Gambar sekadar hiasan, tadi tak sempat ambik gambar sebab lapar sangat. |
Pada lori penjaja tu tertulis "Pasembur Hussin" dan mendengar pekerja MPSJ menegur tukang masak yang menggoreng mee goreng mamak tu dengan nama "Hussin", sah ni mesti tokei dia masak sendiri ni. Dah tu boleh dia je yang ada depan bangunan MPSJ ni, sure dia punya mesti special. Kalau dilihat sekitar lori pun takde kekotoran langsung, bersih je macam takde satu pun sisa-sisa mee atau rojak yang jatuh ke jalan raya. Uncle Hussin ni memang menjaga kebersihan dan nampaknya dia juga menjaga kualiti mee gorengnya. Setiap order dimasak satu persatu khas untuk pelanggan tersebut.
Untuk mee goreng anda boleh menambah sotong dan selain mee goreng ada juga menu kuew teow goreng. Menu utamanya ialah pasembur yang memang nampak menyelerakan. Sayangnya tiada kerusi disediakan, tapi jika anda memilih untuk makan disitu, bolehlah duduk di tembok-tembok berdekatan.
Macam mana nak pegi sana..? ini petanya. Senang je nak pegi, tuju je ke bangunan MPSJ kat Subang Jaya tu. Parking kat tempat awam. Pastu masuk ikut pintu utama tu, masa nak panjat tangga confirm anda akan perasan satu lori penjaja kat depan tu. Itulah dia Pasembur Hussin. Selamat menjamu selera.
Klik untuk besarkan peta ke Pasembur Hussin. |
1 comments:
boleh pula berniaga depan bangunan mpsj?
Catat Ulasan