Khamis, 23 Disember 2010

Gulliver's Travels

Posted by peaqour On 5:51 PTG 5 comments

Versi Gulliver's Travels yang difilemkan ni adalah versi moden dan juga komedi kalau nak bandingkan dengan buku cerita dia. Tengok aje pelakon utama dia, Jack Black yang memang sinonim dengan filem-filem komedi. Komedi Jack Black ni aku boleh ibaratkan kalau kat Malaysia ni macam Mamat Khalid punya komedi yang suka mengingatkan kita pada memori dan kegemilangan sesuatu ketika dulu. Kalau filem-filem Mamat Khalid mengingatkan kita pasal Rock Kapak, suasana di kampung masa kita kecik-kecik, hindustan dan macam-macam lagi, sama juga dengan filem-filem Jack Black mesti ada Rock 'n Roll, nerd, robot, Star Wars dan macam macam lagi. Kepada peminat komedi Jack Black mesti suka filem ni cuma dia megambil plot daripada buku karya klasik Inggeris biasa kita baca masa kecik kecik dulu (kalau korang lahir dalam tahun 80-an ke bawah lah).

Poster filem Gulliver's Travel
Tak sure sama ada buku Gulliver's Travel masih diterima oleh kanak-kanak zaman ni, tapi pada zaman aku ianya antara buku yang wajib dibaca. Maklumlah masa tu mana ada buku-buku Harry Potter, yang ada pun Enid Blyton. Kalau nak bandingkan antara jalan cerita di buku dengan di dalam filem ni, plotnya ada yang sama tapi tak semuanya sama. Mungkin penulis skrip dia cuma megambil ilham daripada buku dan menulisnya semula dengan menggunakan zaman moden dan karakter Gulliver yang berbeza. Kalau korang nak tau dalam buku klasik Gulliver mengembara ke banyak lagi tempat berbanding di dalam filem dia cuma sampai di Liliput dan Blefuscu (kedua duanya negara berjiran dengan rakyatnya orang orang kenit belaka) dan Brobdingnag (dunia orang gergasi) tu sahaja. Tapi kalau dalam buku Gulliver mengembara ke banyak lagi tempat macam Laputa, Jepun, Balnibarbi dan banyak lagi negara yang pelik-pelik.

Gergasi lawan robot, sapa yang menang agak agak?
Gulliver's Travel mengambil Jack Black (School of Rock, Kungfu Panda, Year One) sebagai Gulliver, watak utama filem ni. Dia yang diam diam sukakan penulis kolum pengembaraan di tempat kerjanya iaitu Darcy dilakonkan oleh Amanda Peet (2012, A Lot Like Love, Identity). Kemudian bila dah sampai ke Liliput, antara pelakon yang menjayakan filem ni adalah Jason Segel (Knocked Up, Forgetting Sarah Marshall) yang menjadi Harotio iaitu best friend Gulliver di Liliput, Emily Blunt (The Devils Wear Prada, The Wolfman) sebagai Princess Mary puteri negara Liliput yang bertunang dengan General Edward lakonan Chris O'Dowd tetapi mencintai Harotio. Watak watak lain ialah Raja Liliput iaitu King Theodore dilakonkan oleh Billy Connely. Filem ini adalah arahan Rob Letterman yang banyak mengarah filem animasi sebelum ni macam filem Monsters vs Aliens dan Shark Tale.

Sempat main Guitar Heroes masa tengah keje.
Disebabkan Jack Black suka dengan lagu-lagu Rock 'n Roll, kebanyakan muzik latar filem ni lagu lagu genre tu jugak. Ada satu lagu yang mendamaikan dua negara yang berperang aku rasa lagu yang Jackie Chan dengan Chris Rock nyanyi dalam filem Rush Hour. Hmm.. apesal tak cari lagu lain eh.

Askar-askar Befluscu tergezut dengan kehadiran Gulliver yang
sebesar gergasi ketika diorang cuba nak menculik
Puteri Mary.
Filem ini juga dikeluarkan dengan 2 versi iaitu format biasa dan juga format 3D dan di'rate'kan sebagai untuk tontonan Umum. Tapi percaya cakap aku, better tengok format biasa je sebab menonton dengan guna cermin mata 3D tu macam takde beza aje dengan tak guna cermin mata. 3D dia tak terserlah berbanding dengan filem-filem 3D stereoskopik yang lain. Serius jangan abiskan duit untuk tengok 3D yer, tapi aku nak promosi sikit kalau nak tengok apa apa filem dengan format 3D datang ke GSC Maxx yang ada kat Berjaya Times Square, diorang ada satu panggung khas untuk format ini. Dengan skrin yang besar ditambah lagi dengan cermin mata 3D yang lebih selesa dipakai dan dengan seating yang eye level dengan skrin, memang berbaloi menonton di GSC Maxx. Cuma ada di Berjaya Times Square saja.

Sinopsis Sket
Masa ni Gulliver ajar Harotio cara mengurat. Harotio kat
atas tangga tu sebenarnya tengah mengurat Puteri Mary
yang duduk kat atas bumbung istana.
Lemuel Gulliver (Jack Black) adalah budak penghantar surat yang kurang keyakinan diri mungkin kerana jawatannya yang rendah di pejabat. Tapi dia dalam diam diam jatuh hati pada Darcy (Amanda Peet) seorang penulis ruangan melancong. Ntah macam mana Gulliver berlagak kool depan Darcy yang konon dia pernah melancong ke banyak tempat dan suka menulis, so Darcy mintak dia bagi satu artikel pasal tempat yang dia pernah pegi. Gulliver cuma copy paste dari internet dan dari buku untuk impresskan Darcy dan dia suka akan hasil tulisan yang kononnya Gulliver yang tulis tersebut. Darcy kemudian bagi satu assignment buat Gulliver pergi dan tulis pasal Bermuda Triangle.

Darcy dan Gulliver, ini adalah babak akhir filem ini. Apa diorang
tengah buat ni? Apa jadi pada Gulliver? Pegi tengok citer ni kalau
nak tau
Kerana cintanya, Gulliver pun menyahut cabaran dan dalam perjalanan dengan menaiki bot ke lokasi Segi Tiga Bermuda dia terperangkap dalam puting beliung. Sedar sedar je Gulliver berada di sekeliling orang orang yang sangat kecik yang tengah sibuk ikat ikat dia. Dia kemudian ditawan oleh General Edward seorang general yang hebat di negara Liliput. Semasa dalam penjara Liliput, Gulliver berkenalan dengan Harotio dan kemudian diorang jadi kawan baik. Ketika Liliput diserang oleh negara jiran diorang iaitu Blefuscu, Gulliver telah menolong Liliput mematahkan serangan tersebut dan juga percubaan menculik puteri Mary. Gulliver juga menolong memadamkan kebakaran di istana dan menyelamatkan Raja Theodore. Sejak tu Gulliver menjadi pujaan rakyat Liliput dan seterusnya menjadi General baru negara tersebut. Ini menyebabkan general Edward menjadi semakin marah apa lagi bila dia tengok Gulliver mengajar macam macam cara modern untuk Harotio mengurat Puteri Mary.

Harotio dan Puteri Mary yang saling mencintai satu sama lain.
Tapi kelakar bila Harotio mengurat dengan menggunakan ajaran
Gulliver yang lebih moden.
Gulliver jugak banyak mengubah penduduk Liliput dari segi cara percakapan, aktiviti harian, membina bangunan-bangunan seperti di Manhattan, banyak billboard billboard. Disebabkan cemburu dan marah, General Edward berpaling tadah dan menolong negara Blefuscu untuk menyerang Liliput dan dengan panduan cara cara membuat robot mainan yang diambil dari buku Gulliver, Blefuscu berjaya mencipta sebuah robot yang sama tinggi dengan Gulliver.

Agak agak korang macam mana lepas tu...? Of course diorang akan lawan. Tapi sapa menang..? Haa... kena la tengok sendiri ye.

5 comments:

pergh, terbaik review ni
tak suspen laaa
baru nk pi tgk kul 10 jap lg
adoiii, frust la
dah beli pun tiket 3d, klu tak best mmg membazir la jawabnya

apepun, thanks for the review

takpe pena, maybe pada aku tgk 3D tak berbaloi sbb aku penah tengok yang lebih baik sebelum ni, maybe ko tengok best ke... anyway tengok kat panggung mana...?

tengok kat queensbay, penang
yup, totally agree, kurang best 3d utk filem ni
comapred to megamind, which is better i thought
btw, nice story
byk unsur humor

ooo... aku ingat ko orang penang... hehe. aku pon suka datang penang... line clear nasi kandaq

betul... kalau jack black ada tak kelakar memang tak sah la...

peaqour:
ak bukan org penang, ak hanyalah perantau
next year merantau kat perak plak,haha
nasi kandar best woo sini, tp mahal la sikit
pokai klu makan selalu

Catat Ulasan