Khamis, 18 November 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Posted by peaqour On 5:13 PTG 5 comments

Filem ni merupakan salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ni oleh kaki wayang terutamanya peminat setia buku Harry Potter. Kali ni aku tak berkesempatan nak tengok tayangan perdananya yang pertama kali ditayangkan di Wangsa Walk, clash dengan giliran aku balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha. Family come first! So tiket tayangan perdana wife aku bagi pada adik adik dia. Feedback daripada diorang? Diorang kata 'awesome!'. Tak buleh jadi, ini membuatkan aku makin nak tengok filem ni. Betul ke best sangat. Balik dari kampung terus aku dapatkan satu tiket.
Poster filem Harry Potter kali ini.

Daripada trailer yang disajikan kepada kita baik di pawagam ataupun di youtube, kita akan menjangkakan ada banyak scene battle antara good and evil, antara geng the Order of the Phoenix dengan team Harry Potter menentang team Lord Voldemort dengan geng Death Eatersnya. Kalau dalam bukunya, bab bab awal je dah ada yang mati dan tercedera, tak macam buku buku sebelumnya yang banyak membuang masa kita dengan kisah Harry dan keluarga Dursley. Dalam buku, ada banyak scene kejar mengejar, antara Harry Potter dan kawan kawan yang di dalam pelarian dengan Death Eaters dan Snatchers (freelancer kepada Death Eaters untuk menangkap sesiapa yang half blood). Dalam buku juga ada banyak adegan asmaradana antara watak watak utamanya, Hermione dengan Ron, Harry dengan Ginny. Kalau membaca buku Harry Potter setiap bab akan membuatkan kita melekat dan nak teruskan bab yang seterusnya sebab sarat dengan aksi, dialog lucu, plot plot yang menarik, perkembangan watak tertentu yang membawa lebih keseronokan dan memeranjatkan kita dan macam macam lagi.

Aku cuba membayangkan filem kali ni sama seperti apa yang diceritakan di dalam buku, bakal bermula dengan serang menyerang dengan hujahan sihir, pendek kata tidak ada babak yang dikurang untuk disajikan kepada peminat filem ini. Tapi filem tetap sebuah filem, seberapa lama pun filem ini cuba diputarkan untuk menceritakan keseluruhan bukunya, tetap tak boleh untuk memberikan setiap adegan dan details seperti yang kita baca. Takpelah mari kita semua maafkan dan memahami kesukaran itu, kita layan je dan hayati apa yang David Yates boleh olah daripada buku terakhir Harry Potter ini.

Rumah keluarga Weasley kali ini lebih kecil berbanding
dalam filem sebelum ni.
Untuk bahagian pertama ini filem terakhir Harry Potter ini, rupa rupanya David Yates (pengarahnya) mahu memberikan lebih banyak info-info untuk penonton boleh kutip sebagai bekalan dalam menonton bahagian kedua filem ni nanti. Ramai mungkin akan mengeluh terutamanya kepada mereka yang bukan peminat buku Harry Potter, mereka sure akan mengatakan filem kali ni boring, banyak bercakap, kurangnya action walaupun ada. Pengarahnya mungkin sengaja memberikan trailer yang semuanya aksi untuk menarik penonton datang menonton di pawagam, tapi bila dah datang ke pawagam sebaliknya lebih banyak scene scene bersembang. Tapi jangan lupa, walaupun banyak scene mereka bercakap tapi kesemuanya adalah apa yang penonton perlu tahu dalam menjadikan misi Harry Potter berjaya untuk mengalahkan Lord Voldemort yang semakin susah untuk ditewaskan. Nasihat untuk penonton yang tak membaca buku Harry Potter, hayati apa yang mereka ucapkan dalam dialog dialog mereka, kalau tak faham dapatkan kawan anda yang faham supaya nanti pada bahagian kedua anda tahu apa sebenarnya yang Harry Potter dan rakan rakannya nak cari dan untuk apa mereka cari.

Sesuatu yang ketara dan sikit membuatkan rasa ada kureng tentang filem Harry Potter ni, konsistensi set lakonan. Contohnya rumah keluarga Dursley dan keluarga Weasley, setiap filemnya pasti rekabentuknya berubah. Okay tolak rumah Dursley, rumah manusia kebanyakannya serupa, tapi rumah keluarga ahli sihir iaitu keluarga Weasley, bagi orang orang yang memang menanti nantikan filem ni kecewa akan perubahan set yang dibuat. Filem dulu bentuk rumah lain, filem sebelum ni lain, filem kali ni lain. Tapi lokasi lain untuk filem kali ini memang menarik dengan menonjolkan banyak tempat tempat cantik. Aku agak ini bagi mengelakkan kebosanan penonton untuk menghadap adegan pelarian Harry Potter, maka tempat tempat yang cantik dan sinematografi yang menarik cuba ditonjolkan bagi mengatasi kebosanan. Nak buat macam mana, masa adegan mereka berkelana nilah macam macam yang akan berlaku dan macam macam yang mereka dapat korek. Apa dia...? Haa... kena la tengok sendiri.

Adegan romantik cium cium, yang ini okey lagi ada lagi
satu adegan yang agak menjolok mata korang nanti.
Filem kali ni masih mengekalkan pengarah sebelumnya iaitu David Yates (Harry Potter and the Half Blood Prince dengan Harry Potter and the Order of the Phoenix). Para pelakon pun tak payah nak diperkenalkan lagi. 95% semuanya korang dah tahu, orang yang sama. Yang bertukar pun cuma pelakon tambahan. Rasanya lebih ramai pelakon tambahan diperlukan untuk filem kali ni. Untuk memenuhkan koridor jalan raya dengan orang lalu lalang, para pekerja di dalam pejabat Kementerian Sihir, tetamu yang datang masa majlis perkahwinan Bill dan Fleur. Lakonan kali ini juga menampakkan kedewasaan kepada para pelakon remajanya. Bahagian pertama ini cuma menonjolkan tiga watak utamanya sahaja, nanti di bahagian kedua aku rasa baru kawan kawan Harry yang lain (Luna, Longbottom, kembar Weasley, dll) memainkan peranan terutama di pertarungan terakhir di Hogwarts nanti. Kali ini juga adegan cium cium dibuat lebih dewasa dan agak kurang sesuai untuk tontonan kanak kanak. Aku maklumkan kat sini ada adegan seolah olah Harry dan Hermione macam berbogel, so agak kurang sesuai untuk yang di bawah umur tapi cuma satu je, mungkin masa scene tu korang tutup la mata budak budak yang datang tu.

Sinopsis

Mereka dikepung oleh Snatchers.
Kalau masih ingat dengan filem Harry Potter sebelum ni, Dumbledore dah mati dibunuh oleh Profesor Snape membuatkan Harry bagai hilang arah dan petunjuk macam mana untuk dia kalahkan Lord Voldermort. Dah tu Dumbledore bagi lagi tugasan yang sangat susah untuk remaja macam dia buat iaitu mencari Horcrux iaitu pecahan jiwa Lord Voldemort dan rahsia macam mana dia tidak mati walaupun banyak kali percubaan Harry untuk membunuhnya.

Maka dengan kematian Dumbledore, dia telah mewasiatkan beberapa barang khusus untuk Harry, Ron dan Hermione dalam usaha mereka memusnahkan Horcrux. Apa barang barangnya? Tak boleh cerita, kena pegi tengok di pawagam. Ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan abang Ron, Bill Weasley dengan Fleur Delacour, majlis itu diserang oleh Death Eaters dan mereka bertiga melarikan diri bagi mengelak daripada ditangkap oleh konco konco Voldemort. Sepanjang pelarian mereka, banyak yang mereka ketahui dan banyak juga kesusahan yang mereka lalui.

Apa Voldemort nak agaknya dengan mayat Dumbledore ni.
Plot cerita ni memang menarik cuma di dalam buku better.
Dalam masa yang sama, Voldemort juga berusaha untuk menguatkan dirinya sebab sedar tongkat saktinya tidak mampu untuk membunuh Harry. Dia perlu mencari tongkat sakti yang lebih kuat dan dia mengetahui wujudnya satu tongkat sakti yang paling berkuasa pernah dicipta daripada sebuah kisah kanak kanak di dunia ahli sihir, Tale of the Beedle Bard. Agak agak dia jumpa tak? Tak boleh cerita, kena pergi tengok di pawagam.

Walaupun membaca bukunya lebih mendebarkan dan lebih mengujakan, tapi menonton filemnya juga adalah satu yang tidak boleh dilepaskan sebab dengan membaca kita cuma boleh bayangkan tapi di filem kita lebih puas sebab dah disajikan secara lebih realistik adegan adegan di dalam buku cuma yang tak bestnya dia tak cover semua dalam buku tu dari awal sampai habis. Tapi ia tetap menarik ditonton dan memang tak sabar nak tunggu tahun depan untuk pengakhiran cerita ni, Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 1.

Mari baca ulasan Harry Potter ni di blog lain pulak. Mari masuk ke sini http://www.mnirashid.com/blog/harry-potter-7-vs-2-alam/

5 comments:

can't wait..kn tgok gak cter ni..

Biar saya ceita..
Yang tongkat sakti dia telah jumpa di kubur Dumbledore..Lepas tu terus tamat cerita..adeh..

Secara terus terang sy mngatakan yg cerita pada kali ini agak membosan..Tapi bila difikirkan pada sudut lain pula,dia sengaja dibuat begitu utk menarik penonton untuk menonton part 2 pulak..

cik mimie: ini adalah cerita mesti tonton... jom ajak kengkawan sedara mara tonton kat panggung, tapi sekarang sure penuh, apa kata booking dulu tiket awal awal

pejuang kebebasan extreme: dah tengok le nih kan.. betul agak membosankan tapi bagi seorang peminat kipas susah mati harry potter, tetap terbaek

huda: ponteng keje eh... hehe...so caner best ker

memang terbaik ar harry potter ni. x sabar nak tengok part 2. ;)


My latest entry : Gambar Produk Apple Yang Dimusnahkan

Catat Ulasan