The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Jumaat, 22 Jun 2012

Posted by peaqour On 11:23 PG 0 comments

Madagascar 3: Europe's Most Wanted


Menonton filem animasi Madagascar installment yang ke tiga ini pada aku merupakan yang paling menghiburkan, lebih menyeronokkan, paling kelakar dan lebih banyak yang tersirat jika nak dibandingkan dengan filem-filem Madagascar yang sebelumnya.


Tema kali ini masih kekal dengan 'kebebasan'. Kalau filem yang pertama mereka; Alex (Ben Stiller), Marty (Chris Rock), Melman (David Schwimmer) dan Gloria (Jada Pinket Smith) nak mebebaskan diri mereka daripada hidup terkurung di dalam zoo di New York dan mencari kebebasan dan hidup seperti haiwan normal di habitat mereka yang asal iaitu di Afrika (atau Madagascar). Filem yang kedua pula mereka merasakan tindakan mereka melarikan diri itu silap, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan habitat Afrika yang mana mereka perlu mencari makanan dan perlindungan sendiri berbeza dengan hidup di zoo yang dijaga rapi, maka mereka nak mencari kebebasan dengan lari dari Afrika dan nak kembali semula ke zoo di New York. Kali ni filem ke tiga pula mereka masih mahu meneruskan misi mereka untuk membebaskan diri mereka untuk menuju ke New York cuma dengan cara yang berbeza dengan filem kedua.


Setiap kali installment yang baru mesti ada watak baru. Kali ini mereka semua berjumpa dengan watak baru lagi yang terpaksa mereka tumpang selepas kapal terbang ciptaan penguin terhempas lagi. Kali ini ada tambahan watak haiwan yang baru iaitu Gia si harimau bintang, Vitaly si harimau belang, Stefano si singa laut, Sonya si beruang dan beberapa lagi haiwan yang merupakan haiwan sarkas yang patah semangat untuk menjadi haiwan sarkas lagi. Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk ke London untuk mempersembahkan aksi sarkas mereka dengan harapan mereka akan dapat menarik minat promoter daripada US dan seterusnya membawa mereka ke New York dan mereka juga sebenarnya mahu membuktikan bahawa mereka masih kumpulan sarkas yang pernah hebat pada suatu masa yang dahulu terutamanya superstar sarkas tersebut iaitu Vitaly yang berkebolehan melompat gelung dari yang besar hinggalah ke sekecil-kecilnya.

Kali ni juga ada watak baru yang berjaya membuatkan orang meluat tengok iaitu  watak polis yang pakar dalam menangani masalah kekacauan yang ditimbulkan oleh haiwan iaitu kapten Chantel DuBois. Dengan muka yang bengis ala cikgu disiplin, memang dia ni menjengkelkan betul tapi pada masa yang sama kita respek kat dia kerana dia memang pakar. Antara banyak-banyak watak yang ada, aku paling suka dengan watak Penguin yang cerdik dan kiut miut... hehe. Haiwan-haiwan yang lain bergantung sepenuhnya dengan kumpulan Penguin ini untuk mereka melarikan diri atau untuk membuat apa apa misi. Watak kedua yang menarik tetap King Julien (Sacha Baron Cohen) yang menghangatkan suasana dengan aksi raja bodoh bodoh alang lagi kelakar dengan pembantunya yang kiut.

Tentunya filem animasi pasti pengarahnya nak buat happy ending, takkan nak bust sad ending pulak kan untuk target audience yang rata-rata dikalangan kanak kanak. Secara keseluruhannya, filem Madagascar 3 inilah yang terbaik berbanding dengan filem filem Madagascar sebelum sebelumnya dan memang tidak rugi untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Khamis, 6 Januari 2011

Posted by peaqour On 6:44 PTG 1 comments

Tron: Legacy

Filem Tron: Legacy ni merupakan kesinambungan daripada filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1982 iaitu Tron. Walt Disney masih mengekalkan beberapa pelakon yang sama dan konsep cerita yang sama cuma jalan cerita je yang berbeza dan ditambah lagi dengan beberapa pelakon-pelakon baru. Aku pun tak tengok filem Tron yang pertama so susah sikit la buat perbandingan di antara kedua-dua filem, tapi aku agak agak sure yang versi terbaru ni leih moden dengan gadget yang lebih canggih dan kenderaan yang lebih hebat dan teknologi yang terkini.

Poster filem Tron: Legacy
Filem ni yang kedua yang aku perasan yang dibuat untuk menyambung kembali sebuah filem yang pernah menjadi hit suatu masa dulu terutama filem filem yang diterbitkan pada zaman 80-an. Kalau beberapa bulan sebelum ni kita dan tengok filem Wall Street: Money Never Sleep (rujuk review aku bertarikh 23 September 2010, klik sin$i untuk baca balik). So, filem Tron: Legacy ni mengambil jalan yang sama macam penerbit-penerbit filem ni dah kekurangan idea la pulak nak buat filem apa. Tapi kalau kita fikir yang positif, menerbitkan semula atau membuat sekuel kepada filem yang pernah hit pada suatu masa dulu boleh memberitahu kepada generasi baru macam kita (cheh, macam la pembaca blog aku muda muda), macam aku yang satu masa dulu ada filem yang hit macam Wall Street dan juga Tron selain daripada Indiana Jones, Star Wars, King Kong dan beberapa filem lagi aku pun tak ingat. Ini juga secara tak langsung akan membuatkan generasi muda ni ingin tahu dan sure nak tengok filem yang terdahulu sebelum diorang menonton kesinambungannya yang diterbitkan pada tahun ni. Macam aku, aku dah download filem Wall Street yang awal dulu, cuma belum sempat nak tengok je. Pasni sure aku nak download Tron pulak.

Ini kereta peronda di dunia The Grid
Untuk versi moden Tron: Legacy ni, watak utamanya dilakonkan oleh seorang pelakon yang nak kata baru tak la baru sangat tapi macam kurang popular iaitu Garrett Hedlund yang melakonkan watak Sam Flynn. Sebaliknya pelakon utama untuk filem terdahulu Tron, Jeff Bridges melakonkan watak yang sama untuk sekuel ini iaitu Kevin Flynn dan juga Clu, dibantu oleh Olivia Wilde sebagai Quorra.

Sinopsis Sket
Sam tengah godek godek komputer ayah dia, tetiba cahaya dari
alat kat belakang dia tu transfer dia ke The Grid
Ceritanya yang bermula pada tahun 1989, Kevin Flynn merupakan CEO kepada syarikat membuat permainan video games yang terkemuka, ENCOM telah berjanji kepada anaknya yang masih kecil, Sam untuk membawanya ke dunia cyber The Grid yang diciptanya bersama dengan Clu (macam klon dia di the Grid) dan juga Tron. Dia juga menceritakan kepada anaknya kesemua watak yang membantunya mewujudkan dunia cyber itu menjadi realiti seperti Clu dan juga Tron. Selepas itu dia kembali semula ke arked permainan video miliknya untuk menyambung kembali kerja-kerja terakhir untuk menyempurnakan dunia cyber tersebut. Malangnya dia tak balik balik lepas tu sampailah Sam Flynn dewasa.

Quorra yang cun
Sam yang dewasa juga sebijak ayahnya yang mampu menggodam mana mana komputer, dia yang merupakan pemegang saham terbesar dan pewaris ENCOM tapi tak berminat dan tak bersemangat untuk menguruskan syarikat ayahnya tu. Sehinggalah satu hari rakan kongsi dan rakan karib ayahnya Alan Bradley yang mengambil berat tentangnya datang bagitau Sam yang dia telah mendapat mesej di dalam pager daripada ayah Sam iaitu Kevin (mana ada orang pakai pager skarang, tapi dia pakai sebab takut takut Kevin akan bagi mesej kat dia). Dia bagi kunci arked tempat Kevin selalu buat kerja untuk Sam mencari kepastian. Sam pergi dan dia dapati komputer yang digunakan oleh ayahnya masih menyala dan tiba tiba dia telah dialihkan ke dunia digital The Grid dengan alat yang berada di belakangnya tanpa dia sedari.

Ini dia Clu, iaitu klon ayah Sam yang belot dan cuba nak menakluk dunia
Di The Grid, Sam telah di tangkap oleh penguatkuasa di sana dan dia telah berjumpa dengan seseorang yang mirip ayahnya yang masih muda, iaitu klon Kevin; Clu. Apa jadi seterusnya? Adakah ayahnya masih hidup? Itu kena la tengok sendiri. Walaupun filem ni dah lama, aku keluarkan la jugak entry ni sebab tak sempat nak post lepas tengok filem ni. Hope korang enjoy.

Khamis, 23 Disember 2010

Posted by peaqour On 5:51 PTG 5 comments

Gulliver's Travels

Versi Gulliver's Travels yang difilemkan ni adalah versi moden dan juga komedi kalau nak bandingkan dengan buku cerita dia. Tengok aje pelakon utama dia, Jack Black yang memang sinonim dengan filem-filem komedi. Komedi Jack Black ni aku boleh ibaratkan kalau kat Malaysia ni macam Mamat Khalid punya komedi yang suka mengingatkan kita pada memori dan kegemilangan sesuatu ketika dulu. Kalau filem-filem Mamat Khalid mengingatkan kita pasal Rock Kapak, suasana di kampung masa kita kecik-kecik, hindustan dan macam-macam lagi, sama juga dengan filem-filem Jack Black mesti ada Rock 'n Roll, nerd, robot, Star Wars dan macam macam lagi. Kepada peminat komedi Jack Black mesti suka filem ni cuma dia megambil plot daripada buku karya klasik Inggeris biasa kita baca masa kecik kecik dulu (kalau korang lahir dalam tahun 80-an ke bawah lah).

Poster filem Gulliver's Travel
Tak sure sama ada buku Gulliver's Travel masih diterima oleh kanak-kanak zaman ni, tapi pada zaman aku ianya antara buku yang wajib dibaca. Maklumlah masa tu mana ada buku-buku Harry Potter, yang ada pun Enid Blyton. Kalau nak bandingkan antara jalan cerita di buku dengan di dalam filem ni, plotnya ada yang sama tapi tak semuanya sama. Mungkin penulis skrip dia cuma megambil ilham daripada buku dan menulisnya semula dengan menggunakan zaman moden dan karakter Gulliver yang berbeza. Kalau korang nak tau dalam buku klasik Gulliver mengembara ke banyak lagi tempat berbanding di dalam filem dia cuma sampai di Liliput dan Blefuscu (kedua duanya negara berjiran dengan rakyatnya orang orang kenit belaka) dan Brobdingnag (dunia orang gergasi) tu sahaja. Tapi kalau dalam buku Gulliver mengembara ke banyak lagi tempat macam Laputa, Jepun, Balnibarbi dan banyak lagi negara yang pelik-pelik.

Gergasi lawan robot, sapa yang menang agak agak?
Gulliver's Travel mengambil Jack Black (School of Rock, Kungfu Panda, Year One) sebagai Gulliver, watak utama filem ni. Dia yang diam diam sukakan penulis kolum pengembaraan di tempat kerjanya iaitu Darcy dilakonkan oleh Amanda Peet (2012, A Lot Like Love, Identity). Kemudian bila dah sampai ke Liliput, antara pelakon yang menjayakan filem ni adalah Jason Segel (Knocked Up, Forgetting Sarah Marshall) yang menjadi Harotio iaitu best friend Gulliver di Liliput, Emily Blunt (The Devils Wear Prada, The Wolfman) sebagai Princess Mary puteri negara Liliput yang bertunang dengan General Edward lakonan Chris O'Dowd tetapi mencintai Harotio. Watak watak lain ialah Raja Liliput iaitu King Theodore dilakonkan oleh Billy Connely. Filem ini adalah arahan Rob Letterman yang banyak mengarah filem animasi sebelum ni macam filem Monsters vs Aliens dan Shark Tale.

Sempat main Guitar Heroes masa tengah keje.
Disebabkan Jack Black suka dengan lagu-lagu Rock 'n Roll, kebanyakan muzik latar filem ni lagu lagu genre tu jugak. Ada satu lagu yang mendamaikan dua negara yang berperang aku rasa lagu yang Jackie Chan dengan Chris Rock nyanyi dalam filem Rush Hour. Hmm.. apesal tak cari lagu lain eh.

Askar-askar Befluscu tergezut dengan kehadiran Gulliver yang
sebesar gergasi ketika diorang cuba nak menculik
Puteri Mary.
Filem ini juga dikeluarkan dengan 2 versi iaitu format biasa dan juga format 3D dan di'rate'kan sebagai untuk tontonan Umum. Tapi percaya cakap aku, better tengok format biasa je sebab menonton dengan guna cermin mata 3D tu macam takde beza aje dengan tak guna cermin mata. 3D dia tak terserlah berbanding dengan filem-filem 3D stereoskopik yang lain. Serius jangan abiskan duit untuk tengok 3D yer, tapi aku nak promosi sikit kalau nak tengok apa apa filem dengan format 3D datang ke GSC Maxx yang ada kat Berjaya Times Square, diorang ada satu panggung khas untuk format ini. Dengan skrin yang besar ditambah lagi dengan cermin mata 3D yang lebih selesa dipakai dan dengan seating yang eye level dengan skrin, memang berbaloi menonton di GSC Maxx. Cuma ada di Berjaya Times Square saja.

Sinopsis Sket
Masa ni Gulliver ajar Harotio cara mengurat. Harotio kat
atas tangga tu sebenarnya tengah mengurat Puteri Mary
yang duduk kat atas bumbung istana.
Lemuel Gulliver (Jack Black) adalah budak penghantar surat yang kurang keyakinan diri mungkin kerana jawatannya yang rendah di pejabat. Tapi dia dalam diam diam jatuh hati pada Darcy (Amanda Peet) seorang penulis ruangan melancong. Ntah macam mana Gulliver berlagak kool depan Darcy yang konon dia pernah melancong ke banyak tempat dan suka menulis, so Darcy mintak dia bagi satu artikel pasal tempat yang dia pernah pegi. Gulliver cuma copy paste dari internet dan dari buku untuk impresskan Darcy dan dia suka akan hasil tulisan yang kononnya Gulliver yang tulis tersebut. Darcy kemudian bagi satu assignment buat Gulliver pergi dan tulis pasal Bermuda Triangle.

Darcy dan Gulliver, ini adalah babak akhir filem ini. Apa diorang
tengah buat ni? Apa jadi pada Gulliver? Pegi tengok citer ni kalau
nak tau
Kerana cintanya, Gulliver pun menyahut cabaran dan dalam perjalanan dengan menaiki bot ke lokasi Segi Tiga Bermuda dia terperangkap dalam puting beliung. Sedar sedar je Gulliver berada di sekeliling orang orang yang sangat kecik yang tengah sibuk ikat ikat dia. Dia kemudian ditawan oleh General Edward seorang general yang hebat di negara Liliput. Semasa dalam penjara Liliput, Gulliver berkenalan dengan Harotio dan kemudian diorang jadi kawan baik. Ketika Liliput diserang oleh negara jiran diorang iaitu Blefuscu, Gulliver telah menolong Liliput mematahkan serangan tersebut dan juga percubaan menculik puteri Mary. Gulliver juga menolong memadamkan kebakaran di istana dan menyelamatkan Raja Theodore. Sejak tu Gulliver menjadi pujaan rakyat Liliput dan seterusnya menjadi General baru negara tersebut. Ini menyebabkan general Edward menjadi semakin marah apa lagi bila dia tengok Gulliver mengajar macam macam cara modern untuk Harotio mengurat Puteri Mary.

Harotio dan Puteri Mary yang saling mencintai satu sama lain.
Tapi kelakar bila Harotio mengurat dengan menggunakan ajaran
Gulliver yang lebih moden.
Gulliver jugak banyak mengubah penduduk Liliput dari segi cara percakapan, aktiviti harian, membina bangunan-bangunan seperti di Manhattan, banyak billboard billboard. Disebabkan cemburu dan marah, General Edward berpaling tadah dan menolong negara Blefuscu untuk menyerang Liliput dan dengan panduan cara cara membuat robot mainan yang diambil dari buku Gulliver, Blefuscu berjaya mencipta sebuah robot yang sama tinggi dengan Gulliver.

Agak agak korang macam mana lepas tu...? Of course diorang akan lawan. Tapi sapa menang..? Haa... kena la tengok sendiri ye.

Isnin, 13 Disember 2010

Posted by peaqour On 11:02 PG 0 comments

Akan Datang: Thor

Korang kenal siapa itu Thor? kepada peminat komik Marvel dan super superhero Marvel korang sure kenal Thor ni kan.! Thor adalah salah seorang superhero ciptaan komik Marvel sebaris dengan Iron Man, Hulk, dan lain lain. Thor juga akan mengikut jejak langkah watak superhero seangkatan dengan dia di Marvel untuk difilemkan dan berita baiknya ia akan ditayangkan pada tahun depan. Filem ini jugak dikatakan adalah sebagai persediaan sebelum filem geng geng superhero di dalam satu filem diterbitkan iaitu filem yang sangat sangat sangat ditunggu tunggu iaitu The Avengers pada 2012. Dalam The Avengers tu akan menggabungkan Iron Man, Captain America, Hulk, Bat Man, Thor, Nick Fury, Hawkeye, Black Widow dan ramai lagi. Berita baik lagi, Paramount Pictures dan Marvel Studios dah keluarkan trailer filem tersebut baru baru ni. Apa lagi meh tengok kat bawah ni.




Ini pulak poster filem Thor.


Sikit pasal filem Thor ni, ianya akan dilakonkan oleh pelakon Australia Chris Hemsworth (dalam filem Star Trek dia jadi bapak Kapten Kirk) sebagai Thor, Natalie Portman (Star Wars, Princess Amidala remember?) sebagai chenta hatinya di bumi, Anthony Hopkins (takkan tak kenal, legend nih dari Silence of the Lambs, Hannibal, Meet Joe Black) sebagai odin bapak Thor dan juga raja Asgard, Tom Hiddleston sebagai saudara Thor yang berniat jahat iaitu Loki, serta Edris Elba (Takers), Rene Russo (Ransom, Thomas Crown Affairs) dan ramai lagi.

Tarikh tayangan, kalau takde aral dalam bulan May 2011.

Sinopsis Sket


Berkisar tentang seorang yang bernama The Mighty Thor, seorang pahlawan yang kuat tapi sikapnya yang berlagak tindakan yang nekad menyebabkan menyalakan kembali perang kuno. Thor kemudian dihukum turun ke bumi dan terpaksa hidup di kalangan manusia. Di bumi, Thor belajar apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pahlawan sejati dan pada ketika itulah penjahat paling berbahaya dari dunia Asgard datang untuk menyerang Bumi.

Info kredit kepada Comingsoon.net dan iMDB.

Posted by peaqour On 10:05 PG 2 comments

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader


 Filem ini menjadi salah sebuah filem yang paling ditunggu tunggu pada tahun 2010. Dari budak budak sampai ke bapak budak especially yang mengikuti buku novel fantasi CS Lewis ni iaitu The Chronicles of Narnia, diorang mesti ternanti nanti dengan kemunculan filem ni pawagam. The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader adalah filem yang ketiga yang diambil daripada koleksi buku fantasi tersebut selepas The Lion, the Witch and the Wardrobe (filem ni diterbitkan pada 2005) dan diikuti dengan Prince Caspian (filem ni pulak diterbitkan pada 2008). Seperti filem filem Narnia sebelumnya kita akan dihidangkan dengan pengembaraan adik beradik Pevensie, makhluk makhluk ajaib, kuasa sakti, pertarungan antara kuasa baik dan kuasa jahat, dan yang tak boleh tinggal ialah seekor singa yang boleh berkata kata dan mempunyai kuasa sakti yang sangat hebat iaitu Aslan (baca betul betul, jangan macam anak aku sebut jadi Azlan pulak).

Poster filem ini
Pada installment filem Narnia yang ketiga ni, cuma dua sahaja adik beradik Pevensie yang menjadi watak utama iaitu Lucy dan Edmund. Tapi yang menariknya kali ni diorang dibantu oleh sepupu diorang yang sangat sangat tidak disukai oleh Edmund, iaitu Eustace. Filem Narnia kali ini dan mungkin filem seterusnya (jika ada) tak akan ada lagi Peter dan Susan disebabkan mereka yang telah dewasa dan menurut mereka tiada apa lagi yang mereka boleh pelajari di dunia Narnia sebaliknya watak Eustace akan dikekalkan sampai ke cerita terakhir (jika ianya menjadi kenyataan untuk dijadikan filem).

Lucy di hadapan kapal Dawn Treader
Secara peribadi bagi aku filem ketiga ni ianya sangat menarik, lebih menarik daripada filem keduanya Prince Caspian. Yang paling aku suka ialah dengan adanya Eustace yang pada mulanya mengutuk ngutuk sepupu diorang yang kononnya kuat berkhayal pasal dunia Narnia tapi lama kelamaan bila dia sendiri berada di dunia fantasi tersebut dan berkawan dengan Repicheep (si tikus pahlawan) dia mula suka akan dunia khayalan sepupu sepupunya tu. Bagi aku dia adalah penyeri dan penyebab yang menjadikan filem Narnia kali ni lebih menarik. Korang mesti suka cara dia mengomel dengan slang British dia, dengan muka degil dia, telatah nakal dia sememangnya menghiburkan. Watak Eustace banyak diperkembangkan dengan menarik tapi tak best la untuk aku cerita, akan ada sesuatu yang berlaku pada dia di dalam filem ni, apa dia..? korang kena tengok sendiri.

Edmund mendapat pedang He-Man... hehe
Kali ini juga ada banyak watak watak baru yang muncul dan tak kurang jugak dengan makhluk makhluk baru. Kali ini jugak aku rasa ianya lebih kelakar berbanding yang lepas lepas. Jalan cerita juga lebih menarik dan disebabkan pengembaraan diorang semua adalah di atas kapal Dawn Treader (ye betul ia adalah nama kapal), maka kebanyakkan adegan adalah di lautan, atas kapal, di pulau pulau. Watak yang baru diperkenalkan kali ni antaranya ahli sihir Coriakin, makhluk yang duduk di sekitar pulau Coriakin tinggal yang rupa macam manusia tapi ada satu kaki je dan tapak kaki dia punya la besar, pastu ada bintang biru yang boleh bertukar menjadi manusia (macam stardust plak kan?), ada ular air gergasi, ada asap misteri yang jahat, ada makhluk air yang melompat lompat macam ikan lumba lumba, dan ada macam macam lagi la. Memang menarik citer ni.

Lucy bertemu makhluk pelik yang berbadan manusia tapi satu kaki
Filem Narnia ketiga ini nampaknya mereka telah mencuba pengarah Michael Apted yang pernah mengarahkan filem James Bond: The World is not Enough satu masa dulu. Dua filem sebelum ni diarahkan oleh Andrew Adamson (pengarah filem filem Shrek) yang mana kali ini dia bertindak menjadi produser pulak. Para pelakon utama pun orang orang yang biasa kita nampak macam Georgie Henley sebagai Lucy Pevensie, Skandar Keynes sebagai Edmund Pevensie, Ben Barnes sebagai King Caspian, dan dibantu watak baru Eustace dilakonkan oleh Will Poulter. Watak sampingan yang dulunya watak utama tetap ada sekali sekala diorang muncul macam Peter Pevensie (William Moseley) dan Susan Pevensie (Anna Popplewell) dan tak lupa juga The White Witch (Tilda Swinton).

Sinopsis Sket

Lucy ketika ditegur Aslan kerana terlalu taksub dengan kejelitaan kakaknya (cantik ke kakak dia?)
Bermula dengan di dunia nyata, Lucy dan Edmund kini tinggal bersama di rumah sepupu mereka, Eustace. Satu hari ketika di dalam bilik Lucy sedang Eustace dan Edmund sibuk bergaduh, bingkai gambar kapal di atas lautan yang tergantung di dinding bilik tu tiba tiba mengeluarkan air yang makin lama makin banyak sampai ke siling bilik. Dalam mereka berusaha berenang ke atas untuk bernafas, tiba tiba mereka terus berada di atas lautan dan diselamatkan oleh Caspian yang berada di atas kapal Dawn Treader.

Lucy ketika di rumah Ahli Sihir Coriakin
Dari situ bermulalah pengembaraan mereka dalam menolong Caspian untuk mencari tujuh orang Lord semasa zaman pemerintahan ayahnya yang hilang tanpa berita. Mereka singgah dari satu pulau ke pulau yang lain, ditangkap dan seorang demi seorang Lord mereka temui. Dengan panduan yang diberikan oleh setiap Lord dan juga ahli sihir Coriakin, mereka semua berusaha mencari tujuh pedang milik setiap orang Lord yang diberikan oleh Aslan supaya diorang dapat mempunyai peluang untuk menumpaskan kuasa jahat berbentuk kabus hijau yang banyak mengambil penduduk sekitar pulau pulau yang pernah mereka singgah.

Dengan bakat kepimpinan Caspian, kerperwiraan Edmund dan Lucy, dibantu dengan krew kapal yang cekap dan bantuan yang datang tak diduga, akhirnya mereka tiba ke destinasi mereka yang terakhir iaitu pulau yang menempatkan 4 Lord terakhir bermaknya mereka perlu mencari empat pedang lagi. Apa kesudahannya? kena tengok sendiri. Okeh!

Eustace dan Reepicheep, mula mula gaduh lama lama kamceng
So korang semua jangan lupa ajak kawan kawan, ajak adik adik, ajak mak ayah korang pergi sama sama tonton filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader ni. Dah start dah di pawagam berdekatan dengan korang. InsyaAllah kalau ramai orang tengok, aku filem ni nanti kita tunggu pulak filem Narnia ke 4 tak silap aku kalau ianya menjadi kenyataan kemungkinan tajuk dia adalah The Silver Chair dan watak utamanya adalah Eustace dan kawan dia Jill. Tak ada lagi adik beradik Pevensie.

Selamat Menonton!

Posted by peaqour On 9:51 PG 1 comments

Award Blogfriends dari QaRr JaliL


Aku dapat award pertama yang dianugerahkan oleh fellow blogger buddy, encik Qarr Jalil... nama betul tak berapa sure... almaklumlah aku baru berkecimpung dalam dunia blogger ni. Nak tau siapa saudara QaRr ni boleh melawat ke blog beliau di http://faqarabduljalil.blogspot.com/ . Banyak info yang korang boleh dapat kat sana dan yang paling menarik minat aku ke blog beliau ialah review filem. Keep up the good work bro QaRr!

Jumaat, 10 Disember 2010

Posted by peaqour On 11:37 PG 0 comments

Movie Terbitan Warner Bros pada 2011

Tahun 2010 tinggal sikit je lagi sebelum melabuhkan tirainya dan membuka tirai baru 2011. Bagi peminat peminat filem antarabangsa, Warner Bros awal awal lagi dah memberikan senarai filem yang bakal mereka tayangkan pada tahun hadapan. Antara yang paling kita tunggu tunggu ialah Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 2 (sobs! sobs! pasnih dah takde filem Harry Potter lagi dah), lagi ada filem Green Lantern yang diadaptasikan daripada komik keluaran DC Comics, juga jangan lupa Sherlock Holmes 2 dan macam macam lagi. Tengok je la list kat bawah untuk puaskan hati korang orait! Nak tau lebih lanjut jangan lupa klik pada tajuk filem tersebut.

Kredit kepada Comingsoon.net

28 Januari 2011

The Rite
Genre : Psychological Thriller
Pengarah : Mikael Harstrom
Pelakon : Anthony Hopkins, Colin O'Donoghue, Alice Braga, Ciaran Hinds, Rutger Hauer

18 Februari 2011
Unknown
Genre : Thriller
Pengarah : Jaume Collet-Serra
Pelakon : Liam Neeson, Diane Kruger, January Jones, Aidan Quinn, Bruno Ganz, Frank Langella

25 Februari 2011

Genre : Comedy
Pengarah : Bobby Farrelly, Peter Farrelly
Pelakon : Owen Wilson, Jason Sudeikis, Jenna Fischer, Richard Jenkins, Christina Applegate, Alexandra Daddario, Stephen Merchant, Nicky Whelan


11 March 2011
Genre : Romantic Fantasy Thriller
Pengarah : Catherine Hardwicke
Pelakon : Amanda Seyfried, Gary Oldman, Billy Burke, Shiloh Fernandez, Max Irons, Virginia Madsen, Julie Christie


25 Mac 2011
Genre : Action Fantasy
Pengarah : Zack Snyder
Pelakon : Emily Browning, Vanessa Hudgens, Abbie Cornish, Jamie Chung, Jena Malone, Carla Gugino, Jon Hamm, Oscar Isaac, Scott Glenn


22 April 2011
Genre : Comedy
Pengarah : Glenn Ficarra, John Requa
Pelakon : Steve Carrel, Ryan Gosling, Julianne Moore, Emma Stone, Marisa Tomei, Kevin Bacon, Analeigh Tipton, Josh Groban, Liza Lapira, Joey King


26 Mei 2011

Genre : Comedy
Pengarah : Todd Phillips
Pelakon : Bradley Cooper, Ed Helms, Zack Galigianakis, Jeffrey Tambor, Mike Tyson, Justin Bartha, Ken Jeong



10 Jun 2011
Genre : Romantic Comedy
Pengarah : Luke Greenfield
Pelakon : Ginnifer Goodwin, Kate Hudson, Colin Egglesfield, Steve Howey


17 Jun 2011
Genre : Action Adventure
Pengarah : Martin Campbell
Pelakon : Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Mark Strong, Angela Bassett, Tim Robbins, Temuera Morrison, Jay O. Sanders, Taika Waititi, Jon Tenney

15 Julai 2011
Genre : Fantasy Adventure
Pengarah : David Yates
Pelakon : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Tom Felton, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Jason Isaacs, Alan Rickman, David Thewlis, Julie Walters, Bonnie Wright



29 July 2011
Genre : Comedy
Pengarah : Seth Gordon
Pelakon : Jason Bateman, Charlie Day, Jason Sudeikis, Jennifer Aniston, Colin Farrell, Jamie Foxx, Kevin Spacey, Donald Sutherland, Julie Bowen



26 Ogos 2011

Final Destination 5
Genre : Horror
Pengarah : Steven Quale
Pelakon : Emma Bell, Nicholas D'Agosto, Miles Fisher, Arlen Escarpeta, Jacqueline MacInnes-Wood, P.J. Byrne, Ellen Wroe, David Koechner, Courtney B. Vance, Tony Todd



9 September 2011

The Apparition
Genre : Supernatural Thriller
Pengarah: Todd Lincoln
Pelakon: Ashley Greene, Sebastian Stan, Tom Felton, Julianna Guill, Luke Pasqualino, Suzanne Ford


21 Oktober 2011
Contagion
Genre : Thriller
Pengarah: Steven Soderbergh
Pelakon: Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne, Jude Law, Gwyneth Paltrow, Kate Winslet



18 November 2011

Happy Feet 2
Genre: Animated Adventure
Pengarah: George Miller
Pelakon: Elijah Wood, Robin Williams, Brad Pitt, Hank Azaria, Matt Damon, Alecia Moore (Pink)



16 December 2011
Sherlock Holmes II
Genre : Action Adventure Mystery
Pengarah: Guy Ritchie
Pelakon: Robert Downey Jr., Jude Law, Noomi Rapace, Jared Harris, Eddie Marsan, Stephen Fry, Gilles Lellouche




Genre : Family Adventure
Pengarah: Brad Peyton
Pelakon: Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens, Luis Guzman, Kristen Davis

Isnin, 29 November 2010

Posted by peaqour On 4:17 PTG 9 comments

The Social Network

Social network adalah 'In Thing' pada masa kini, Facebook, twitter, MySpace, Friendster dan macam macam lagi social network application bersepah sepah kat dunia maya, tapi yang paling banyak diperkatakan dan menjadi trend masa kini tentulah; FACEBOOK. Apa ke tidaknya sampai ada yang sanggup mengambil jalan apa sahaja untuk menumpang populariti Facebook ni. Ada yang buat buku, ada yang jemput datang talk show (sesapa yang ada talk show la... heh), dan kini ada jugak yang terfikir untuk melayar perakkan kisah hidup founder Facebook ni dengan harapan dapat tempias seri jutawan (maaf tiada istilah bahasa Malaysia untuk billionaire) iaitu Mark Zuckerburg.
Dia ni memang pelik, berjalan di sekitar kampung dengan
berlari lari anak, weirdo.
Hasilnya memang tidak mengecewakan, secara peribadi aku suka, mungkin sebab aku memang budak sains komputer kot. Actually banyak faedah menonton filem ni, terutamanya untuk graduan-graduan universiti, untuk pelajar-pelajar sekolah, untuk sesiapa sajalah sebenarnya kerana ia mengajar kita bahawa dengan kebijaksanaan yang dikurniakan kepada kita kalau digunakan sebaik-baiknyanya pasti menghasilkan sesuatu yang memberi faedah kepada orang ramai. Dalam konteks Facebook ni, ia telah digunakan di seluruh dunia tanpa mengira umur, budaya dan bangsa, kedudukan geografi, bahasa semuanya memiliki akaun facebook.
Bersama co-founder Facebook yang lain, dalam
usaha membangunkan Facebook buat pertama kali.
Tapi ada juga yang sangat tak patut untuk dicontohi yang boleh kita lihat di dalam filem ni, macam jangan la asyik nak berparti aje, dah parti sana sini sure ada arak, dadah, dan polis yang akan tangkap orang yang tak boleh dikawal semasa berparti. Ingat filem ini adalah filem 18 SX, diulangi khas untuk tontonan orang dewasa di atas 18 tahun ke atas sahaja kerana mengandungi unsur unsur seks dan gaya hidup tak sihat budaya barat. Selain itu, mengkhianati orang yang rapat dengan kita pasti akan mengakibatkan sesuatu yang buruk dan mendatangkan situasi tidak selesa kepada kita sendiri. Dalam filem ni, kerana pengkhianatan Mark Zuckerberg telah disaman oleh kawan karibnya sendiri yang juga co-founder untuk Facebook bila dia mula rapat dengan pengasas Napster yang bijak tapi suka perfoya foya, Sean Parker.
Justin Timberlake sebagai pengasas Napster, Sean Parker
Filem ni juga bagaikan memberikan satu motivasi, semangat dan impian untuk lulusan sains komputer untuk menjadi kreatif seperti Marck Zuckerberg. Mencipta sesuatu yang membawa kebaikan dan akhirnya memberi pulangan lumayan kepada diri sendiri. Filem ni bagaikan sebuah Hackers (Angelina Jolie, Jonny Lee Miller) di zaman ini tapi lebih baik tanpa perlu menonjolkan animasi yang tah ape ape semasa aksi hack sesebuah rangkaian dilakukan, tanpa perlu avatar sebagai identiti seseorang hacker. Jauh lebih baik kalau nak dibandingkan The Social Network dengan filem Hackers, sure ianya lebih menghiburkan. Aku sendiri tak pernah nak cuba untuk membaca sinopsis filem ni sebelum menonton di panggung, kiranya masuk ke dewan tayangan dengan fikiran yang tenang dan kosong tanpa sebarang info tentang filem ni. Bila masuk je baru tau rupanya Justin Timberlake pun berlakon dalam filem ni.
Poster filem ini. Simple gilos!
Jenuh jugak menunggu bila Justin Timberlake ni nak keluar, rasanya lebih suku perjalanan filem ni akhirnya baru la Justin keluar sebagai founder kepada Napster (ingat lagi tak..? aku tak sempat nak guna tapi tau kewujudannya). Selain penyanyi popular tu, pelakon utama filem ini ialah Jesse Eisenberg (Zombieland), Andrew Garfield (dia bakal menjadi Peter Parker yang baru untuk Spiderman akan datang), Brenda Song (pelakon channel Disney, The Suite Life of Zack and Cody, Wendy Wu: Homecoming Warrior dll). Yang lain tu aku tak berapa kenal la. Pengarah pula ialah David Fincher yang anyak mengarahkan filem filem hits macam The Curious Case of Benjamin Button, Se7en, The Game (aku suka betul filem ni), Panic Room, Alien3 dan banyak video dokumentari artis artis hollywood.
Ketika di dalam bilik mesyuarat bersama peguam-peguam.
Ini sesi soal jawab ketika disaman oleh kawan baiknya
yang juga co-founder Facebook.
Filem ni dibuat dalam bentuk fast flashback, kadang kala membuatkan kita rasa keliru scene yang sedang ditonton tu flashback atau ketika sesi soal jawab bersama peguam yang menyaman. Dah tu sesi soal jawab dengan peguam pun ada dua, ini pun makin mengelirukan. Tapi pengarahnya bagi aku berjaya mengolah setiap scene flashback ini dengan baik.

Sinopsis

Kalau Erica ni terima Mark sebagai boifren dia, mungkin
Facebook takde sekarang ni.
Kerana kecewa cintanya ditolak oleh aweknya, Mark Zuckerberg telah membuat sebuah laman web sosial Facemash.com khusus untuk pelajar universiti Harvard mengundi wanita mana yang cantik dan buruk dalam masa satu malam sahaja. Yang paling menakjubkan dia membuatnya dalam keadaan mabuk di samping menggodam rangkaian komputer Harvard dengan mengambil gambar-gambar pelajar perempuan dan mendapat hit sebanyak 22,000 dalam masa 2 jam sahaja.
Sean Parker sedang cucuk jarum. Tapi tak dinafikan sebab dia
juga menyebabkan Facebook sampai keseluruh dunia dengan
lebih pantas.
Usaha Zuckerberg mendapat perhatian adik beradik WinkleVoss dan rakan kongsinya Divya Narendra yang ingin membina sebuah laman sosial khusus untuk para pelajar Harvard iaitu HarvardConnection.com. Tapi otak penipu tapi geliga Zuckerberg ini telah memberikan dia idea yang lebih baik dan dengan bantuan rakan karibnya, Eduardo Saverin mereka pun menghasilkan TheFacebook. Dengan setiap peristiwa yang berlaku kepadanya semuanya memberikan idea baru untuk menambah baik TheFacebook sehinggalah ianya mendapat perhatian daripada founder Napster yang terkenal, Sean Parker. Dengan bantuan Sean Parker Facebook berkembang ke universiti lain sehinggalah merebak dengan cepat ke benua lain. Ini menyebabkan adik beradik Winklevoss tidak dapat menahan sabar kerana idea mereka dicuri dan berkembang dan terus berkembang dan mereka memfailkan notis saman kepada Mark Zuckerberg. Tak cukup dengan itu, kawan baiknya sendiri, Eduardo Saverin turut memfailkan saman kepadanya. Kenapa pulak kan...? Haaa tak syok la nak cerita sampai habis kat sini. Pegi tengok di pawagam berhampiran anda. Pasti berbaloi beli tiket filem ni. Ini pun aku rasa macam nak pegi tengok lagi sekali.