Rabu, 10 November 2010

Unstoppable

Posted by peaqour On 1:09 PG 2 comments

Bila baca tajuk entry ni jangan pulak korang ingat aku nak promote korang join MLM punya skim pulak. Bukan, takde kena mengena langsung dengan MLM cabang Uptrend tu. Unstoppable yang aku nak share kali ni adalah filem terbaru yang baru ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Poster filem nih


Kalau tengok pada poster filem ni, dengan gambar keretapi, efek kelajuan ditonjolkan pada font yang digunakan dan muka cemas pelakonnya, memang jelas memberitahu kepada semua yang ini cerita keretapi yang laju yang perlu dihentikan daripada mendatangkan mudarat. Kita flashback balik filem yang berkaitan dengan kelajuan yang perlu dihentikan, pasti yang paling kita ingat ialah filem Speed lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock yang ditayangkan lama dulu (1994). Dulu Keanu perlu menghentikan bas yang dipasang dengan bom dan tidak boleh dibawa perlahan kalau tak ianya akan meletup. Tahun ini, Unstoppable pula mengisahkan tentang keretapi pulak yang perlu dihentikan sebelum ianya menjadi kemalangan keretapi terburuk di seluruh Pennsylvania dan mengakibatkan kematian ramai nyawa. Filem ini diilhamkan dari sebuah kisah benar.
2 watak utama, Frank dan Will yang mula mula bergaduh
last last jadi kamceng

Cerita dia memang menarik, walau pada awalnya aku agak sangsi apakah aksi yang akan ditunjukkan oleh Denzel Washington, dah tua nak berlakon aksi ke? Watak utama dikongsi bersama Chris Pine (ingat Star Trek? Kapten Kirk sewaktu muda) dan dibantu dengan mantap oleh Rosario Dawson(Men in Black 2, Percy Jackson). Banyak elemen-elemen yang diketengahkan oleh pengarah filem ini, elemen kekeluargaan, keberanian, kecuaian yang kecil jika sambil lewa boleh membawa bencana yang besar, keparatnya dunia korporat yang lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa manusia, persahabatan, penyesalan, keyakinan dan bermacam macam lagi yang kita dapat lihat dalam filem Unstoppable ni. Filem ni arahan Tony Scott (The Taking of Pelham 1 2 3, tv series Numbers, Enemy of the State etc), adik beradik dengan Ridley Scott yang jugak pengarah dan producer filem. So no wonder la filem ni memang best.

Keretapi berat berjuta tan dengan lajunya boleh
menghancurkan apa saja yang menghalang
Ketika sedang menonton filem ni, dengan efek bunyi keretapi yang memang sengaja dikuatkan volume nya boleh menyebabkan kita berasa gerun dan takut serta berasa cemas sepanjang adegan kejar mengejar keretapi. Bila dengar bunyi keretapi yang laju da kita tengok di skrin sebuah keretapi yang sangat berat membawa muatan yang merbahaya secara tak langsung memberi kesan ketakutan kepada kita.

Sinopsis Sket
Kerana kecuaian pemandu keretapi yang pada mulanya cuma mahu mengalih keretapi sambil kerja main main menyebabkan keretapi yang beratnya beratus tan dengan membawa muatan termasuk bahan kimia yang boleh meletup berjalan dengan sendirinya tanpa pemandu. Keretapi tu yang tersilap disetkan kepada kelajuan maksimum boleh menyebabkan pekan kecil mengalami kerosakan harta benda yang besar dan kemungkinan mengorbankan nyawa.

aksi berani Denzel Washington, tak tau la ni bebetul
atau cuma berlakon dalam studio
Frank (Denzel Washington) seorang pemandu keretapi berpengalaman, Will (Chris Pine) seorang konduktordari syarikat  keretapi dan Connie (Rosario Dawson) ketua pengawal laluan keretapi yang bijak mencuba sedaya upaya untuk menghentikan keretapi terbabit disamping mengelakkan kemalangan jiwa. Tapi dengan campur tangan pengarah dari syarikat keretapi yang takutkan saham syarikat mereka jatuh kerana kemalangan ini tidak mahu tunduk kepada usaha mereka bertiga sebaliknya cuba mengunakan pendekatan yang mudah dan murah. Malangnya segala hasil usaha syarikat keretapi tidak berjaya dan ini menyebabkan ketiga-tiga watak utama ini mencuba sedaya upaya menggunakan cara dan keyakinan mereka untuk menghentikan keretapi terbabit walaupun terpaksa mengambil risiko kehilangan kerja mereka.

Rosario Dawson sebagai bos yang mengawal perjalanan
keretapi tengah marahkan mamat yang cuai tinggalkan
cockpit masa tengah memandu
Frank adalah seorang pemandu keretapi yang telahpun mendapat notis daripada syarikat keretapi bahawa perkhidmatan beliau diberhentikan dan akan digantikan dengan pemandu lebih muda yang di hantar syarikat (Will). Pertemuan pertama mereka tidak berapa mesra dengan Frank lebih berhati hati dengan Will kerana menganggap Will cuba merampas kerjayanya. Sementara itu Will pula mempunyai masalahnya tersendiri yang mana kerana kesilapannya cemburu buta menyebabkan rumahtangganya di ambang penceraian.

Dapat ke diorang ni menyelamatkan keretapi yang terlepas kandang tadi? selesaikah masalah peribadi mereka masing masing? cerita ini adalah cerita yang tidak harus korang lepaskan untuk menonton. Sungguh mendebarkan dan tanpa disangka ianya seronok ditonton.

Lawati laman web rasmi Unstoppable di http://www.unstoppablemovie.com/

2 comments:

terbaik gak filem ni..kisah benar kan baru tengok triler die..layan nanti keluar

best.. mmg terbaekk wokk.. tgk jgn tak tgk...

Catat Ulasan