Social network adalah 'In Thing' pada masa kini, Facebook, twitter, MySpace, Friendster dan macam macam lagi social network application bersepah sepah kat dunia maya, tapi yang paling banyak diperkatakan dan menjadi trend masa kini tentulah; FACEBOOK. Apa ke tidaknya sampai ada yang sanggup mengambil jalan apa sahaja untuk menumpang populariti Facebook ni. Ada yang buat buku, ada yang jemput datang talk show (sesapa yang ada talk show la... heh), dan kini ada jugak yang terfikir untuk melayar perakkan kisah hidup founder Facebook ni dengan harapan dapat tempias seri jutawan (maaf tiada istilah bahasa Malaysia untuk billionaire) iaitu Mark Zuckerburg.
|
Dia ni memang pelik, berjalan di sekitar kampung dengan
berlari lari anak, weirdo. |
Hasilnya memang tidak mengecewakan, secara peribadi aku suka, mungkin sebab aku memang budak sains komputer kot. Actually banyak faedah menonton filem ni, terutamanya untuk graduan-graduan universiti, untuk pelajar-pelajar sekolah, untuk sesiapa sajalah sebenarnya kerana ia mengajar kita bahawa dengan kebijaksanaan yang dikurniakan kepada kita kalau digunakan sebaik-baiknyanya pasti menghasilkan sesuatu yang memberi faedah kepada orang ramai. Dalam konteks Facebook ni, ia telah digunakan di seluruh dunia tanpa mengira umur, budaya dan bangsa, kedudukan geografi, bahasa semuanya memiliki akaun facebook.
|
Bersama co-founder Facebook yang lain, dalam
usaha membangunkan Facebook buat pertama kali. |
Tapi ada juga yang sangat tak patut untuk dicontohi yang boleh kita lihat di dalam filem ni, macam jangan la asyik nak berparti aje, dah parti sana sini sure ada arak, dadah, dan polis yang akan tangkap orang yang tak boleh dikawal semasa berparti. Ingat filem ini adalah filem 18 SX, diulangi khas untuk tontonan orang dewasa di atas 18 tahun ke atas sahaja kerana mengandungi unsur unsur seks dan gaya hidup tak sihat budaya barat. Selain itu, mengkhianati orang yang rapat dengan kita pasti akan mengakibatkan sesuatu yang buruk dan mendatangkan situasi tidak selesa kepada kita sendiri. Dalam filem ni, kerana pengkhianatan Mark Zuckerberg telah disaman oleh kawan karibnya sendiri yang juga co-founder untuk Facebook bila dia mula rapat dengan pengasas Napster yang bijak tapi suka perfoya foya, Sean Parker.
|
Justin Timberlake sebagai pengasas Napster, Sean Parker |
Filem ni juga bagaikan memberikan satu motivasi, semangat dan impian untuk lulusan sains komputer untuk menjadi kreatif seperti Marck Zuckerberg. Mencipta sesuatu yang membawa kebaikan dan akhirnya memberi pulangan lumayan kepada diri sendiri. Filem ni bagaikan sebuah Hackers (Angelina Jolie, Jonny Lee Miller) di zaman ini tapi lebih baik tanpa perlu menonjolkan animasi yang tah ape ape semasa aksi hack sesebuah rangkaian dilakukan, tanpa perlu avatar sebagai identiti seseorang hacker. Jauh lebih baik kalau nak dibandingkan The Social Network dengan filem Hackers, sure ianya lebih menghiburkan. Aku sendiri tak pernah nak cuba untuk membaca sinopsis filem ni sebelum menonton di panggung, kiranya masuk ke dewan tayangan dengan fikiran yang tenang dan kosong tanpa sebarang info tentang filem ni. Bila masuk je baru tau rupanya Justin Timberlake pun berlakon dalam filem ni.
|
Poster filem ini. Simple gilos! |
Jenuh jugak menunggu bila Justin Timberlake ni nak keluar, rasanya lebih suku perjalanan filem ni akhirnya baru la Justin keluar sebagai founder kepada Napster (ingat lagi tak..? aku tak sempat nak guna tapi tau kewujudannya). Selain penyanyi popular tu, pelakon utama filem ini ialah Jesse Eisenberg (Zombieland), Andrew Garfield (dia bakal menjadi Peter Parker yang baru untuk Spiderman akan datang), Brenda Song (pelakon channel Disney, The Suite Life of Zack and Cody, Wendy Wu: Homecoming Warrior dll). Yang lain tu aku tak berapa kenal la. Pengarah pula ialah David Fincher yang anyak mengarahkan filem filem hits macam The Curious Case of Benjamin Button, Se7en, The Game (aku suka betul filem ni), Panic Room, Alien3 dan banyak video dokumentari artis artis hollywood.
|
Ketika di dalam bilik mesyuarat bersama peguam-peguam.
Ini sesi soal jawab ketika disaman oleh kawan baiknya
yang juga co-founder Facebook. |
Filem ni dibuat dalam bentuk fast flashback, kadang kala membuatkan kita rasa keliru scene yang sedang ditonton tu flashback atau ketika sesi soal jawab bersama peguam yang menyaman. Dah tu sesi soal jawab dengan peguam pun ada dua, ini pun makin mengelirukan. Tapi pengarahnya bagi aku berjaya mengolah setiap scene flashback ini dengan baik.
Sinopsis
|
Kalau Erica ni terima Mark sebagai boifren dia, mungkin
Facebook takde sekarang ni. |
Kerana kecewa cintanya ditolak oleh aweknya, Mark Zuckerberg telah membuat sebuah laman web sosial Facemash.com khusus untuk pelajar universiti Harvard mengundi wanita mana yang cantik dan buruk dalam masa satu malam sahaja. Yang paling menakjubkan dia membuatnya dalam keadaan mabuk di samping menggodam rangkaian komputer Harvard dengan mengambil gambar-gambar pelajar perempuan dan mendapat hit sebanyak 22,000 dalam masa 2 jam sahaja.
|
Sean Parker sedang cucuk jarum. Tapi tak dinafikan sebab dia
juga menyebabkan Facebook sampai keseluruh dunia dengan
lebih pantas. |
Usaha Zuckerberg mendapat perhatian adik beradik WinkleVoss dan rakan kongsinya Divya Narendra yang ingin membina sebuah laman sosial khusus untuk para pelajar Harvard iaitu HarvardConnection.com. Tapi otak penipu tapi geliga Zuckerberg ini telah memberikan dia idea yang lebih baik dan dengan bantuan rakan karibnya, Eduardo Saverin mereka pun menghasilkan TheFacebook. Dengan setiap peristiwa yang berlaku kepadanya semuanya memberikan idea baru untuk menambah baik TheFacebook sehinggalah ianya mendapat perhatian daripada founder Napster yang terkenal, Sean Parker. Dengan bantuan Sean Parker Facebook berkembang ke universiti lain sehinggalah merebak dengan cepat ke benua lain. Ini menyebabkan adik beradik Winklevoss tidak dapat menahan sabar kerana idea mereka dicuri dan berkembang dan terus berkembang dan mereka memfailkan notis saman kepada Mark Zuckerberg. Tak cukup dengan itu, kawan baiknya sendiri, Eduardo Saverin turut memfailkan saman kepadanya. Kenapa pulak kan...? Haaa tak syok la nak cerita sampai habis kat sini. Pegi tengok di pawagam berhampiran anda. Pasti berbaloi beli tiket filem ni. Ini pun aku rasa macam nak pegi tengok lagi sekali.
9 comments:
besssst!
Yup, sean parker tu memang sekepala ngan mark, berbanding dengan eduardo yang fikir ads, ads, dan ads, budak business katekan...but overall memang inspiring budak2 universiti...hoho
joe: sure best joe... ko kena gi tengok...
rashid: haah... mark memang sekepala betul dgn sean tu... dia mcm anggap sean tu idola dia... tapi actually apa sean parker buat untuk facebook pun membantu facebook tu sendiri pada pendapat aku. Tol tak.. kalau nak harapkan CFO dia tu... maybe tak kemana sangat Facebook ni... hehe
mcm best jer.. kena tgk nih!
best... lps tgk sure rasa semangat entrepreneur semakin membuak buak... :)
filem terbaek dow!!!
setuju bro! memang terbaeekkk... kena tengok setiap 3 bulan untuk meningkatkan motivasi entrepreneur
muvee yang best!
macam kenai ja flowerofharpy ni..
Catat Ulasan