga. Selepas sibuk melarikan diri daripada dinasor pada filem yang ketiga, kini mereka berdepan dengan kumpulan lanun yang diketuai oleh kapten Gutt beserta dengan krew-krew lanunnya antaranya Shira, Gupta dan beberapa lagi watak sampingan yang menghiburkan. Shira yang juga seekor singa betina, telah menggugat kejantanan Diego yang sebelum ni kita kenal Diego adalah singa yang paling control macho, yang paling kuat dan ditakuti dikalangan kawan-kawannya. Dengan munculnya watak Shira membuatkan hati Diego terpaut dan cuba mengeluarkan Shira daripada kumpulan lanun tu.
Manny and the gang melarikan diri daripada lanun..
Kali ini juga kita digeletek lagi dengan kehadiran nenek Sid yang sama blur macam dia disamping mengalami masalah pendengaran dan sering dikatakan nyanyuk oleh Manny dan kawan-kawannya kerana neneknya berkhayal dengan kawan imaginasinya. Scrat pula kali ni menjumpai sebuah peta harta karun pada belakang kulit buah berangan yang dijumpainya di dasar lautan.
Diego cuba memujuk Shira meninggalkan geng lanun
Tema filem ini seperti biasa kekeluargaan dan persahabatan. Keluarga Manny yang mempunyai anak gadis; Peaches yang sedang meningkat remaja yang mahukan teman lelaki yang cool, keluarga Sid yang tak sanggup menjaga neneknya lalu meninggalkannya kepada Sid, persahabatan antara Peaches dengan kawan baiknya Louis yang terjejas kerana keinginan Peaches mahu berboiprenkan gajah mammoth jantan yang cool, persahabatan antara Manny, Diego dan Sid yang semakin utuh membantu satu sama lain dikala kesusahan, jalinan persahabatan baru antara Diego dengan Shira, pendek kata banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada animasi Ice Age 4 ni dan sememangnya sangat sesuai untuk tontonan keluarga.
Peaches dan Louis yang bersahabat baik
Sedikit sinopsisnya, Manny, Diego, Sid dan nenek Sid terpisah dengan kumpulan haiwan yang biasa mereka bersama kerana proses pembentukan benua. Mereka dihanyutkan ke lautan dan ditangkap oleh sekumpulan lanun diketuai oleh Captain Gutt. Manny dan kawan-kawannya mahu pulang untuk bersama kembali dengan keluarga dan kawan-kawan mereka tapi dihalang oleh kumpulan lanun tersebut. Ini menyebabkan pergaduhan antara dua kumpulan ini dan menyebabkan kapal kumpulan lanun ini tenggelam dan Manny dan kawan-kawannya serta sekumpulan tupai terbang berjaya melarikan kapal baru lanun tersebut untuk mereka balik ke kampung halaman mereka semula. Kapten Gutt bertekad untuk membalas dendam dengan menyakiti keluarga Manny dan juga kawan-kawannya. Gutt yang tidak mementingkan persahabatan membuatkan Shira salah seekor krewnya berpaling tadah lalu membantu Manny, Diego, Sid dan neneknya melarikan diri.
Scrat yang tetap setia dengan misi mencari buah berangan
Endingnya boleh diagak, tapi ada juga elemen-elemen surprise yang membantu meningkatkan emosi semasa kita menonton. So jangan lupa ke pawagam untuk menonton Ice Age 4: Continental Drift bersama keluarga korang.


0 comments:

Catat Ulasan