Khamis, 25 November 2010

Rapunzel : A Tangled Tale

Posted by peaqour On 11:12 PTG 13 comments

Rapunzel : A Tangled Tale merupakan sebuah filem animasi terbaru ditayangkan di pawagam di Malaysia, sesuai dengan musim cuti sekolah yang baru mula, sure ramai anak anak yang akan mintak mak ayah diorang tengok filem ni. Selain itu filem ini juga dibuat dalam format 3D stereoskopik (3D yang tengok guna cermin mata khas) selain format animasi biasa. Aku semalam tengok versi animasi bukannya format 3D, jadi aku agak agak kalau menonton dengan 3D pengalamannya mungkin berbeza dan feedback aku tentang filem ni aku rasa juga mungkin berbeza. Jadi review aku kali ni akan filem Rapunzel : A Tangled Tale ni adalah berdasarkan pengalaman aku menonton di skrin biasa sahaja, jangan biarkan ia mempengaruhi korang untuk menonton filem ni. Tapi aku sangat menggalakkan korang tengok dalam format 3D, lebih puas.
Poster Rapunzel : A Tangled Tale
 Aku cuba Google tentang filem ni, di iMDB atau pun di Wiki kedua duanya mempunyai tajuk yang sama; iaitu Tangled. Berbeza pulak tajuknya dengan tajuk di Malaysia. Dalam website GSC diorang menggunakan tajuk Rapunzel : A Tangled Story. Tapi jalan ceritanya tetap sama, tiada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Rasanya mungkin strategi Walt Disney Malaysia untuk letak nama Rapunzel di tajuknya supaya dapat menarik minat kanak kanak yang tahu akan cerita Rapunzel.

Aku nak share sikit sejarah si Rapunzel ni, memang biasa kita dengar nama ni sebaris dengan Cinderella, Little Red Riding Hood, Snow White, dan sebagainya. Kita jugak tahu Rapunzel mempunyai rambut yang sangat panjang sepanjang menara tempat dia tinggal. Rapunzel sebenarnya adalah sebuah fairy tale dari Jerman dan dibukukan secara rasminya pada tahun 1812 oleh Brothers Grimm sebagai salah sebuah kisah kanak kanak di dalam buku Children's and Household Tales.
Dari kiri: Pascal the Iguana, Flynn Rider, Rapunzel dan Maximus
Tentang filem animasinya pulak, bagi aku sendiri aku rasa macam tengok movie movie Barbie. Ianya tentang cintan cintun Rapunzel dengan Ryder/Eugene, ada nyanyi nyanyi dan menari nari keliling hutan, dalam bandar, tepi sungai macam filem hindustan. Rasa macam tengok movie Barbie di Disney Channel Astro pulak. Elemen humor jugak sudah semestinya wajib untuk sebuah filem animasi, paling mencuit hati ialah watak iguana milik Rapunzel dan jugak gelagat kuda istana yang sungguh hebat; iaitu Maximus pasti akan mengeletek hati korang nanti. Kuali pan juga bagaikan sangat popular dan banyak digunakan dalam filem ni, sampaikan di akhir cerita pengawal istana pun menggunakan kuali pan sebagai alat bantu melawan penjahat. Korang mesti suka dengan watak Rapunzel itu sendiri yang ala ala lurus bendul, dengan Flynn Rider yang cas ensem, dengan scene scene pergaduhan antara Flynn dengan si kuda hebat Maximus dan tentunya iguana bernama Pascal yang kelakar yang sentiasa bersama Rapunzel. Pendek kata ianya memang sebuah filem animasi yang menghiburkan terutamanya kepada budak budak perempuan kerana scene menyanyinya agak banyak. Bagi budak lelaki mereka cuma akan tertarik scene scene action, kejar mengejar, lawan lawan, scene lawak kuda dengan iguana sahaja.
Adegan ni kalau menonton dengan format 3D pasti lagi best,
sure tanglung tanglung tu macam keluar daripada skrin wayang
Bab nyanyi nyanyi memang sedap didengar, sebabnya Rapunzel sendiri menggunakan suara Mandy Moore, salah seorang penyanyi remaja yang memang mempunyai suara yang sedap dan boleh menyanyi. Lain lain pelakon hebat yang meminjam suara diorang dalam filem ni ialah Zachary Levi (TV siri Chuck, ingat?) sebagai Flynn Rider/Eugene, Donna Murphy (dalam Spiderman 2 dia bini kepada Dr. Octopus) sebagai Mother Gothel dan Ron Perlman (yang jadi Hellboy) sebagai Stabbington Brother. Filem animasi ni adalah sebuah terbitan Walt Disney Animation Studios dan arahan Nathan Greno dan Byron Howard.

Sinopsis

Flynn pertama kali terjumpa menara yang didiami Rapunzel
Rapunzel adalah seorang puteri raja yang dilarikan dari istana oleh seorang perempuan tua iaitu Mother Gothel yang mengetahui rahsia bunga Rapunzel yang cuma ada satu sahaja di dunia yang boleh menjadikan dirinya kekal muda. Ketika nak melahirkan Rapunzel, bondanya sakit tenat dan macam takde harapan untuk disembuhkan tapi akhirnya dengan khasiat bunga tersebut, dia dapat diselamatkan. Disebabkan bunga yang menjadi sumber untuk dirinya kekal muda dah takde lagi, Mother Gothel telah menculik Rapunzel disebabkan rambut emasnya tlah mewarisi kehebatan bunga yang telah diambil tadi.
Mother Gothel yang membuat pakatan dengan Stabbington Brothers
Sehinggalah besar, Rapunzel tinggal di menara tersembunyi bersama Mother Gothel yang dia dianggap sebagai ibu yang telah membesarkannya dan juga bersama Pascal, seekor iguana yang menjadi teman yang setia dan teman dia berbual. Rapunzel dilarang sama sekali untuk melihat ke luar menara atau turun dari menara, kerana Mother Gothel yang busuk hati tu mengatakan bahawa dunia luar penuh dengan penjahat dan tipu daya manusia. Tapi Rapunzel yang ala ala nakal tu selalu curi curi pandang keluar terutamanya pada setiap kali hari jadinya kerana ribuan tanglung yang cantik akan dilepaskan ke udara sehingga ia menarik minatnya dan dia memasang impian untuk pergi sendiri ke tempat tanglung tanglung itu dilepas seterusnya mencari jawapan apakah benda yang dilihatnya setiap tahun itu sebenarnya. Tanglung tanglung itu adalah simbol bahawa ayah dan bonda dan seluruh rakyat masih mengingati dirinya dan berharap dia akan balik semula ke istana satu hari nanti.
Pascal si Iguana yang memang kelakar
Flynn Rider pula merupakan seorang pencuri yang dikehendaku kerana telah mencuri tiara milik Puteri Rapunzel di istana bersama sama dengan Stabbington Brother. Semasa sedang dikejar oleh pengawal istana, dia bersama sama kuda istana bernama Maximus telah jatuh ke hutan yang dalam sehinggalah dia berjumpa dengan menara tempat Rapunzel tinggal. Dia kemudiannya berhasrat untuk bersembunyi di menara tersebut sebaliknya dia telah dibelasah dengan teruk oleh Rapunzel.

Menggunakan kuali pan sebagai alat mempertahankan diri
Apa terjadi berikutnya, tak bolehlah aku cerita lagi. Korang kena tengok sendiri di pawagam, ajak adik adik atau anak anak kerana ia memang sangat sesuai ditonton seisi keluarga terutama di musim cuti sekolah ni. Jangan lupa, tengok yang versi 3D yer, pasti lebih menghiburkan dan lebih puas dengan effect 3Dnya.

p/s: Sebelum filem ni start, ada trailer untuk filem animasi akan datang, antara yang membuatkan aku teruja ialah filem animasi Cars 2. Bestnya... yang nih sure budak budak lelaki suka sangat.

13 comments:

wao..ko tengok ktne ni bro

yo spaque, tengok kat one utama, gsc new wing. premiere screening la bro. tu pasal awal sket.

wao..demo dapat mano tiket ni..nak gak..hehe

adala spaque, teman sekatil aku bagi :)

ko nak tiket premiere screening, kena selalu tengok kat nuffnang, diorang pun rajin jugak bagi tapi kena usaha skit la, jawab soklan soklan dengan kreatif... :)

ptt r..aku xde teman sekatil lg..hehe..
da join nuffnang tp xkretif sgt kot..
try yg narnia plak..

takpe spaque, ko boleh cuba lagi...

mana tau ada rezeki aku buat contest ke untuk bagi tiket wayang free... kalau ada rezeki la... insyaAllah

wahh dah tgk ke?/ cm nk tgk je. tgk trailer pon klaka

nazihahisa

dah tengok, sure bebudak pompuan suka... nyanyi nyanyi... menari menari... tapi tengok yang 3D lagi best...

pergh dh tengok ka?
agak2 mana best compare to megamind?

pena, aku prefer megamind... aku budak lelaki... hehehe sure le suka lawan lawan, tembak tembak... rapunzel nyanyi nyanyi je... tapi tetap best

aku xpenah tgk movie 3D ni..die kne pkai spek 3D 2 kan..
teringin nk try nnti..

que, betul... kalau ko tak pernah tengok... ko kena cuba... sure jakun la kalau first time... tapi tiket mahal skit la... sebab dia termasuk dengan sewa cermin mata 3D tu

Tagled versi melayu guna suara siape ye?

Catat Ulasan