The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Posted by peaqour On 12:15 PTG 0 comments

Fakta Menarik tentang CEO baru Yahoo, Marissa Mayer


Yahoo telah melantik CEO baru mereka baru-baru ni iaitu Marissa Mayer yang mana sebelumnya merupakan orang kuat kepada Google. Mungkin ini langkah paling cepat yang mampu difikirkan oleh pengurusan Yahoo dalam usaha mereka untuk kekal bersaing dengan Google. Yahoo kini ketinggalan jauh daripada Google yang mana ia hanya mempunyai portal carian dan lain-lain perniagaan yang berkaitan sedangkan Google dah jauh ke depan dengan mencabangkan lagi bidang perniagaannya ke pasaran telefon bimbit dengan memperkenalkan sistem operasi untuk telefon bimbit iaitu Android, Tablet dan smartphone dengan jenama Google sendiri.

Berikut ada sedikit fakta menarik tentang Marissa Mayer yang mungkin anda teruja bila membacanya:

- Ketika Marissa Mayer dilantik menjadi CEO Yahoo,  beliau sedang mengandung dan dijangka akan melahirkan anaknya dalam tempoh masa terdekat. Jantina mahupun kekangan sebagai seorang perempuan mengandung sememangnya tidak menjadi penghalang untuk sebuah syarikat yang besar untuk menjadikannya seorang ketua, apa yang penting ialah kebolehan.

- Marissa Mayer merupakan orang yang ke-20 menyertai Google pada ketika Google mula-mula ditubuhkan  pada tahun 1999 dan dia dilantik sebagai engineer perempuan pertama di dalam Google.

- Beliau memiliki Ijazah dalam Symbolic Systems dan turut memiliki Master dalam Sains Komputer dan kepakaran beliau adalah dalam bidang Kepintaran Buatan atau Artificial Intelligence daripada Universiti Stanford. Beliau juga dianugerahkan dengan Doktor Falsafah dalam hasil usahanya dalam bidang 'Carian'. Patut la dia kerja dengan Google... doctorate pun dalam 'Carian'.

- Mayer merupakan pencetus kepada produk Google yang paling popular iaitu homepage untuk carian Google yang menggunakan background putih dengan logo Google berwarna warni di atas form cariannya, Google Images, Google News, Gmail Inbox, dia juga mengetuai untuk pasukan Google Maps dan merupakan orang paling dipercayai oleh founder Google; Larry Page dan Sergei Brin.

- Asalnya cita-cita Marissa Mayer ialah menjadi Pediatric Neurosurgeon. Jauh jugak menyimpang tuh daripada doktor jadi engineer kat Google.

- Beliau sukakan aktiviti sukan lasak seperti memanjat gunung Kilimanjaro, menyertai larian marathon, ski. Sapa kata jadi orang besar-besar ni tak bleh join aktiviti sukan. Pompuan lagi derr...

- Beliau tinggal di penthouse hotel yang dibelinya di Four Seasons Hotel, Sans Fransisco.

- Beliau juga seorang fashionista. Mayer pernah membayar sebanyak $60,000 semata-mata untuk makan bersama pereka fesyen kegemarannya iaitu Oscar De La Renta dalam sebuah majlis lelongan amal.

- Perlantikan Marissa Mayer sebagai CEO Yahoo menjadikan beliau antara tak sampai 20 orang wanita yang mengetuai syarikat Fortune 500.

Ahad, 22 Julai 2012

Posted by peaqour On 5:35 PTG 4 comments

Konsep Baru Hypermarket Carrefour

Stesen May I Help You yang sentiasa ada berdekatan dengan anda



Semalam kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi hypermarket Carrefour di Mid Valley, kebetulan memang nak cari ayam untuk juadah berbuka puasa. Sebelum tu diberitahu oleh sedara-mara dan kawan-kawan yang dah pergi semua kata Carrefour telah menukar konsep store mereka menjadi lebih menarik. Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat aku snap.

Menggunakan tema hitam dan lampu neon sebagai tanda nama setiap segmen
Konsep Carrefour yang baru ternyata lebih segar dan moden berbanding dengan konsep lamanya dan juga berbanding dengan hypermarket pesaing yang lain, ternyata konsep terbaru Carrefour ni lebih menarik. Semalam tengok rancangan masakan sempena ramadhan terbitan astro iaitu Hello Bro... Tolong Masak juga menggunakan kelebihan konsep terbaru Carrefour Mid Valley ini sebagai lokasi untuk hos mereka mencari barang keperluan untuk memasak.


Warna yang banyak digunakan ialah warna gelap berkemungkinan warna hitam tapi tak terlalu pekat hitamnya. Di setiap segmen barangan dipasangkan dengan nama segmen menggunakan efek lampu neon yang cantik dengan background hitam.
Troli baru yang cantik, di bahagian bawah boleh diletakkan  bakul kalau di ruangan troli tak  muat
Pintu masuk Carrefour juga telah diubah daripada hujung ke bahagian lebih tengah. Memasuki Carrefour membuatkan kita terasa seperti memasuki gedung perabut IKEA kerana kita perlu menempuh setiap segmen  dengan arah pusingan bermula dengan segmen penjagaan diri, segmen barangan elektrik, dan seterusnya sehinggalah ke segmen terakhir segmen pasar segar dan kemudian terus ke kaunter pembayaran.

Mudahnya nak cari mesin semakan harga
Setiap 200m kita akan sentiasa terjumpa satu stesen yang dipanggil May I Help You dimana Carrefour telah menempatkan pekerja mereka di stesen tersebut untuk memudahkan pelanggan mereka bertanyakan sesuatu. Selain tu, kalau kita nak check harga pun lebih mudah, cuma cari je tiang yang di atasnya ada tanda merah dengan sign "Price Check Here". Lebih mudah daripada hypermarket yang lain yang kita terpaksa kehulu kehilir untuk mencari mesin semak harga.
Brochure juga baru

Rabu, 18 Julai 2012

Posted by peaqour On 12:08 PTG 0 comments

2 cara membuat CD Casing daripada kertas A4


Kita ada banyak CD kosong yang kita beli dari kedai komputer, kita beli bundle banyak banyak untuk burn lagu, movie, kerja, gambar dan lain-lain tujuan mengikut individu masing-masing. Tapi kita takde CD case untuk letak CD-CD yang kita dah burn atau nak bagi pada orang lain.

Kat sini saya sharekan satu cara yang sangat mudah dan sangat murah untuk anda isikan CD yang anda dah burnkan ke dalam CD casing yang anda sendiri boleh buat hanya bermodalkan sekeping kertas A4. Nak lagi cantik dan menarik guna kerta A4 yang berwarna. Jom tengok video kat bawah untuk cara-cara mudah membuat CD case sendiri.

Cara #1: CD Casing - tutup semua CD



Cara #2: CD Casing dengan tingkap (untuk baca CD title)

Selasa, 17 Julai 2012

Posted by peaqour On 9:57 PG 0 comments

Cara Lipat Seluar Slack


Dalam siri melipat ni pulak saya sharekan cara yang betul melipat seluar slack atau seluar korang pegi office tuh.



Semoga almari baju korang lebih kemas lagi lepas ni termasuk la almari baju aku sekali.

Siri Lipat-Melipat yang lain:

Cara Melipat Cadar Dengan Cepat dan Mudah Cara Lipat Baju Cara Origami, Cepat dan Mudah Cara Lipat Spender dan Susun dengan Kemas Cara Lipat Stoking Cara Stylo

Posted by peaqour On 9:40 PG 2 comments

Cara Lipat Stoking Cara Stylo


Yang ni pulak video mengajar cara-cara melipat stokin kita yang dah basuh tuh dengan lebih stylo dan senang nak di simpan. Layan!



Pastikan stoking anda berkualiti tinggi untuk melakukan cara lipatan ni. Takut nanti jenis low quality terus getah dia cengkam dah asik melondeh je stoking korang pakai.

Siri Lipat-Melipat yang lain:

Cara Melipat Cadar Dengan Cepat dan Mudah Cara Lipat Baju Cara Origami, Cepat dan Mudah Cara Lipat Spender dan Susun dengan Kemas Cara Lipat Seluar Slack

Posted by peaqour On 9:29 PG 0 comments

Cara Lipat Spender dan Susun dengan Kemas


Ni pulak cara nak menyusun dan melipat spender/spentot korang. Cuma tak sure la mana nak dapat bekas spender dia tu. Tapi boleh dijadikan inspirasi untuk korang menyusun spender-spender korang dalam almari tu.



Senang kan?


Siri Lipat-Melipat yang lain:

Cara Melipat Cadar Dengan Cepat dan Mudah Cara Lipat Baju Cara Origami, Cepat dan Mudah Cara Lipat Stoking Cara Stylo Cara Lipat Seluar Slack

Posted by peaqour On 9:21 PG 1 comments

Cara Lipat Baju Cara Origami, Cepat dan Mudah


Ramai yang dah pernah tengok cara melipat baju ni tapi rasanya ramai juga yang tak practice dan lupa caranya. So saya share lagi video ni di sini.




Siri Lipat-Melipat yang lain:

Cara Melipat Cadar Dengan Cepat dan Mudah Cara Lipat Spender dan Susun dengan Kemas Cara Lipat Stoking Cara Stylo Cara Lipat Seluar Slack

Posted by peaqour On 9:14 PG 0 comments

Cara Melipat Cadar Dengan Cepat & Mudah


Anda biasa terkial-kial melipat cadar untuk tilam yang dibeli dari pasaraya tuh? Cadar yang ada getah kat tepi tu yang terus melekap kat tilam lepas pasang tu kan agak susah untuk dilipat. Lepas dah lipat ia jadi tebal dan tak kemas? Haa mari tengok video ni macam mana mak cik ni ajar kita melipat cadar yang bergetah jerut yang biasa kita beli kat pasaraya tu dengan sangat mudah, simple, senang, kacang goreng jer dan cepat sambil berdiri pulak tu.



Amacam! Senang giler kan? Selamat mencuba.

Siri Lipat-Melipat yang lain:

Cara Lipat Baju Cara Origami, Cepat dan Mudah Cara Lipat Spender dan Susun dengan Kemas Cara Lipat Stoking Cara Stylo Cara Lipat Seluar Slack

Isnin, 2 Julai 2012

Posted by peaqour On 8:48 PG 0 comments

Wajah baru Berita Harian Online


Wah Berita Harian Online berwajah baru. Maybe ini untuk memberikan paparan yang lebih baik untuk tablet kot. Kebanyakkan tabloit tempatan terutama yang besar-besar semua dah keluarkan edisi digital untuk langganan secara maya dan harga yang lebih murah. Sapa tau maybe lagi 3 - 4 tahun majoriti rakyat Malaysia dah mampu memiliki tablet, tablet-tablet pun dah makin murah macam tablet Google terbaru Nexus 7, Amazon Kindle etc, surat khabar fizikal tah tah dah tak keluar lagi kot. Save paper, save the tree... go green...

Jom cekitdaut rupa baru Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/.

Jumaat, 19 November 2010

Posted by peaqour On 12:10 PG 4 comments

Harry Potter Wiki: Apa itu Horcrux?

Sekarang ni bermula minggu ni akan mulalah demam Harry Potter dengan filem terbarunya baru je direleasekan di panggung panggung di Malaysia. Dah tengok belum? Kena la pegi tengok kalau belum sebab kali ni dia dibuat lebih dewasa berbanding dengan filem filem sebelum ni.

Tapi untuk entry ini, aku nak share sikit pasal Horcrux. Horcrux ialah benda benda yang Harry Potter dan kawan kawan dia kena musnahkan atas arahan Dumbledore sekiranya mereka semua di dunia sihir nak hidup aman damai tanpa gangguan penjahat penjahat yang diketuai oleh Lord Voldermort.

Apa menatangnya Horcrux tu? best ke kalau ada Horcrux? Okay serba sedikit kat sini aku cuba kongikan dengan korang semua. Horcrux adalah objek objek yang dijadikan untuk menyimpan jiwa seseorang ahli sihir jahat dengan tujuan untuk mencapai kehidupan kekal abadi (tak mati la senang citer). Membuat Horcrux diklasifikasikan di dunia ahli sihir sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, sangat jahat, melanggar undang undang secara moral dan melawan keseimbangan alam semulajadi serta memerlukan satu pembunuhan dalam mencipta sesuatu Horcrux

Menurut sejarah (ini sejarah dalam buku Harry Potter tau, jangan ingat dalam sejarah manusia pulak), Horcrux yang pertama telah dicipta oleh Herpo the Foul seorang ahli sihir jahat berketurunan Greek dan yang pertama menetaskan seekor basilisk (ular gergasi yang maha ganas). Tapi, cuma Lord Voldemort sahaja yang mampu mencipta Horcrux lebih daripada satu (ada 7 sebenarnya).

Senarai Horcrux Lord Voldemort

Horcrux GambarTempat DisembunyikanMangsa
Dibunuh 
Dimusnahkan oleh Cara
Dimusnahkan 
Tempat
Dimusnahkan
Diari Tom Riddle Di dalam simpanan Lucius Malfoy, diberikan kepada Ginny Weasley (tanpa pengetahuan), tapi dijumpai oleh Harry Potter Moaning Myrtle Harry Potter Ditikam dengan taring BasiliskChamber of Secrets
Cincin Marvolo Gaunt Gaunt Shack (rumah keluarga Gaunt) Tom Riddle Sr. Albus Dumbledore Dimusnahkan dengan pedang Godric Gryffindor Bilik Dumbledore
Loket Salazar Slytherin Gua Horcrux, kemudian dipindahkan ke No. 12 Grimmauld Place (rumah Sirius Black), kemudian dicuri oleh Mundungus Fletcher yang kemudian memberikannya sebagai rasuah  kepada Dolores Umbridge Pengemis Muggle Ron Weasley Dihempuk menggunakan pedang Godric Gryffindor Hutan Dean
Cawan Helga Hufflepuff Bilik rahsia keluarga Lestrange di Bank Sihir Gringotts Hepzibah Smith Hermione Granger Ditikam dengan taring Basilisk Chamber of Secrets
Tiara Rowena Ravenclaw Di dalam Bilik Keperluan di Hogwarts Castle Pekerja buruh dari Albania Vincent Crabbe Secara tidak sengaja dengan sihir hitam kuasa api Fiendfyre yang turut mengorban Crabbe orang yang melafazkan sihir itu Bilik Keperluan
Harry Potter[7] Sebahagian daripada roh Harry tanpa dia sedari Jiwa Voldemort yang tidak stabil ketika itu ketika sedang membunuh keluarga Harry menggunakan sihir hitam terlarang Lord Voldemort (diluar jangkaan beliau) Sihir Membunuh tanpa mendatangkan kecederaan kepada Harry, hanya meninggalkan kesan lebam besar di dadanya Hutan Larangan
Nagini Sentiasa disisi Lord Voldemort selepas cawan Helga Hufflepuff dicuriBertha Jorkins[8] Neville Longbottom Dipancung menggunakan pedang Godric Gryffindor Pintu dewan besar Hogwarts


Kredit untuk http://harrypotter.wikia.com/wiki/Horcrux untuk informasi di atas. Terima kasih banyak.