Isnin, 13 Disember 2010

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Posted by peaqour On 10:05 PG 2 comments



 Filem ini menjadi salah sebuah filem yang paling ditunggu tunggu pada tahun 2010. Dari budak budak sampai ke bapak budak especially yang mengikuti buku novel fantasi CS Lewis ni iaitu The Chronicles of Narnia, diorang mesti ternanti nanti dengan kemunculan filem ni pawagam. The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader adalah filem yang ketiga yang diambil daripada koleksi buku fantasi tersebut selepas The Lion, the Witch and the Wardrobe (filem ni diterbitkan pada 2005) dan diikuti dengan Prince Caspian (filem ni pulak diterbitkan pada 2008). Seperti filem filem Narnia sebelumnya kita akan dihidangkan dengan pengembaraan adik beradik Pevensie, makhluk makhluk ajaib, kuasa sakti, pertarungan antara kuasa baik dan kuasa jahat, dan yang tak boleh tinggal ialah seekor singa yang boleh berkata kata dan mempunyai kuasa sakti yang sangat hebat iaitu Aslan (baca betul betul, jangan macam anak aku sebut jadi Azlan pulak).

Poster filem ini
Pada installment filem Narnia yang ketiga ni, cuma dua sahaja adik beradik Pevensie yang menjadi watak utama iaitu Lucy dan Edmund. Tapi yang menariknya kali ni diorang dibantu oleh sepupu diorang yang sangat sangat tidak disukai oleh Edmund, iaitu Eustace. Filem Narnia kali ini dan mungkin filem seterusnya (jika ada) tak akan ada lagi Peter dan Susan disebabkan mereka yang telah dewasa dan menurut mereka tiada apa lagi yang mereka boleh pelajari di dunia Narnia sebaliknya watak Eustace akan dikekalkan sampai ke cerita terakhir (jika ianya menjadi kenyataan untuk dijadikan filem).

Lucy di hadapan kapal Dawn Treader
Secara peribadi bagi aku filem ketiga ni ianya sangat menarik, lebih menarik daripada filem keduanya Prince Caspian. Yang paling aku suka ialah dengan adanya Eustace yang pada mulanya mengutuk ngutuk sepupu diorang yang kononnya kuat berkhayal pasal dunia Narnia tapi lama kelamaan bila dia sendiri berada di dunia fantasi tersebut dan berkawan dengan Repicheep (si tikus pahlawan) dia mula suka akan dunia khayalan sepupu sepupunya tu. Bagi aku dia adalah penyeri dan penyebab yang menjadikan filem Narnia kali ni lebih menarik. Korang mesti suka cara dia mengomel dengan slang British dia, dengan muka degil dia, telatah nakal dia sememangnya menghiburkan. Watak Eustace banyak diperkembangkan dengan menarik tapi tak best la untuk aku cerita, akan ada sesuatu yang berlaku pada dia di dalam filem ni, apa dia..? korang kena tengok sendiri.

Edmund mendapat pedang He-Man... hehe
Kali ini juga ada banyak watak watak baru yang muncul dan tak kurang jugak dengan makhluk makhluk baru. Kali ini jugak aku rasa ianya lebih kelakar berbanding yang lepas lepas. Jalan cerita juga lebih menarik dan disebabkan pengembaraan diorang semua adalah di atas kapal Dawn Treader (ye betul ia adalah nama kapal), maka kebanyakkan adegan adalah di lautan, atas kapal, di pulau pulau. Watak yang baru diperkenalkan kali ni antaranya ahli sihir Coriakin, makhluk yang duduk di sekitar pulau Coriakin tinggal yang rupa macam manusia tapi ada satu kaki je dan tapak kaki dia punya la besar, pastu ada bintang biru yang boleh bertukar menjadi manusia (macam stardust plak kan?), ada ular air gergasi, ada asap misteri yang jahat, ada makhluk air yang melompat lompat macam ikan lumba lumba, dan ada macam macam lagi la. Memang menarik citer ni.

Lucy bertemu makhluk pelik yang berbadan manusia tapi satu kaki
Filem Narnia ketiga ini nampaknya mereka telah mencuba pengarah Michael Apted yang pernah mengarahkan filem James Bond: The World is not Enough satu masa dulu. Dua filem sebelum ni diarahkan oleh Andrew Adamson (pengarah filem filem Shrek) yang mana kali ini dia bertindak menjadi produser pulak. Para pelakon utama pun orang orang yang biasa kita nampak macam Georgie Henley sebagai Lucy Pevensie, Skandar Keynes sebagai Edmund Pevensie, Ben Barnes sebagai King Caspian, dan dibantu watak baru Eustace dilakonkan oleh Will Poulter. Watak sampingan yang dulunya watak utama tetap ada sekali sekala diorang muncul macam Peter Pevensie (William Moseley) dan Susan Pevensie (Anna Popplewell) dan tak lupa juga The White Witch (Tilda Swinton).

Sinopsis Sket

Lucy ketika ditegur Aslan kerana terlalu taksub dengan kejelitaan kakaknya (cantik ke kakak dia?)
Bermula dengan di dunia nyata, Lucy dan Edmund kini tinggal bersama di rumah sepupu mereka, Eustace. Satu hari ketika di dalam bilik Lucy sedang Eustace dan Edmund sibuk bergaduh, bingkai gambar kapal di atas lautan yang tergantung di dinding bilik tu tiba tiba mengeluarkan air yang makin lama makin banyak sampai ke siling bilik. Dalam mereka berusaha berenang ke atas untuk bernafas, tiba tiba mereka terus berada di atas lautan dan diselamatkan oleh Caspian yang berada di atas kapal Dawn Treader.

Lucy ketika di rumah Ahli Sihir Coriakin
Dari situ bermulalah pengembaraan mereka dalam menolong Caspian untuk mencari tujuh orang Lord semasa zaman pemerintahan ayahnya yang hilang tanpa berita. Mereka singgah dari satu pulau ke pulau yang lain, ditangkap dan seorang demi seorang Lord mereka temui. Dengan panduan yang diberikan oleh setiap Lord dan juga ahli sihir Coriakin, mereka semua berusaha mencari tujuh pedang milik setiap orang Lord yang diberikan oleh Aslan supaya diorang dapat mempunyai peluang untuk menumpaskan kuasa jahat berbentuk kabus hijau yang banyak mengambil penduduk sekitar pulau pulau yang pernah mereka singgah.

Dengan bakat kepimpinan Caspian, kerperwiraan Edmund dan Lucy, dibantu dengan krew kapal yang cekap dan bantuan yang datang tak diduga, akhirnya mereka tiba ke destinasi mereka yang terakhir iaitu pulau yang menempatkan 4 Lord terakhir bermaknya mereka perlu mencari empat pedang lagi. Apa kesudahannya? kena tengok sendiri. Okeh!

Eustace dan Reepicheep, mula mula gaduh lama lama kamceng
So korang semua jangan lupa ajak kawan kawan, ajak adik adik, ajak mak ayah korang pergi sama sama tonton filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader ni. Dah start dah di pawagam berdekatan dengan korang. InsyaAllah kalau ramai orang tengok, aku filem ni nanti kita tunggu pulak filem Narnia ke 4 tak silap aku kalau ianya menjadi kenyataan kemungkinan tajuk dia adalah The Silver Chair dan watak utamanya adalah Eustace dan kawan dia Jill. Tak ada lagi adik beradik Pevensie.

Selamat Menonton!

2 comments:

not bad....gerenti nk g tgk!! huhu...thanks for the review!!!

hi aisyah, you are most welcome. lupa nak bagitau la... ada jugak versi 3D tau, nak kepuasan maksima better tengok 3D punya.

Catat Ulasan