Selasa, 10 Julai 2012

Angry Bird Season HD kini percuma

Posted by peaqour On 3:43 PTG 0 comments


Cepat jangan lepaskan peluang nih. Angry Bird Season HD yang versi penuh (full version) bukan versi separuh-separuh untuk iPad, iPhone dan iPod anda sekarang ditawarkan percuma oleh iTunes store untuk tempoh waktu yang terhad. So cepat-cepat sambar sebelum tawaran tamat, kalau tak mau dekat $2.99 (lebih kurang RM 9.60) melayang kalau nak download yang full version.
Angry Bird Seasons untuk Hari Easter
Game keluaran Rovio Entertainment ni sememangnya menjadi kegilaan pengguna-pengguna smartphone dan tablet kerana permainannya yang mudah dan memang tak membebankan kepala otak nak fikir strategi berat-berat sangat. Memang sesuai kalau nak membunuh masa anda.
Angry Bird Seasons untuk hari amenda ntah... St. Patrick's Day kot
Angry Bird Seasons direka dengan tema-tema perayaan besar yang disambut diseluruh dunia seperti Halloween, Krismas, Moon Festival, Valentine's Day, St. Patrick's Day dan macam-macam lagi. Agak-agak diorang akan buat tak untuk Hari Raya Aidilfitri,, haha tapi tak boleh jugak sebab binatang yang ada dalam game tu 'ba alif ba ya'.
Angry Bird Seasons untuk Halloween
Version HD sesuai untuk diinstallkan ke dalam tablet anda yang bersaiz skrin besar. Setakat ni tak jumpa pulak Angry Bird Season HD untuk Android, tapi versi bukan HD boleh diinstall secara percuma untuk pengguna-pengguna smartphone android dan tablet android.

Selamat mendownload dan selamat bermain.

0 comments:

Catat Ulasan