The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Memaparkan catatan dengan label Makan Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan Makan. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2012

Posted by peaqour On 5:15 PTG 1 comments

Pasembur Hussin, pasembur dan mee goreng mamak terbaik di Subang Jaya

Gambar sekadar hiasan, tadi tak sempat ambik gambar sebab lapar sangat.
Lama dah hasrat nak share pasal tempat makan yang menarik pada aku tapi tak timbul-timbul jugak entry untuk makanan menarik ni. Tadi tengah hari kebetulan ada urusan di Subang Jaya, nak cepat malas nak singgah di mana-mana untuk lunch, singgah lah di sebuah lori penjaja depan bangunan ibu pejabat MPSJ. Tengok pulak ramai pekerja-pekerja MPSJ beratur, dah tuh lori tu satu je yang ada dalam hati kata "Mesti sedap nih".

Pada lori penjaja tu tertulis "Pasembur Hussin" dan mendengar pekerja MPSJ menegur tukang masak yang menggoreng mee goreng mamak tu dengan nama "Hussin", sah ni mesti tokei dia masak sendiri ni. Dah tu boleh dia je yang ada depan bangunan MPSJ ni, sure dia punya mesti special. Kalau dilihat sekitar lori pun takde kekotoran langsung, bersih je macam takde satu pun sisa-sisa mee atau rojak yang jatuh ke jalan raya. Uncle Hussin ni memang menjaga kebersihan dan nampaknya dia juga menjaga kualiti mee gorengnya. Setiap order dimasak satu persatu khas untuk pelanggan tersebut.

Untuk mee goreng anda boleh menambah sotong dan selain mee goreng ada juga menu kuew teow goreng. Menu utamanya ialah pasembur yang memang nampak menyelerakan. Sayangnya tiada kerusi disediakan, tapi jika anda memilih untuk makan disitu, bolehlah duduk di tembok-tembok berdekatan.

Macam mana nak pegi sana..? ini petanya. Senang je nak pegi, tuju je ke bangunan MPSJ kat Subang Jaya tu. Parking kat tempat awam. Pastu masuk ikut pintu utama tu, masa nak panjat tangga confirm anda akan perasan satu lori penjaja kat depan tu. Itulah dia Pasembur Hussin. Selamat menjamu selera.
Klik untuk besarkan peta ke Pasembur Hussin.