Jumaat, 20 Julai 2012

The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Posted by peaqour On 5:23 PTG 5 comments


Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan, tengkorak pecah, kena sumbat pulak dalam penjara yang orang tak pernah lepas, pastu kereta kena curik, jatuh bankrap dan macam-macam lagi. Itulah antara yang bakal anda saksikan dalam filem terbaru Batman; The Dark Knight Rises yang akan mula ditayangkan pada hari ini 19 Julai 2012 di seluruh Malaysia.
Poster filem The Dark Knight Rises
Durasi filem ini ialah selama 2 jam 44 minit (termasuk kredit) memang agak lama dan amat berbahaya kalau filem yang panjang tidak mempunyai jalan cerita yang menarik yang mampu mengheret penonton mengikutinya sehingga habis. Tapi jangan risau, The Dark Knight Rises ni akan membuatkan kita tak rasa masa dua jam lebih tu dah berlalu kerana jalan ceritanya, plot-plotnya, skripnya memang terbaik dan tak membuatkan kita merasa bosan. Aku langsung takde menguap walaupun nak diikutkan jalan ceritanya tidak berjalan dengan pantas, tapi setiap babak dan dialog sememangnya tidak mengundang mengantuk ketika ditonton. Kita disajikan dengan sebuah filem adiwira yang sebenarnya manusia biasa. Batman tak memiliki kuasa macam Superman, Thor, atau Hulk tapi dia dilengkapi dengan gadget-gadget dan kenderaan yang canggih hasil daripada kekayaan Bruce Wayne tapi apa yang paling penting sekali ialah semangat, ilmu dan kepintaran Bruce Wayne / Batman itu sendiri yang menjadikan Batman seorang adiwira yang dikagumi dan disanjung oleh penduduk di bandar Gotham.
Bruce Wayne yang pencen daripada menjadi Batman
Dalam filem ini nampaknya bukan Batman sahaja menjadi hero, kerana untuk mencapai kejayaan mengalahkan pasukan pengganas yang diketuai oleh Bane memerlukan kerjasama daripada banyak pihak. Kalau tak kerana jasa-jasa watak-watak lain seperti James Gordon yang berjiwa kental walaupun cedera tetap berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan daripada bandar Gotham diletupkan, pasukan polisnya juga berjasa kali ni bukan sekadar pemerhati dalam sama-sama memerangi askar-askar Bane yang merampas bandar Gotham selepas semua polis yang berada di Gotham telah terkurung di dalam terowong disebabkan kesombongan kaptennya. Tidak boleh dilupakan juga watak polis muda John Blake yang percaya dengan keperwiraan Batman berbeza dengan kebanyakkan penduduk Gotham yang menganggap Batman adalah penjenayah yang membunuh Harvey Dent, Blake ditonjolkan sebagai seorang polis yang mahu menegakkan keadilan tanpa ada campur tangan pihak ketiga, tanpa pembohongan. Blake juga yang merancang dan berhubung dengan anggota polis yang terperangkap di dalam terowong dan berusaha untuk membebaskan mereka. Blake juga di akhir cerita merupakan kesinambungan kepada filem ini jika ada sekuelnya di masa akan datang tapi mungkin dengan tajuk berbeza. Apakah itu...? Itu korang kena tengok sendiri.
Bane bertempur dengan Batman... teruk Batman kena kali ni.
Untuk watak antagonis dalam The Dark Knight Rises ni, seperti yang disajikan kepada kita di dalam trailernya sememangnya Bane yang ditonjolkan sebagai watak penjahat utama. Sepanjang filem ini juga kita berasa kagum dengan Bane yang mampu merancang dengan teliti dan mempunyai tentera yang ramai dan berkebolehan dalam usahanya merampas bandar Gotham daripada pasukan Polis. Tentera pimpinannya juga tersusun sampaikan tidak mampu dikesan oleh polis dan jika bukan disebabkan James Gordon, John Blake dan Batman, Gotham mungkin lebih mudah ditawan oleh Bane. Tapi selama ini jika anda seorang peminat kartun Batman, Bane bukanlah seorang penjahat yang bijak. Dia cuma bergantung kepada kekuatannya yang sememangnya lebih kuat daripada Batman tapi Batman tetap mampu mengalahkannya dengan kebijaksanaan. Tetapi di penghujung filem ini baru kita disedarkan bahawa semua perancangan Bane adalah dirancangkan oleh watak antagonis yang lain yang lebih bijak daripadanya yang berselindung disebalik watak innocent dan bijak sepanjang filem ini. Pada aku, aku sukakan watak Bane yang dilakonkan oleh Tom Hardy (ingat filem This Means War tak...?) dengan cara dia bercakap, ketegasan dia menunjukkan Bane tak boleh diperkotak-katikkan seperti di dalam kartun Batman. Siapakah watak antagonis yang memberikan perancangan teliti untuk dilaksanakan oleh Bane di dalam filem ni? Itu korang tengok sendiri supaya korang sendiri boleh rasa elemen surprise yang disajikan.
Catwoman yang cantik, belakang kepala dia tu bukan telinga tapi riben, nampak macam telinga kucing kan?
Untuk watak Catwoman pulak atau diwaktu siangnya dikenali sebagai Selina Kyle yang dilakonkan oleh Anne Hathaway juga tidak kurang hebatnya. Catwoman pada mulanya cuma mengambil upah buat bisnes kecil-kecilan mencuri barang-barang yang dikehendaki oleh pelanggannya. Catwoman adalah seorang pencuri yang profesional, takde peti besi yang tak boleh dibuka dan tiada tempat yang tak boleh dimasukinya. Dia mempunyai sebab tersendiri melakukan jenayah kecil-kecilannya tapi tak disangka-sangka perasaannya membawa Catwoman ke pertempuran yang lebih besar yang pada awalnya seboleh-boleh mahu dielaknya. Catwoman pada asalnya tak mempedulikan siapa yang akan menang antara Batman ataupun Bane tapi perasaan cinta mendorongnya untuk menyebelahi Batman.
"Nak jadi Batman balik ke tak nak... nak jadi ke tak nak..."
Watak-watak lain walaupun kecil tapi di dalam filem ni membuatkan kita boleh mengingati mereka kerana kepentingan mereka menyumbang dalam jalan ceritanya. Albert tetap setia menjaga Bruce Wayne dan tapi menghalang Batman daripada membuat kemunculan semula. Lucius Fox menjadi orang kepercayaan Bruce Wayne untuk mengendalikan syarikatnya dan juga memajukan jabatan R&D dalam menghasilkan gajet canggih untuk kegunaan Batman. Juga watak baru iaitu Miranda Tate juga sama penting dalam menolong Bruce Wayne dalam kesusahan selepas diisytihar muflis cuma kepada Miranda sahaja yang Bruce Wayne percaya mampu menyelamatkan syarikatnya daripada jatuh ke tangan orang lain.


The Bat sedang mengejar Batmobile yang dicuri oleh Bane
Gajet-gajet yang digunakan oleh Batman juga tak keterlaluan, untuk filem ketiga ni Batman cuma menggunakan kenderaan barunya iaitu The Bat, sebuah kenderaan yang mampu terbang yang dicipta oleh Lucius Fox. Batmotorcycle pula diberikan kepada Catwoman dalam usahanya membentuk pasukan super untuk menentang Bane dan mencari bom jangka yang berlegar di jalan raya Gotham. Manakala Batmobile pula telah dirampas teknologinya oleh Bane, jadi di dalam filem ni ianya digunakan oleh angkatan tentera Bane untuk menentang pasukan Batman dan Polis Gotham.
Detektif John Blake dengan Penolong Komisioner Polis Foley yang tak mendengar cakap
Seperti yang aku katakan tadi, tempoh masa 2 jam lebih menjadi tak terasa dengan melayan jalan cerita filem ini memang mengasyikkan. Filem trilogi Batman di bawah karya Christopher Nolan sememangnya adalah filem terbaik Batman yang pernah dihasilkan berbanding dengan filem-filem francais Batman sebelum-sebelum ini yang lebih komik dan berwarna-warni. Batman di bawah Nolan lebih gelap, lebih serius dari segi jalan ceritanya, perkembangan watak-wataknya, kerasionalannya (ada ke ayat nih?), dan yang penting ending untuk filem ke-tiga daripada trilogi Batman ini sememangnya happy ending dan tak membuat kita merasa ralat walaupun ianya agak cliche.


Secara keseluruhannya kalau nak diberkan bintang, aku bagi 9.9 bintang daripada 10 bintang. The Dark Knight Rises memang osemmmm!!!

5 comments:

Memang best giler En Pengumpul Lirik Lagu... lagi rugi kalau tak tengok kat panggung.. tengok kat tv tak beshh... hehe

Salam peaqour!Sama gak kak pun dah tengok sampai terangkat2 kaki bila tengok Batman kena bantai ngan Bane tu...

-Ros (Geju)

xdpt tgk..kt sini xde cinema..uwaaaaaaaaaaaa

Kak Ros: Akak pun tengok premiere screening hari rabu aritu ke?

Eca: kat KK ada panggung kan bah? :) Eca kat mana?

Catat Ulasan