Selasa, 3 Julai 2012

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Posted by peaqour On 2:04 PG 0 comments


Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Filem terbarunya kali ini bukan kesinambungan daripada filem-filem francais Spider-Man yang lepas-lepas, sebaliknya merupakan satu susunan baru daripada pengarah yang baru serta pelakon-pelakonnya yang baru. Filem kali ini cuba lari daripada bayang filem-filem Spider-Man yang sangat berjaya sebelumnya. Bila plot filem dimulakan semula dari Peter Parker seorang mangsa buli mendapat gigitan labah-labah dan menjadi kuat gila, maka pasti ramai yang akan datang ke panggung untuk mahu melihat perbandingan, sebanyak mana persamaan dan perbezaan filem terbaru ini dengan filem pertama Spider-Man arahan Sam Raimi dulu.

The Amazing Spider-Man seingat aku sama seperti tajuk yang digunakan pada komik-komiknya keluaran Marvel. Flilem ini menggunakan khidmat Marc Webb sebagai pengarahnya manakala Andrew Garfield memainkan watak Spider-Man dan Peter Parker yang baru selepas Tobey Macguire. Marc Webb tidak pernah mengarahkan sebuah filem box-office sebelum ni, beliau kebanyakkannya mengarahkan filem dokumentari penyanyi-penyanyi terkenal seperti 3 Doors Down, Jesse McCartney, Green Day, No Doubt. Kali ni tiada Mary Jane Watson sebagai heroin dan digantikan dengan watak cinta hati pertama Peter Parker iaitu Gwen Stacy yang dilakonkan oleh Emma Stone. Watak antagonisnya pula ialah The Lizard atau Dr. Curt Connors yang juga rakan baik ayah kepada Peter Parker di Oscorp. Maaf tiada Green Goblin langsung yang membuat cameo tapi ada Norman Osborn tu pun kalau korang keluar panggung awal, takkan jumpa la dengan watak ini. Tapi cameo daripada Stan Lee seperti biasa la sure ada macam dalam semua filem watak-watak ciptaan dia, Stan Lee dalam filem ni jadi penyelia perpustakaan semasa scene pergaduhan antara Spider-Man dengan The Lizard.

Antara percubaan Marc Webb untuk menghasilkan kelainan dalam Spider-Mannya ialah penggunaan kamera semasa Spider-Man bergayut, dia banyak menggunakan teknik first-person-view atau senang citer camera itu ialah dari pandangan mata Spider-Man. Kiranya agak kewl jugak. Selain tu of course outfit atau uniform Spider-Man, material yang digunakan agak berlainan dan nampak macam memang Andrew Garfield yang buat sendiri. Tak secantik seperti uniform Spider-Man yang dipakai oleh Tobey MacGuire. Watak Peter Parker juga dimainkan oleh Andrew Garfield lebih remaja dan lebih muda.

Spider web Spider-Man kali ni jugak bukan semulajadi dari badan dia tapi dari mesin macam jam tangan yang dicipta sendiri oleh Peter. Selain tu Spider-Man kali ini macam komik yang digerakkan, gaya-gayanya memang macam dalam komiknya especially pada babak terakhir Spider-Man melompat dengan kaki terkangkang sambil nak menembak spider webnya untuk mula bergayut memang sebijik macam dalam komiknya. Satu lagi kelainannya ialah munculnya watak ibu bapa kepada Peter Parker iaitu Richard Parker dan Mary Parker. Watak Ben Parker juga lebih penyayang dan sangat sporting berbanding dengan filem Spider-Man yang dulu. Satu lagi kelainannya ialah Peter tak dapat cari pembunuh pakciknya walau lama dia cari sampailah munculnya The Lizard, lama-kelamaan penjahat yang membunuh pakciknya dilupakan oleh Peter.

Kalau persamaan pulak, plot ceritanya kebanyakkannya sama tapi ini mungkinlah disebabkan penulis skripnya tak nak menyimpang jauh daripada cerita asal Spider-Man. Kalau tak mau mengamuk Stan Lee nanti. Antaranya plot pakcik Ben yang mati ditembak oleh perompak yang melarikan diri, babak Peter Parker di gelanggang gusti dan mendapat idea untuk memakai topeng bagi menyembunyikan identitinya, plot macam mana terciptanya watak antagonis utamanya iaitu The Lizard iaitu daripada seorang yang rapat dengan Peter Parker kemudian menjadi musuh, bergaduh dan nak berbunuh-bunuhan tapi last-last yang jahat menyesal dan tolong Spider-Man pulak. Sama macam filem Spider-Man dulu dengan watak Mr.Octopus kan? Selain tu plot cinta monyet Peter Parker dan Gwen Stacy yang dihalang oleh ayahnya bagi mengelakkan anaknya terlibat dalam kesusahan kalau bersama dengan Spider-Man yang sentiasa mempunyai musuh. Babak Inspektor Polis Kapten Stacy (ye dia ayah Gwen awek Peter Parker) yang mati di tangan The Lizard ketika cuba menolong Spider-Man ialah babak yang klise yang ada di mana-mana babak dalam filem superhero yang lain.

Bagi babak pertarungan terakhir antara baik dan jahat, rasanya babak-babak pertarungan dalam filem francais Spider-Man sebelum-sebelum ni lagi menarik terutama babak Spider-Man Tobey MacGuire menahan LRT, babak tu memang sangat menarik. Tapi dalam filem yang ini, macam tiada babak pertarungan yang boleh kita ingati. Rasa macam ada janggal sikit melihat Andrew Garfield yang kurus menjadi Spider-Man tapi lakonan dia tak mengecewakan. Antara pelakon lain di dalam filem ini ialah Martin Sheen sebagai Uncle Ben, Denis Leary sebagai Captain Stacy juga ayah kepada gwen Stacy, Sally Field sebagai Aunt May dan juga Irrfan Khan sebagai Rajit Ratha iaitu perantara antara Dr. Curt Connors dengan Norman Osborn.

Secara keseluruhannya filem The Amazing Spider-Man ni bebaloi untuk kita tonton. Kalau korang ada dit lebih, better cuba tonton di panggung IMAX yang lebih besar dan 3D yang lebih best dan lebih puas di Sunway Pyramid. Soundtrack filem ni jugak best-best dan aku tersilap dengan mengatakan filem ni lebih serius, tapi sebenarnya ia juga ada humor yang disajikan untuk kita dan lebih cute lagi dari filem Spider-Man sebelum ni. Selamat menonton ya!



0 comments:

Catat Ulasan