The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Memaparkan catatan dengan label Bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola. Papar semua catatan

Isnin, 13 Ogos 2012

Posted by peaqour On 11:23 PG 0 comments

Video Gol-Gol Manchester City vs Chelsea


Manchester City nampaknya memulakan kempen liga perdana inggeris mereka dengan langkah kanan dengan menggondol piala pertama mereka, piala sumbangsih dengan menewaskan penyandang juara piala eropah Chelsea. Menunjukkan kesungguhan mereka dalam membawa cabaran BPL musim 2012/13 selaku juara liga musim yang lepas, mereka menunjukkan kebangkitan setelah ketinggalan 0 - 1 pada mulanya. Dengan jaringan cantik Yaya Toure, Carlos Teves dan Samir Nasri membuktikan Manchester City adalah calon juara liga BPL musim ini.

Chelsea bagaimanapun membuka jaringan melalui penyerang sensasi dari Sepanyol, Fernando Torres dan selepas ketinggalan 3 - 1 mereka mendapat gol kedua melalui penyerang muda yang baru bermain untuk Team GB di sukan Olimpik London iaitu Ryan Bertrand. Jom tengok video gol-gol yang telah dijaringkan. Tapi ketiga-tiga jaringan Manchester City memang cantik. Tahniah!

Khamis, 26 Julai 2012

Posted by peaqour On 3:07 PTG 0 comments

Gol-gol Chelsea vs MLS All Star


Chelsea nampaknya tidak bernasib baik tewas kepada pilihan daripada liga bolasepak Amerika iaitu MLS All Star 3 - 2. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh John Terry dan Frank Lampard manakala gol-gol MLS All Star dijaringkan oleh anak-anak tempatan US iaitu Chris Wondolowski, Chris Pontius dan Eddie Johnson bukannya oleh bintang import seperti David Beckham ataupun Thierry Henry. Kedudukan selepas separuh masa pertama adalah seri 1 - 1.

Anak buah Roberto Di Matteo dilihat berhempas pulas untuk menunjukkan permainan sebenar mereka dan ternyata persembahan mereka mengecewakan di mana MLS All Star menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir hasil daripada bola yang terbias memperdayakan penjaga gol. Jom tengok sikit highlights dan jaringan yang dihasilkan.




Kredit kepada Footyvids2022 atau video di atas.

Lagi video gol-gol perlawanan persahabatan pra-musim:
- Manchester United menentang Shanghai Shenhua (1 - 0)

Posted by peaqour On 8:46 PG 0 comments

Gol Shinji Kagawa menentang Shanghai Shenhua


Shinji Kagawa pemain yang baru dibeli Sir Alex Ferguson untuk kelab yang digemari ramai penduduk di Asia, Manchester United telah memahatkan nama sebagai penjaring dengan menjaringkan gol pertamanya ketika Manchester United menentang Shanghai Shenhua ketika aksi persahabatan pra-musim. Jaringan cantik yang dilakukan pada minit ke 68 itu hasil daripada hantaran Bebe yang sebelum itu mengelecek seorang pemain dan melakukan larian dan menghantar bola tepat kepada Kagawa yang tidak dikawal.

Jom saksikan jaringan beliau. Semoga Shinji Kagawa akan terus menjaringkan gol untuk Manchester United di masa akan datang.



Kredit kepada WTFvids90 atas video youtube di atas.

Lagi video gol-gol perlawanan persahabatan pra-musim:
- Lihat gol-gol Chelsea menentang MLS All Star (2 - 3)

Jumaat, 20 Julai 2012

Posted by peaqour On 3:07 PTG 0 comments

Beckham Yang Masih Berbisa


Korang ada tengok gol-gol David Beckham baru-baru ni masa LA Galaxy lawan Portland Timbers? Sangat menarik dan seperti biasa dijaringkan dari situasi dead ball yang sememangnya kepakaran Beckham. Apa yang pelik Beckham tak terpilih untuk menyertai skuad bolasepak olimpik Great Britain yang diketuai oleh Ryan Giggs sebagai kapten. Dia juga boleh join team Euro England kalau dilihat kepada kemahiran dan skill dia yang masih berbisa.

Jom layan jelah video gol-gol jaringan David Beckham dengan Robbie Keane untuk LA Galaxy yang mana mereka menang 5-3 menentang Portland Timbers. Ni mesti keeper LA Galaxy tak power ni... ehehe

Rabu, 18 Julai 2012

Posted by peaqour On 8:53 PG 0 comments

Video Semua Gol Sabah vs Queens Park Rangers


Semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan Sabah dengan pasukan dari liga perdana Inggeris (EPL); Queens Park Rangers (QPR). QPR turut menurunkan pemain baru mereka yang dibeli daripada Manchester United iaitu Park Ji Sung.

Saksikan video gol-gol yang dijaringkan ketika perlawanan persahabatan tersebut. Gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh Bobby Zamora (min-8), Heldar Helguson (min-64), Jay Bothroyd (min-70), Djibril Cisse (min-74 & 82).



Selepas ini QPR akan menentang Kelantan pulak dan pastinya Kelantan yang berstatus juara Liga Super pasti akan memberikan tentangan sengit kepada QPR dan pastinya QPR mungkin terpaksa bermain lebih bersungguh-sungguh kerana Kelantan merupakan sebuah pasukan yang lebih mantap berbanding Sabah. Kita mengharapkan agar Mat Yo dan rakan-rakan mampu menjaringkan gol nanti.

p/s: Kredit kepada website QPR (klik untuk masuk) dan juga No Plan Cyan yang share video ini di Youtube.

Isnin, 2 Julai 2012

Posted by peaqour On 9:04 PG 0 comments

Video: Semua gol Spain vs Italy Final Euro 2012


Tahniah untuk pasukan Sepanyol atas kejayaan diorang menjadi juara Euro edisi 2012 buat kali ke dua berturut-turut. Sepanyol mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menjuarai 3 kejohanan utama dunia secara berturut-turut iaitu Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Sayang sekali buat pasukan Itali kerana gagal menunjukkan aksi cemerlang mereka sebagaimana mereka menewaskan Jerman haritu.

Mintak maaf semua yang masuk ke post ni, nampaknya tuan punya video tak bagi embedkan video dia ke tempat lain. Cuma boleh ditonton di youtube sahaja. Klik pada link dalam kota youtube di bawah untuk melihat semua gol-gol yang dijaringkan semasa final Euro 2012. Minta maaf lagi sekali ye geng.



Trivia Euro 2012

+ Pasukan Ireland merupakan pasukan yang paling tua kerana Trappatoni memilih pemain rata-rata  mereka yang berusia kerana mahukan skuad yang berpengalaman. Yang paling tua ialah Shay Given berusia 36 tahun dan yang paling muda James McClean berumur 23 tahun.


+ Pasukan yang paling muda pulak ialah pasukan Jerman yang mana kebanyakkannya berusia awal 20-an. Yang paling tua didalam skuad Jerman ialah Miroslav Klose berumur 33 tahun.


+ Pemain paling tua beraksi di Euro 2012 ialah pemain Greece, Kostas Chalkias berumur 38 tahun.


+ Pemain paling muda pulak merupakan pemain pertahanan kiri Belanda, Jetro Willems yang baru 18 tahun, baru lepas SPM kalau kat Malaysia.


+ Pasukan Ireland merupakan satu-satunya pasukan yang mana semua pemainnya tidak bermain di liga negara mereka. Semua yang berada di dalam pasukan Ireland bermain di liga luar.

*kredit buat futebolxi atas video youtube gol-gol yang dijaringkan masa final ni.