The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Latest Posts

Sabtu, 15 September 2012

Posted by peaqour On 1:23 PTG 0 comments

Legoland Malaysia... Syurga Kanak-Kanak


Saya berkesempatan mengunjungi ke taman tema bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia; Legoland Malaysia dan ianya sememangnya amat dinanti-nantikan apatah lagi apabila mendapat tiket jemputan ke acara tertutup khusus untuk syarikat pembekal dan rakan kongsi amat membuatkan kami sekeluarga teruja. Ini adalah pengalaman saya yang tidak pernah lagi mengunjungi mana-mana taman tema antarabangsa di tempat lain (Universal Studio, Disneyland dan lain-lain) maka saya tidak dapat membandingkan pengalaman di Legoland dengan taman tema yang lain.

Legoland di seluruh dunia tidaklah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat pengeluar permainan Lego tetapi diusahakan oleh sebuah syarikat taman tema British iaitu Merlin Entertainment Group yang berpengkalan di Poole, United Kingdom. Mereka merupakan syarikat taman tema kedua terbesar di Eropah selepas Walt Disney dan produk mereka yang paling dikenali di dunia selain Legoland ialah Madame Tussauds yang mempamerkan patung lilin tokoh dan celebriti terkenal dunia. Mungkin selepas Legoland mungkin mereka mahu membawa Madame Tussauds  ke Malaysia juga, siapa tahu.

Legoland Malaysia merupakan yang keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland Deutschland di Jerman, Legoland California dan Legoland Florida kedua-duanya di Amerika Syarikat. Legoland Malaysia adalah yang pertama seumpamanya yang dibina di tanah Asia dan dijangkakan selepas ini Legoland Dubai pula bakal menyusul tetapi ianya tertangguh buat sementara waktu. Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, Johor merupakan sebahagian daripada perancangan besar kerajaan Johor dan pusat untuk menempatkan pusat pentadbiran dan tarikan ke Nusajaya di bawah pelan Wilayah Pembangunan Iskandar. Taman tema ini dibina di atas tanah seluas 5,500,000 kaki persegi dan selepas Legoland Malaysia, Taman Tema Air Legoland pula akan dibuka dijangkakan pada tahun 2013 dan Hotel Legoland bakal menyusul pada tahun 2014. Dikhabarkan kos pembinaan untuk dua taman tema Legoland bernilai RM 720 juta manakala RM 190 juta untuk Hotel Legoland.

Terdapat dua jenis tiket pas masuk yang dijual kepada para pengunjung iaitu tiket pas harian dan tiket pas tahunan. Pas harian berharga RM 140 untuk dewasa dan RM 110 untuk kanak-kanak berumur 3 - 11 tahun dan warga tua manakala untuk pas tahunan berharga RM 275 untuk dewasa dan RM 210 untuk kanak-kanak dan warga tua. Beza kedua pas ini ialah pas tahunan anda boleh mengunjungi taman tema ini tanpa had dalam tempoh satu tahun dan sememangnya ianya berbaloi jika anda mampu. Jika anda mahukan lebih penjimatan, pembelian melalui dalam talian ialah pilihan untuk anda dengan potongan yang diberikan sebanyak 25% tetapi untuk pas harian sahaja.

Terdapat tujuh tarikan tema yang disediakan buat pengunjung di Legoland Malaysia. Jika dilihat pada peta yang disediakan, mereka memasukkan pintu masuk mereka sebagai salah satu tarikan kerana ianya sememangnya menarik dengan gerbang Legoland yang menjadi mercu tanda di setiap Legoland di dunia disamping rekabentuk bangunan yang cantik sesuai dengan tema permainan Lego. Setelah anda selesai membeli tiket dan memulakan perjalanan di pintu masuk, terdapat juga kemudahan seperti loker jika anda ingin menyimpan barangan yang anda rasa tidak perlu dibawa. Terdapat mesin membeli token untuk loker di luar sebelum pintu masuk Legoland. Mereka juga menyediakan kedai serbaguna sekiranya anda ingin membeli keperluan atau bekalan seperti bateri untuk kamera, ingin menyewa stroller dan sebagainya. Bersebelahan dengan kedai serbaguna ialah kedai menjual barangan Lego dan cenderahati manakala diseberangnya ialah restoran jika anda ingin menjamu selera terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Untuk makluman anda, pintu masuk juga merupakan pintu keluar dari taman tema ini makanya selepas anda selesaikan pengembaraan anda di seluruh taman tema Legoland ini, anda akan tiba semula di restoran dan kedai barangan Legoland ini. Tarikan pertama ini diberi nama sebagai 'The Beginning' merujuk sebagai titik permulaan untuk anda memulakan pengembaraan anda di Legoland Malaysia.

Anda boleh memilih untuk bermula dari tiga tarikan tema selepas melepasi pintu masuk sama ada anda boleh terus ke Miniland, ke kanan untuk ke Lego City atau ke kiri untuk ke Lego Technic. Miniland merupakan tarikan yang membawa kita ke tempat-tempat dan bangunan-bangunan yang menarik di Malaysia dan di Asia yang dibina dengan menggunakan blok-blok Lego. Antara bangunan mercu tanda yang terdapat di Miniland termasuklah menara berkembar KLCC, Menara KL, bangunan-bangunan di Putrajaya, bangunan-bangunan di sekitar Johor Bahru, mercu tanda setiap negara Asia seperti Tanah Lot, Indonesia, Angkor Watt, Masjid di Brunei, bangunan Thailand, tembok besar China, bandar koboi dan pangkalan lanun, pelabuhan, Merlion di Singapura dan sebagainya. Setiap tempat yang dibina juga terdapat aksi interaktif yang bergerak seperti bas, monorail, kapal, pemain papan luncur, penari yang menari dan sebagainya. Di setiap tempat yan dibina terdapat satu tiang hijau beserta butang untuk pengunjung tekan dan melihat aksi interaktif yang disediakan. Tapi berhati-hati di Merlion, Singapura dan pastikan anda tidak memegang kamera anda sebelum anda menekan butang hijau disitu kerana dikhuatiri terkena semburan air dari mulut singa ke arah anda. Miniland merupakan tarikan tema kegemaran saya.

Jika anda menghala ke kanan dari pintu masuk, anda akan tiba ke Lego City. Disini mereka menyediakan tarikan tema yang berkaitan dengan kenderaan seperti Driving School untuk anak anda memandu kereta dan belajar undang-undang di jalan raya, Junior Driving School untuk anak anda di bawah 6 tahun memandu kereta sesuka hati, Boating School untuk anda sekeluarga memandu bot, Lego City Airport untuk anda sekeluarga bermain kapal terbang. Di Lego City Stage pula adalah dimana persembahan pentas yang dipersembahkan oleh pekerja Legoland dan ianya belum disediakan kepada pengunjung ketika lawatan percuma saya. Legoland Express ialah stesen keretapi untuk anda menaiki keretapi mengelilingi taman tema ini manakala The Shipyard adalah taman permainan sesuai untuk anda melepaskan penat sambil anak-anak anda bermain gelongsor yang disediakan atau anda boleh menjamah hidangan di restoran berhadapan dengan The Shipyard. Yang terakhir di Lego City dan juga antara kegemaran saya di tarikan tema ini ialah Rescue Academy. Di Rescue Academy anda sekeluarga akan menjadi pasukan penyelamat yang berusaha untuk memadam kebakaran. Anda dikehendaki mengerakkan kenderaan bomba atau polis yang anda naiki menuju ke lokasi kebakaran dan setelah tiba salah seorang anggota keluarga atau rakan perlu mengepam air dan yang lain akan mengacukan pancuran air ke arah api sehingga padam dan kemudian terus ke kenderaan anda dan pandu kembali ke tempat asal. Permainan ini memenatkan kerana untuk menggerakkan kenderaan anda perlu mengepam beramai-ramai untuk menggerakkannya tapi menyeronokkan dan anda perlu berlumba dengan pengunjung yang lain.

Dari pintu masuk, jika anda membuat keputusan untuk memulakan perjalanan ke kiri terlebih dahulu, anda akan tiba di Lego Technic.Antara tarikan disini ialah Lego Academy dan Lego Mindstorm dimana ianya di tempatkan di dalam satu bangunan yang sama. Lego Academy adalah untuk kanak-kanak yang kecil dimana mereka perlu membina satu model Lego berdasarkan arahan mudah yang diberikan sama seperti permainan Lego yang kita beli di pasaraya cuma saiz bloknya yang lebih besar khas untuk taman tema ini. Manakala Lego Mindstorm khusus untuk kanak-kanak yang lebih besar saya jangkakan sekurang-kurangnya untuk sekolah rendah dimana mereka akan menghadiri satu kelas mengikut jadual yang disediakan dan mereka akan belajar untuk membina model Lego dengan menggabungkan dengan peralatan wayar elektronik semestinya lebih mencabar minda anak anda. Untuk Lego Mindstorm anak anda perlu mebdaftar terlebih dahulu di kaunter Lego Academy kerana tempat adalah terhad di dalam sesebuah kelas. Anda sudah membayar mahal untuk masuk ke taman tema ini, aktiviti ini adalah satu yang tidak boleh anda lepaskan terutamanya untuk anak anda. Project X pula adalah permainan khusus untuk orang dewasa. saya bukan penggemar roller coaster maka saya tidak mencuba Project X tetapi jika anda gemar menaiki roller coaster maka ini adalah permainan untuk anda. Aquazone Wave Racer adalah permainan yang lebih ringan untuk dicuba tetapi ia membuatkan anda basah. Permainan ini di atas air dimana ianya akan berpusing dan penonton di luar boleh menembak anda menggunakan senjata air yang disediakan. Pada saya ianya menyeronokkan. Technic Twister pula adalah permainan santai yang biasa kita naiki di Sunway Lagoon atau di Genting Highland cuma kebiasaanya ianya berbentuk cawan tapi di sini ianya bentuk model Lego.

Tarikan tema seterusnya ialah Lego Kingdoms yang direka mengikut era King Arthur, Robin Hood, Merlin dengan binaan bangunan seperti istana eropah lama, naga, askar baju besi dan sebagainya. Disini letaknya permainan Legoland yang paling terkenal iaitu roller coaster yang dipanggil The Dragon. Maaf saya tak sukakan permainan ala roller coaster maka saya tidak dapat menceritakan pengalaman menaikinya tapi terdapat juga satu permainan yang lebih ringan iaitu Dragon's Apprentice dan ianya juga sesuai untuk anak anda. Selain itu ada juga Royal Joust iaitu permainan menunggang kuda untuk kanak-kanak, mereka pasti sukakan permainan ini dan jika ingin berehat anda boleh ke The Forestmen's Hideout untuk anda duduk sambil anak anda bermain di taman permainan. Terdapat juga gerai menjual makanan di sini yang menghidangkan makanan barat yang enak dan panas dan juga kedai cenderamata yang mengikut tema zaman tersebut. Mereka juga menyediakan persembahan pentas di Castle Stage dan permainan yang tidak disediakan untuk pengunjung percuma iaitu Merlin's Challenge.

Seterusnya tarikan tema yang diberi nama Imagination.Tarikan yang paling saya sukai disini ialah Lego Studios yang menayangkan tayangan filem 4D. Macam mana pengalaman menonton 4D? Maaf saya sendiri tidak dapat merasainya kerana barisan menunggu yang sangat panjang. Hehe... saya memberikan tips kepada anda, jika anda masuk dari awal waktu taman tema ini dibuka, sebaiknya anda terus ke Lego Studios dan jadilah mereka yang terawal menonton kerana dikhuatiri jika anda mengunjungi tarikan tema yang lain terlebih dahulu, anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk merasai pengalaman menonton di panggung 4D ini seperti saya. Terdapat 3 filem yang ditayangkan di pawagam ini dan jika saya menjadi anda, saya akan cuba untuk menonton ketiga-tiganya barulah saya kunjungi tarikan yang lain selepas itu. Di Imagination terdapat taman permainan yang paling menarik berbanding dengan tarikan tema yang lain yang dinamakan DUPLO Playtown. Terdapat DUPLO Express di dalamnya iaitu keretapi yang lebih kecil khusus untuk anak-anak anda. Di Imagination jugalah terdapat tarikan yang paling tinggi di taman tema ini iaitu Observation Tower juga malangnya ianya tidak dbuka ketika kunjungan percuma saya. Bersebelahan dengan Lego Studio terdapat satu bangunan yang besar untuk permainan Build & Test. Anda boleh bermain sekeluarga dimana disitu disediakan pelbagai bentuk blok lego untuk anda bina menjadi sebuah kereta atau apa jua kenderaan yang anda imaginasikan dan setelah siap, anda boleh berlumba beramai-ramai menggunakan litar automatik yang disediakan. Bertentangan dengan bangunan Build & Test ialah satu lagi permainan yang menarik iaitu Kids Power Tower iaitu anda berpasangan dengan anak anda untuk menarik kerusi anda ke atas sambil berlumba dengan pengunjung lain. Permainan ini juga menjadi tumpuan menyebabkan saya tidak dapat menaikinya disamping kepenatan selepas 3 suku kawasan telah kami sekeluarga terokai. Di sini juga terdapat surau, restoran dan juga bilik untuk anda menyusukan bayi.

Tarikan tema yang terakhir di Legoland Malaysia yang ingin saya kongsikan ialah Land Adventure yang menggunakan tema zaman Firaun di Mesir dan zaman purba dinasor. Di sini satu permainan yang menarik perhatian saya ialah Lost Kingdom. Anda sekeluarga boleh menaiki satu keretapi dan terdapat pistol di keretapi tersebut untuk anda tembak pada mana-mana watak yang terdapat lampu merah. Jika anda tepat menembak pada sasaran anda akan mendapat markah. Selesai permainan markah akan dikira dan lihat siapa dikalangan keluarga anda mendapat markah tertinggi. Seronok dan menarik. Bersebelahan dengan Lost Kingdom ialah Beetle Bounce yang seakan-akan permainan Solero Shot di taman tema Genting tapi ianya lebih rendah kerana mahu kanak-kanak merasai keseronokannya. Berhadapan dengan Lost Kingdom pula terdapat Pharaoh's Revenge yang khusus untuk anak anda bermain senapang tekanan angin dengan bola lembut sebagai pelurunya. Kawasan permainan ini agak sempit dan sekiranya terdapat ramai kanak-kanak yang bermain ketika itu ada baiknya ibu-bapa tunggu diluar sahaja. Untuk permainan di zaman dinasor pula terdapat Dino Island tetapi maaf saya tidak dapat menceritakan apa yang terdapat di situ kerana ianya belum dibuka pada ketika kunjungan saya.

Habis kesemua tema tarikan yang sempat saya kunjungi walaupun ada yang masih belum dibuka pada ketika lawatan kami sekeluarga, ianya tetap memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan di dalam sebuah taman tema antarabangsa. Waktu lawatan untuk kami pada ketika itu dari 12 tengah hari sehingga 8 malam dan pada mulanya saya jangkakan kami akan selesai melawat setiap tempat dengan kadar tempoh 3 - 4 jam sahaja, tetapi ternyata ianya meleset dan kami keluar pada waktu taman tema ini ditutup iaitu pukul 8 malam. Faktor beratur di dalam barisan menunggu giliran, faktor keluasan taman tema, faktor tenaga diri sendiri, semuanya diambil kira dalam menentukan tempoh berapa lama anda akan berada di dalam Legoland Malaysia ini.

Antara tips yang mampu saya berikan kepada anda semua:
1. Bawa air masak / mineral dengan kuantiti banyak jika anda bermula dari pagi atau tengah hari kerana jika cuaca panas, anda akan rasa cepat haus. Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam, pekerja mereka akan meminta untuk anda membuka beg yang anda bawa sebelum anda masuk dan juga selepas anda melepas pintu masuk.

2. Bawa payung untuk anda berlindung dari cuaca panas mahupun hujan

3. Bawa duit yang mencukupi untuk membeli makanan kerana anda pasti akan lapar kerana anda berada lama di dalam taman tema ini dan juga untuk membeli air sekiranya air yang anda bekal kehabisan. Sekiranya anda membawa anak anda, mereka pasti akan meminta cenderahati seperti permainan Lego atau pedang, mahkota, baju dan sebagainya dan harga kesemuanya bukan murah.

4. Selepas pintu masuk, sebaik-baiknya mulakan tarikan tema di sebelah kiri dahulu dan terus menuju ke Lego Studios untuk menonton tayangan filem 4D untuk mengelakkan barisan panjang di sebelah petang.

5. Bawa stroller bukan sahaja untuk membawa anak anda jika anda tak larat nak mendukung mereka sepanjang perjalanan, tetapi juga untuk membawa barang-barang, minuman dan makanan yang anda beli nanti.

6. Ada beberapa tempat yang akan menyembur air kepada anda dan ini berbahaya kepada peralatan elektronik yang anda bawa terutamanya kamera DSLR anda yang mahal. Setakat yang saya tahu terdapat tiga tempat iaitu di Miniland di kawasan Merlion, Singapura, ketika anda menaiki bot di Boat School di kawasan terdapat watak lego tikus dan di permainan Aquazone Wave Racer di Lego Technic, anda dinasihatkan jangan berada berdekatan dengan pagar permainan tersebut kerana air akan memercik di mana-mana.

Kemudahan yang disediakan pula antaranya ialah dua buah surau satu di pintu masuk dan satu di tengah-tengah perjalanan iaitu di tarikan tema Imagination, mesin ATM di luar sebelum masuk ke taman tema dan juga di dalam taman tema, mesin membeli token loker, mesin pengering baju dan badan, restoran dan tandas di setiap tarikan tema, tandas mencukupi, kerusi untuk berehat dan kedai cenderahati. Berhadapan dengan pintu masuk Legoland juga ada disediakan satu bangunan lengkap dengan kedai makanan segera dan kedai barangan berjenama jika ingin membeli belah. Kemudahan tempat letak kereta juga agak besar dan berdasarkan pemerhatian saya terdapat dua tempat letak kenderaan satu di tepi pintu masuk ke Legoland dan satu lagi bersebelahan dengan bangunan tempat makan dan kedai membeli belah.

Taman tema Legoland Malaysia sememangnya satu lagi destinasi pelancongan terbaru untuk menarik pelancong datang mengunjungi negara kita terutamanya dari negara jiran dan diharap ianya dapat menyumbang pembangan ekonomi negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Jom kita sebagai rakyat Malaysia menyokong taman tema antarabangsa yang pertama di negara kita paling tidak sekali seumur hidup kita kunjungi taman tema ini dan jadi duta kecil dan ceritakan kepada rakan-rakan terutamanya dari negara lain.

Isnin, 13 Ogos 2012

Posted by peaqour On 11:23 PG 0 comments

Video Gol-Gol Manchester City vs Chelsea


Manchester City nampaknya memulakan kempen liga perdana inggeris mereka dengan langkah kanan dengan menggondol piala pertama mereka, piala sumbangsih dengan menewaskan penyandang juara piala eropah Chelsea. Menunjukkan kesungguhan mereka dalam membawa cabaran BPL musim 2012/13 selaku juara liga musim yang lepas, mereka menunjukkan kebangkitan setelah ketinggalan 0 - 1 pada mulanya. Dengan jaringan cantik Yaya Toure, Carlos Teves dan Samir Nasri membuktikan Manchester City adalah calon juara liga BPL musim ini.

Chelsea bagaimanapun membuka jaringan melalui penyerang sensasi dari Sepanyol, Fernando Torres dan selepas ketinggalan 3 - 1 mereka mendapat gol kedua melalui penyerang muda yang baru bermain untuk Team GB di sukan Olimpik London iaitu Ryan Bertrand. Jom tengok video gol-gol yang telah dijaringkan. Tapi ketiga-tiga jaringan Manchester City memang cantik. Tahniah!

Rabu, 1 Ogos 2012

Posted by peaqour On 8:59 PG 0 comments

Apps Percuma Hari Ini: City Maps 2Go


Selalunya asyik aplikasi permainan je saya share, hari ni ada satu aplikasi navigasi yang disediakan percuma untuk tempoh terhad yang pada saya ianya berguna kepada semua terutamanya mereka yang gemar melancong. Aplikasi tersebut ialah City Maps 2Go yang tersenarai dalam antara 25 aplikasi navigasi yang wajib di muat turun oleh pengembara oleh majalah Time melalui sisipannya Time Special.




Kategori : Navigasi
Harga Sebelum : $0.99 (hari ini 1/8/2012 diberi percuma untuk tempoh masa terhad)
Sistem Operasi : iOS
Peranti Yang Sesuai : iPad, iPod, iPhone

Dengan lebih daripada 3,000 peta yang siap sedia, anda boleh menggunakan peta bandar 2Go untuk merancang perjalanan bersiar-siar. Aplikasi ini sememangnya istimewa kerana ianya boleh digunakan di luar talian, maksudnya tanpa memerlukan sambungan 3G dan tidak memerlukan pelan data untuk menggunakannya berbeza dengan menggunakan Google Maps. Tapi anda perlu elakkan perkhidmatan Salji dan caj perayauan antarabangsa semasa mengakses dan pengguna tidak digalakkan menyumbang info pada pada aplikasi bagi mengelakkan di caj tanpa disedari.

City Maps 2Go dikhabarkan merupakan aplikasi #1 di dalam platform iOS di dunia. Terdapat lebih 7800 peta di seluruh dunia untuk para pengguna muat turun. Tidak menjadi kerisauan lagi buat para pengembara untuk berada di negara mana pun di dunia. Ciri terbarunya yang baru ditambah ialah sambungan kepada kandungan Wikipedia tetapi jika anda memerlukan ciri ini ianya perlu dibeli melalui aplikasi ini.

Anda juga boleh kongsikan info atau tempat-tempat menarik yang anda lawati di lama social seperti facebook dan twitter ketika anda menggunakan aplikasi ini. Kini semakin mudah untuk kita pergi melancong dengan adanya panduan tempat-tempat menarik, restoran, bank, dan lain lain.

Selamat muat turun dan selamat melancong ye.

Jumaat, 27 Julai 2012

Posted by peaqour On 10:01 PG 1 comments

Apps Percuma Hari Ini: Catapult King


Aplikasi permainan ini merupakan antara yang popular pernah dihasilkan. Catapult King hari ini telah dijadikan App Of the Week di iTunes Apps Store untuk tempoh seminggu dan diberikan kepada anda secara percuma.

Kategori : Permainan
Harga Sebelum : $0.99 (kini percuma untuk tempoh masa tertentu)
Sistem Operasi : iOS
Peranti Yang Sesuai : iPad, iPhone dan iPod Touch





Catapult King adalah satu permainan tertumpu semata-mata untuk memusnahkan pihak musuh dengan menggunakan catapult yang lebih kurang macam lastik tapi saiznya besar. Dalam permainan ini anda menjadi Raja Catapult dan dengan menggunakan skrin sesentuh anda perlu melemparkan peluru catapult anda ke istana-istana, naga, dan kesatria kejahatan. Anda juga boleh merebut kuasa yang ditawarkan seperti melepaskan gempa bumi atau serangan udara bulan ke atas musuh anda.

Permainan ini mungkin ada mengambil sedikit idea daripada permainan di telefon pintar paling popular di dunia iaitu Angry Bird yang juga menggunakan lastik untuk melastik b*bi. Cuma sudut kamera di dalam permainan Angry Bird daripada sisi manakala untuk permainan Catapult King ini sudut kameranya ialah dari belakang catapult / lastik. Sasarkan kepada sasaran dan lepaskan.


Efek 3Dnya juga cantik. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila layari www.chillingo.com. Ada terdapat 64 peringkat yang mencabar yang perlu anda lepasi sebelum anda berjaya menghabiskan permainan ini. Selamat bermain dan selamat mendownload sementara ia masih diberikan percuma.

Khamis, 26 Julai 2012

Posted by peaqour On 3:07 PTG 0 comments

Gol-gol Chelsea vs MLS All Star


Chelsea nampaknya tidak bernasib baik tewas kepada pilihan daripada liga bolasepak Amerika iaitu MLS All Star 3 - 2. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh John Terry dan Frank Lampard manakala gol-gol MLS All Star dijaringkan oleh anak-anak tempatan US iaitu Chris Wondolowski, Chris Pontius dan Eddie Johnson bukannya oleh bintang import seperti David Beckham ataupun Thierry Henry. Kedudukan selepas separuh masa pertama adalah seri 1 - 1.

Anak buah Roberto Di Matteo dilihat berhempas pulas untuk menunjukkan permainan sebenar mereka dan ternyata persembahan mereka mengecewakan di mana MLS All Star menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir hasil daripada bola yang terbias memperdayakan penjaga gol. Jom tengok sikit highlights dan jaringan yang dihasilkan.




Kredit kepada Footyvids2022 atau video di atas.

Lagi video gol-gol perlawanan persahabatan pra-musim:
- Manchester United menentang Shanghai Shenhua (1 - 0)

Posted by peaqour On 8:46 PG 0 comments

Gol Shinji Kagawa menentang Shanghai Shenhua


Shinji Kagawa pemain yang baru dibeli Sir Alex Ferguson untuk kelab yang digemari ramai penduduk di Asia, Manchester United telah memahatkan nama sebagai penjaring dengan menjaringkan gol pertamanya ketika Manchester United menentang Shanghai Shenhua ketika aksi persahabatan pra-musim. Jaringan cantik yang dilakukan pada minit ke 68 itu hasil daripada hantaran Bebe yang sebelum itu mengelecek seorang pemain dan melakukan larian dan menghantar bola tepat kepada Kagawa yang tidak dikawal.

Jom saksikan jaringan beliau. Semoga Shinji Kagawa akan terus menjaringkan gol untuk Manchester United di masa akan datang.



Kredit kepada WTFvids90 atas video youtube di atas.

Lagi video gol-gol perlawanan persahabatan pra-musim:
- Lihat gol-gol Chelsea menentang MLS All Star (2 - 3)

Selasa, 24 Julai 2012

Posted by peaqour On 2:28 PTG 0 comments

Apps Percuma Hari Ini: Score! Classic Goals


Apps permainan Score! Classic Goals ni pelik sikit, lain daripada yang lain. Cara mainnya, korang kena cipta semula jaringan yang pernah dijaringkan sebelum-sebelum ni dengan cara menggariskan dari pemain ke tiang goal dan ia akan mencipta jaringan tersebut dengan gerak perlahan dari pelbagai sudut. Nampak gaya macam apps permainan khusus untuk kaki bola. Jaringan yang disenaraikan di dalam permainan ini diambil daripada jaringan sebenar daripada perlawanan hebat yang pernah berlangsung termasuklah perlawanan klasik.



Kategori: Permainan
Harga Sebelum: $0.99 (kini percuma untuk tempoh masa tertentu)
Platform: iOS
Peranti: iPad, iPhone dan iPod


Antara ciri apps permainan Score! Classic Goals ialah anda boleh mencipta semula gol-gol klasik dari 4 dekad yang lalu dari pelbagai senario bola sepak antarabangsa. Hantar bola, buat hantaran lintang atau rembat dengan menggunakan mekanisma sentuhan dalam anda mengarahkan pemain yang sedang memegang bola dengan cara menggariskan dari sudut pemain itu ke mana-mana arah yang anda kehendaki.

Permainan ini mempunyai 240 tahap dengan 80 gol terhebat didalam kenangan bola sepak dunia untuk anda cipta semula. Ada beberapa mod iaitu amatur, pro dan bonus. Di dalam mod bonus juga terdapat ciri unik yang membolehkan anda untuk mencipta semula gol klasik dalam cara di luar jangkauan anda sendiri. Permainan ini turut disokong dengan Game Center daripada Apple dan mempunyai 20 tahap pencapaian untuk menambahkan keseronokan anda bermain.

Lagi permainan percuma hari ini:
- Lumi for iPhone / iPod

Posted by peaqour On 1:43 PTG 0 comments

Apps Percuma Hari Ini: Lumi for iPhone / iPod


Permainan Lumi adalah bergenre aksi tapi kiut yang mana pemain akan meneroka dengan menggunakan kuasa watak di dalam game ini iaitu cahaya dan magnet yang unik. Pemain dikehendaki menyelamatkan alam semesta dari kegelapan yang jahat. Nasib dunia terletak di tangan anda. Adakah anda bersedia untuk pengembaraan seumur hidup?


Kategori: Permainan
Harga Sebelum: $1.99 (kini percuma untuk tempoh masa tertentu)
Platform: iOS
Peranti: iPhone dan iPod sahaja


Permainan inovatif ini memerlukan anda untuk melompat, terbang, dan melemparkan Lumi dengan menggunakan daya tarikan magnet dan memanipulasi cahaya menggunakan kawalan sentuh yang mudah.
Jalan ceritanya menarik, visual grafiknya cantik dibantu dengan bunyian yang kena dengan jalan cerita permainan ni. Selepas satu level berjaya dipertahankan oleh Lumi, persekitaran level tersebut akan sendirinya menjadi terang menandakan Lumi berjaya menghalau kegelapan jahat.

Ianya mempunyai 10 level juga disokong dengan sasaran pencapaian dan juga Game Center daripada Apple. Permainan ini sentiasa dikemaskini dengan tambah pertempuran ketua jahat yang baru, mod permainan dan tema serta dunia baru untuk diteroka.

Apa lagi cepat-cepat muat turun ke peranti iOS anda sementara ia ditawarkan percuma.

Lagi game percuma hari ini:
- Score! Classic Goals

Isnin, 23 Julai 2012

Posted by peaqour On 12:15 PTG 0 comments

Fakta Menarik tentang CEO baru Yahoo, Marissa Mayer


Yahoo telah melantik CEO baru mereka baru-baru ni iaitu Marissa Mayer yang mana sebelumnya merupakan orang kuat kepada Google. Mungkin ini langkah paling cepat yang mampu difikirkan oleh pengurusan Yahoo dalam usaha mereka untuk kekal bersaing dengan Google. Yahoo kini ketinggalan jauh daripada Google yang mana ia hanya mempunyai portal carian dan lain-lain perniagaan yang berkaitan sedangkan Google dah jauh ke depan dengan mencabangkan lagi bidang perniagaannya ke pasaran telefon bimbit dengan memperkenalkan sistem operasi untuk telefon bimbit iaitu Android, Tablet dan smartphone dengan jenama Google sendiri.

Berikut ada sedikit fakta menarik tentang Marissa Mayer yang mungkin anda teruja bila membacanya:

- Ketika Marissa Mayer dilantik menjadi CEO Yahoo,  beliau sedang mengandung dan dijangka akan melahirkan anaknya dalam tempoh masa terdekat. Jantina mahupun kekangan sebagai seorang perempuan mengandung sememangnya tidak menjadi penghalang untuk sebuah syarikat yang besar untuk menjadikannya seorang ketua, apa yang penting ialah kebolehan.

- Marissa Mayer merupakan orang yang ke-20 menyertai Google pada ketika Google mula-mula ditubuhkan  pada tahun 1999 dan dia dilantik sebagai engineer perempuan pertama di dalam Google.

- Beliau memiliki Ijazah dalam Symbolic Systems dan turut memiliki Master dalam Sains Komputer dan kepakaran beliau adalah dalam bidang Kepintaran Buatan atau Artificial Intelligence daripada Universiti Stanford. Beliau juga dianugerahkan dengan Doktor Falsafah dalam hasil usahanya dalam bidang 'Carian'. Patut la dia kerja dengan Google... doctorate pun dalam 'Carian'.

- Mayer merupakan pencetus kepada produk Google yang paling popular iaitu homepage untuk carian Google yang menggunakan background putih dengan logo Google berwarna warni di atas form cariannya, Google Images, Google News, Gmail Inbox, dia juga mengetuai untuk pasukan Google Maps dan merupakan orang paling dipercayai oleh founder Google; Larry Page dan Sergei Brin.

- Asalnya cita-cita Marissa Mayer ialah menjadi Pediatric Neurosurgeon. Jauh jugak menyimpang tuh daripada doktor jadi engineer kat Google.

- Beliau sukakan aktiviti sukan lasak seperti memanjat gunung Kilimanjaro, menyertai larian marathon, ski. Sapa kata jadi orang besar-besar ni tak bleh join aktiviti sukan. Pompuan lagi derr...

- Beliau tinggal di penthouse hotel yang dibelinya di Four Seasons Hotel, Sans Fransisco.

- Beliau juga seorang fashionista. Mayer pernah membayar sebanyak $60,000 semata-mata untuk makan bersama pereka fesyen kegemarannya iaitu Oscar De La Renta dalam sebuah majlis lelongan amal.

- Perlantikan Marissa Mayer sebagai CEO Yahoo menjadikan beliau antara tak sampai 20 orang wanita yang mengetuai syarikat Fortune 500.

Posted by peaqour On 11:13 PG 0 comments

Video Klip Comel : Sleeq featuring Najwa Latiff - Untuk Dia


Tak tau la kenapa tapi rasa nak share juga video klip Sleeq featuring Najwa Latiff - Untuk Dia ni pada semua. Dalam video ni jugak ada Aaron Aziz dengan Siti Saleha. Najwa Latiff ala-ala kiut tapi macam tak berapa selesa featuring dalam video klip lagu rap... macam terpaksa je tapi sebab dia budak-budak nampak kiut je.

Korang tengok je la...

Ahad, 22 Julai 2012

Posted by peaqour On 5:35 PTG 4 comments

Konsep Baru Hypermarket Carrefour

Stesen May I Help You yang sentiasa ada berdekatan dengan anda



Semalam kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi hypermarket Carrefour di Mid Valley, kebetulan memang nak cari ayam untuk juadah berbuka puasa. Sebelum tu diberitahu oleh sedara-mara dan kawan-kawan yang dah pergi semua kata Carrefour telah menukar konsep store mereka menjadi lebih menarik. Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat aku snap.

Menggunakan tema hitam dan lampu neon sebagai tanda nama setiap segmen
Konsep Carrefour yang baru ternyata lebih segar dan moden berbanding dengan konsep lamanya dan juga berbanding dengan hypermarket pesaing yang lain, ternyata konsep terbaru Carrefour ni lebih menarik. Semalam tengok rancangan masakan sempena ramadhan terbitan astro iaitu Hello Bro... Tolong Masak juga menggunakan kelebihan konsep terbaru Carrefour Mid Valley ini sebagai lokasi untuk hos mereka mencari barang keperluan untuk memasak.


Warna yang banyak digunakan ialah warna gelap berkemungkinan warna hitam tapi tak terlalu pekat hitamnya. Di setiap segmen barangan dipasangkan dengan nama segmen menggunakan efek lampu neon yang cantik dengan background hitam.
Troli baru yang cantik, di bahagian bawah boleh diletakkan  bakul kalau di ruangan troli tak  muat
Pintu masuk Carrefour juga telah diubah daripada hujung ke bahagian lebih tengah. Memasuki Carrefour membuatkan kita terasa seperti memasuki gedung perabut IKEA kerana kita perlu menempuh setiap segmen  dengan arah pusingan bermula dengan segmen penjagaan diri, segmen barangan elektrik, dan seterusnya sehinggalah ke segmen terakhir segmen pasar segar dan kemudian terus ke kaunter pembayaran.

Mudahnya nak cari mesin semakan harga
Setiap 200m kita akan sentiasa terjumpa satu stesen yang dipanggil May I Help You dimana Carrefour telah menempatkan pekerja mereka di stesen tersebut untuk memudahkan pelanggan mereka bertanyakan sesuatu. Selain tu, kalau kita nak check harga pun lebih mudah, cuma cari je tiang yang di atasnya ada tanda merah dengan sign "Price Check Here". Lebih mudah daripada hypermarket yang lain yang kita terpaksa kehulu kehilir untuk mencari mesin semak harga.
Brochure juga baru

Jumaat, 20 Julai 2012

Posted by peaqour On 5:23 PTG 5 comments

The Dark Knight Rises - Ulasan Filem


Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan, tengkorak pecah, kena sumbat pulak dalam penjara yang orang tak pernah lepas, pastu kereta kena curik, jatuh bankrap dan macam-macam lagi. Itulah antara yang bakal anda saksikan dalam filem terbaru Batman; The Dark Knight Rises yang akan mula ditayangkan pada hari ini 19 Julai 2012 di seluruh Malaysia.
Poster filem The Dark Knight Rises
Durasi filem ini ialah selama 2 jam 44 minit (termasuk kredit) memang agak lama dan amat berbahaya kalau filem yang panjang tidak mempunyai jalan cerita yang menarik yang mampu mengheret penonton mengikutinya sehingga habis. Tapi jangan risau, The Dark Knight Rises ni akan membuatkan kita tak rasa masa dua jam lebih tu dah berlalu kerana jalan ceritanya, plot-plotnya, skripnya memang terbaik dan tak membuatkan kita merasa bosan. Aku langsung takde menguap walaupun nak diikutkan jalan ceritanya tidak berjalan dengan pantas, tapi setiap babak dan dialog sememangnya tidak mengundang mengantuk ketika ditonton. Kita disajikan dengan sebuah filem adiwira yang sebenarnya manusia biasa. Batman tak memiliki kuasa macam Superman, Thor, atau Hulk tapi dia dilengkapi dengan gadget-gadget dan kenderaan yang canggih hasil daripada kekayaan Bruce Wayne tapi apa yang paling penting sekali ialah semangat, ilmu dan kepintaran Bruce Wayne / Batman itu sendiri yang menjadikan Batman seorang adiwira yang dikagumi dan disanjung oleh penduduk di bandar Gotham.
Bruce Wayne yang pencen daripada menjadi Batman
Dalam filem ini nampaknya bukan Batman sahaja menjadi hero, kerana untuk mencapai kejayaan mengalahkan pasukan pengganas yang diketuai oleh Bane memerlukan kerjasama daripada banyak pihak. Kalau tak kerana jasa-jasa watak-watak lain seperti James Gordon yang berjiwa kental walaupun cedera tetap berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan daripada bandar Gotham diletupkan, pasukan polisnya juga berjasa kali ni bukan sekadar pemerhati dalam sama-sama memerangi askar-askar Bane yang merampas bandar Gotham selepas semua polis yang berada di Gotham telah terkurung di dalam terowong disebabkan kesombongan kaptennya. Tidak boleh dilupakan juga watak polis muda John Blake yang percaya dengan keperwiraan Batman berbeza dengan kebanyakkan penduduk Gotham yang menganggap Batman adalah penjenayah yang membunuh Harvey Dent, Blake ditonjolkan sebagai seorang polis yang mahu menegakkan keadilan tanpa ada campur tangan pihak ketiga, tanpa pembohongan. Blake juga yang merancang dan berhubung dengan anggota polis yang terperangkap di dalam terowong dan berusaha untuk membebaskan mereka. Blake juga di akhir cerita merupakan kesinambungan kepada filem ini jika ada sekuelnya di masa akan datang tapi mungkin dengan tajuk berbeza. Apakah itu...? Itu korang kena tengok sendiri.
Bane bertempur dengan Batman... teruk Batman kena kali ni.
Untuk watak antagonis dalam The Dark Knight Rises ni, seperti yang disajikan kepada kita di dalam trailernya sememangnya Bane yang ditonjolkan sebagai watak penjahat utama. Sepanjang filem ini juga kita berasa kagum dengan Bane yang mampu merancang dengan teliti dan mempunyai tentera yang ramai dan berkebolehan dalam usahanya merampas bandar Gotham daripada pasukan Polis. Tentera pimpinannya juga tersusun sampaikan tidak mampu dikesan oleh polis dan jika bukan disebabkan James Gordon, John Blake dan Batman, Gotham mungkin lebih mudah ditawan oleh Bane. Tapi selama ini jika anda seorang peminat kartun Batman, Bane bukanlah seorang penjahat yang bijak. Dia cuma bergantung kepada kekuatannya yang sememangnya lebih kuat daripada Batman tapi Batman tetap mampu mengalahkannya dengan kebijaksanaan. Tetapi di penghujung filem ini baru kita disedarkan bahawa semua perancangan Bane adalah dirancangkan oleh watak antagonis yang lain yang lebih bijak daripadanya yang berselindung disebalik watak innocent dan bijak sepanjang filem ini. Pada aku, aku sukakan watak Bane yang dilakonkan oleh Tom Hardy (ingat filem This Means War tak...?) dengan cara dia bercakap, ketegasan dia menunjukkan Bane tak boleh diperkotak-katikkan seperti di dalam kartun Batman. Siapakah watak antagonis yang memberikan perancangan teliti untuk dilaksanakan oleh Bane di dalam filem ni? Itu korang tengok sendiri supaya korang sendiri boleh rasa elemen surprise yang disajikan.
Catwoman yang cantik, belakang kepala dia tu bukan telinga tapi riben, nampak macam telinga kucing kan?
Untuk watak Catwoman pulak atau diwaktu siangnya dikenali sebagai Selina Kyle yang dilakonkan oleh Anne Hathaway juga tidak kurang hebatnya. Catwoman pada mulanya cuma mengambil upah buat bisnes kecil-kecilan mencuri barang-barang yang dikehendaki oleh pelanggannya. Catwoman adalah seorang pencuri yang profesional, takde peti besi yang tak boleh dibuka dan tiada tempat yang tak boleh dimasukinya. Dia mempunyai sebab tersendiri melakukan jenayah kecil-kecilannya tapi tak disangka-sangka perasaannya membawa Catwoman ke pertempuran yang lebih besar yang pada awalnya seboleh-boleh mahu dielaknya. Catwoman pada asalnya tak mempedulikan siapa yang akan menang antara Batman ataupun Bane tapi perasaan cinta mendorongnya untuk menyebelahi Batman.
"Nak jadi Batman balik ke tak nak... nak jadi ke tak nak..."
Watak-watak lain walaupun kecil tapi di dalam filem ni membuatkan kita boleh mengingati mereka kerana kepentingan mereka menyumbang dalam jalan ceritanya. Albert tetap setia menjaga Bruce Wayne dan tapi menghalang Batman daripada membuat kemunculan semula. Lucius Fox menjadi orang kepercayaan Bruce Wayne untuk mengendalikan syarikatnya dan juga memajukan jabatan R&D dalam menghasilkan gajet canggih untuk kegunaan Batman. Juga watak baru iaitu Miranda Tate juga sama penting dalam menolong Bruce Wayne dalam kesusahan selepas diisytihar muflis cuma kepada Miranda sahaja yang Bruce Wayne percaya mampu menyelamatkan syarikatnya daripada jatuh ke tangan orang lain.


The Bat sedang mengejar Batmobile yang dicuri oleh Bane
Gajet-gajet yang digunakan oleh Batman juga tak keterlaluan, untuk filem ketiga ni Batman cuma menggunakan kenderaan barunya iaitu The Bat, sebuah kenderaan yang mampu terbang yang dicipta oleh Lucius Fox. Batmotorcycle pula diberikan kepada Catwoman dalam usahanya membentuk pasukan super untuk menentang Bane dan mencari bom jangka yang berlegar di jalan raya Gotham. Manakala Batmobile pula telah dirampas teknologinya oleh Bane, jadi di dalam filem ni ianya digunakan oleh angkatan tentera Bane untuk menentang pasukan Batman dan Polis Gotham.
Detektif John Blake dengan Penolong Komisioner Polis Foley yang tak mendengar cakap
Seperti yang aku katakan tadi, tempoh masa 2 jam lebih menjadi tak terasa dengan melayan jalan cerita filem ini memang mengasyikkan. Filem trilogi Batman di bawah karya Christopher Nolan sememangnya adalah filem terbaik Batman yang pernah dihasilkan berbanding dengan filem-filem francais Batman sebelum-sebelum ini yang lebih komik dan berwarna-warni. Batman di bawah Nolan lebih gelap, lebih serius dari segi jalan ceritanya, perkembangan watak-wataknya, kerasionalannya (ada ke ayat nih?), dan yang penting ending untuk filem ke-tiga daripada trilogi Batman ini sememangnya happy ending dan tak membuat kita merasa ralat walaupun ianya agak cliche.


Secara keseluruhannya kalau nak diberkan bintang, aku bagi 9.9 bintang daripada 10 bintang. The Dark Knight Rises memang osemmmm!!!