Nampaknya medium untuk sistem operasi popular Android menjadi semakin besar. Kini ianya telah dipasangkan di dalam sebuah smart TV yang telah diusahakan oleh syarikat pengeluar IT terkemuka Lenovo.
Smart TV ini yang dikenali dengan kod modelnya K91 dijangkakan akan mula dipasarkan di pasaran China dahulu. Bila sebuah TV dipasangkan dengan Android bermakna pengguna boleh terus bermain game, menggunakan applikasi yang di download daripada Google Play, melayari internet dan sebagainya tanpa perlu melalui apa-apa device perantara. Kalau sebelum ni sebuah smartphone android boleh berhubung dengan smart tv dengan menggunakan teknologi DLNA, kalau produk Apple pula iPad / iPhone / iPod boleh memaparkan kandungan dari skrin iPad / iPhone / iPod di TV dengan melalui Apple TV atau cable penyambungan. Ini bermakna lenovo adalah syarikat pertama yang terus menggunakan Android ke dalam smart tvnya.
Smart TV Lenovo ini juga dibekalkan dengan 2 alat kawalan jauh; iaitu alat kawalan untuk menukar siaran dan settings dan lagi satu adalah alat kawalan jauh untuk pengguna bermain game yang telah diinstall daripada Google Play. Tak payah nak beli Playstation lagi la nampaknya.
Cekitdaut videonya yang diambil oleh AndroidPolice.com semasa acara CES 2012.
Bila la nak sampai kat Malaysia, tak boleh nak dijangka. So kalau anda nak memaparkan skrin smartphone anda kedalam TV LCD anda, guna je dulu DLNA untuk mereka yang menggunakan smartphone berasaskan Android atau beli cable penyambungan atau beli Apple TV kalau nak nampak canggih lagi jika anda adalah pengguna produk smartphone atau tablet keluaran Apple.
Sumber: Androidpolice
1 comments:
Tentera menggunakan teknologi telefon Android dalam medan pertempuran:
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera juga telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera.
Baca artikel sepenuhnya di www.gombug.net
Catat Ulasan