Isnin, 1 November 2010

Takers

Posted by peaqour On 1:03 PG 0 comments

Lepas merompak, duit banyak, apa lagi PARTY!!!
 Genre filem ni diklasifikasikan sebagai action, crime dan thriller. Aku memang suka tengok filem filem tentang satu group yang merancang rapi sesuatu misi, setiap anggota ada kepakaran masing masing, ada konflik dalam menambah serba sedikit perisa dalam filem tu, ada elemen kekeluargaan diselitkan, humor memang sentiasa membuat aku teruja untuk melayan filem filem macam ni. Aku mula minat sejak kecil lagi aku suka menonton siri TV Mission Impposible, sekarang ada Leverage, kalau filem antara yang menjadi kegemaran aku macam The Italian Job, Ocean Eleven sampailah ke Ocean Twelve, The Loser dan ada beberapa lagi yang aku tak berapa lagi yang aku tak ingat tajuknya. So kiranya Takers ni cuba mengenengahkan genre sebegini untuk audien penonton macam aku. Tapi cukup bagus ke Takers ni?
Poster Takers
Takers berkisar tentang sekumpulan pakar merancang dan merompak duit untuk mereka dapat hidup mewah dan membahagiakan diri dan keluarga masing masing. Daripada tajuknya, aku sebenarnya mengharapkan pada awalnya filem ni lebih kepada satu pasukan yang pakar mengambil kembali barang barang yang hilang, macam siri manga jepun; Get Backers. Sebab filem tentang rompakan terancang bagi aku dah banyak sangat di pasaran filem antarabangsa. Setakat ni takde kelainan lain, balik balik perancangan sempurna untuk merompak dan membalas dendam. Takers di bintangi oleh barisan pelakon handalan dan laris di pasaran Hollywood seperti Paul Walker (kita akan sentiasa ingat dia dalam Fast n Furious dan kesinambungannya), Hayden Christensen (ingat lagi Anakin Skywalker dalam Star Wars II n III), ada Edris Elba yang semakin naik namanya di Tinseltown sekarang (aku mula kenal dia dalam filem Obsessed dengan The Loser yang terbaru), ada Matt Dillon (aku ingat dia dari filem Wildthings dengan Herbie Fully Loaded). Di tambah lagi dengan penyanyi-penyanyi terkenal, Chris Brown (bekas pakwe Rihanna, ingat lagi tak?) dengan T.I rappers yang terkenal (aku tak minat sangat dengar rap rap ni, macam lebih kurang aje diorang tu semua).

Aksi Hayden Christensen dalam satu adegan tembak menembak,
agak agak dia menang ke kalah dalam adegan ni?

Selain pasal rompakan, filem ni jugak ada menyelitkan isu isu kekeluargaan, contohnya Gordon (Edris Elba) mempunyai seorang kakak penagih dadah, tetapi sangat menyayanginya dan berjanji untuk membahagiakan kakaknya walaupun kakak dia tu hampeh. Lagi, di babak akhir di mana adik beradik Jake (Michael Ealy) dan Jesse (Chris Brown) yang sama sama sehati sejiwa untuk tidak menyerah diri tapi berjuang ketitisan darah terakhir bersama sama walaupun diorang tau diorang akan mati di tangan polis yang mengepung mereka padahal Jesse ada peluang untuk melarikan diri. Tapi demi abangnya yang disayangi mereka bersama sama menyerbu secara kamikaze ke arah polis. Kemudian masalah polis yang menyiasat kes rompakan ni, Jack Welles yang lebih mementingkan kerjanya daripada anak tunggalnya manakala partner beliau Eddie yang mencuri wang daripada tempat serbuan jenayah semata mata untuk menyara keluarganya tapi malangnya ketika itu dirakamkan oleh kamera CCTV awam menyebabkan Jack serba salah untuk membuat keputusan terhadap rakannya itu. Tak ketinggalan ketamakan dan pengkhianatan oleh Ghost terhadap bekas rakan sepasukan mereka. Elemen elemen ni semua macam dah sebati dengan filem-filem yang melibatkan sesebuah pasukan.


Ni rompakan masa start aje filem ni, memang pro la diorang
Filem ni juga nak menunjukkan pengajaran kepada kita, walau sehebat mana dan seteliti mana pun perancangan kita, tanpa izin tuhan ianya takkan berlaku seperti mana yang dirancangkan, pasti ada walau sedikit kepincangan. Kadangkala sesuatu yang diluar pemikiran dan kuasa kita sebagai manusia. Dalam  filem Takers, walaupun rancangan pakar perancang kumpulan ini iaitu AJ (Hayden Christensen) dan Jake (Michael Ealy), cuma kerana ada seorang penunggang basikal yang lalu lalang saja yang menyebabkan kereta penghantar duit terpaksa brek sikit untuk mengelak dan mengakibatkan letupan bom yang dirancang sepatutnya betul betul dibawah van duit terletup awal menyebabkan van tidak jatuh ke bawah. Begitu juga kerana habit Jesse (Chris Brown) yang suka membuat gaya tabik dimana mana baik semasa rompakan mahupun di luar memudahkan Jake Welles (Matt Dillon) meneka siapakah kumpulan rompakan tersebut.

Sinopsis Sket
Start je filem ni terus ke scene rompakan yang mana team perompak professional diketuai oleh Gordon Jennings (Edris Elba), the bagman John Rahway (Paul Walker), the gunman Jake Attica (Michael Ealy), the runner Jesse Attica (Chris Brown) dan the builder AJ (Hayden Christensen) berjaya membuat satu rompakan tanpa kesan dan menyukarkan pihak polis iaitu Jack Welles (Matt Dillon) dan Eddie Hatcher (Ja Hernandez).

Polis berpengalaman pun pening nak carik diorang
Tapi segala galanya berubah bila bekas ahli kumpulan perompak ini iaitu Ghost (T.I) keluar dari penjara dan berdendam dengan ahli kumpulan yang lain kerana tidak berpuas hati dia ditangkap semasa kes rompakan mereka sebelum ini. Kerana ketamakan dan dendam, Ghost mengajak bekas ahli kumpulannya untuk membuat rompakan lagi walaupun belum sampai sebulan rompakan mereka berlalu menyebabkan mereka was was untuk mempersetujui rancangan Ghost. Mungkins disebabkan rasa bersalah kepada Ghost dan mereka juga berjaya diyakinkan oleh Ghost, akhirnya mereka merancang untuk melakukan rompakan berikutnya yang dijanjikan hasil yang lebih lumayan.

Jadi adakah mereka berjaya daam rompakan terbabit? Ada tak yang terkorban dalam rompakan itu (sure ramai  gadis gadis kecewa kalau tau siapa yang mati... hehe)? selicik mana rancangan Ghost? Kenalah tengok sendiri di pawagam berhampiran anda. Syok dan layan jugak filem ni.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, filem ni tak mengecewakan, masih menghiburkan tapi bagi aku masih ada filem rompakan lain yang lebih menarik perhatian aku. Tapi menontonnya filem ni di pawagan tetap berbaloi. Filem ni diarahkan oleh John Luessenhop, aku pun tak sure apa filem yang dia pernah arahkan sebelum ni.

Ghost datang mengacau ketenteraman diorang tengah berparty

Kita sebagai peminat filem melayu mesti tercari cari ada tak filem melayu yang pernah mengetengahkan filem genre rompakan bijak macam ni. Ada sebenarnya tapi tak banyak, contohnya filem Setem walaupun tak banyak scene yang menunjukkan perancangan sesebuah kumpulan, tapi rasanya lebih kepada rompakan berkumpulan tanpa rancangan rasanya. Tapi tadi malam aku baru menyaksikan filem melayu yang membuat rompakan bijak dengan perancangan teliti, membuatkan aku melekat di TV sampai filem tu habis. Filem apa..? haa.... tajuk dia Belukar. Betul, filem yang menobatkan Bront Palarae sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Daphne Iking sebagai Pelakon Wanita Harapan. Memang menarik filem Belukar dan aku salute la kat pengarah dan penerbit dia. Tahniah kerana mengetengahkan filem bergenre sebegini di Malaysia dan tahniah jugak di atas kemenangan di FFM ke 23.

0 comments:

Catat Ulasan