Keterujaan aku untuk menonton filem ni taklah tinggi sangat. Biasa biasa aje, tak pergi tengok rugi pulak tiket tayangan perdana yang ada, lagipun filem ni diarahkan oleh pengarah yang memang terkenal dengan filem filem hebat, Oliver Stone dah tu gabungan pelakon veteran yang hebat, Michael Douglas dengan pelakon remaja yang sedang meningkat naik dengan filem robot yang memecahkan panggung tak berapa lama dulu iaitu Shia LaBeouf membuatkan aku cuba untuk menyukai filem ni. Daripada trailer dia pun sebenarnya aku tak berapa teruja jugak tapi keinginan nak cuba tengok tu tetap ada.
Pertemuan tiga generasi |
Cerita ni bagi aku cerita yang berat. Macam status facebook yang aku post sebaik aje keluar dari panggung, aku sebenarnya faham ke tak dengan cerita ni? Aku rasa jalan cerita aku agak faham rasanya cuma apa yang menyukarkan aku semasa menonton adalah terma terma yang digunakan di dunia pasaran saham, dunia perniagaan, segala yang berkaitan dengan ekonomi ni memang agak menyusahkan aku. Al maklumlah aku kan dari latarbelakang teknikel, bila watak watak dalam filem ni cerita tentang peratusan itu ini, bla bla bla aku dah jadi lost sikit.
Tapi dengan mengikuti filem ni, orang orang macam aku ni, orang orang berlatarbelakang teknikel atau yang tak mengambil kisah sangat tentang perihal ekonomi negara mahupun dunia, akan dapat belajar sikit sikit betapa golongan golongan seperti mereka mampu memporak perandakan dunia. Baru aku teringat balik semasa zaman Tun Mahathir telah menyebut nama George Soros dan ingatan Tun kenapa perlunya dunia menggunakan matawang dinar emas. Inilah sebabnya, duit kertas yang kita gunakan sekarang yang dikatakan ciptaan Yahudi ini boleh dimanipulasikan sesuka hati penyangak penyangak matawang ni untuk menghancurkan ekonomi dunia. So, mula la berjinak jinak dengan membeli emas untuk isteri anda, mana tau bila ia benar benar berlaku perkara ini at least kita bersedia. Bayangkan jika ia benar benar berlaku, semua duit di dalam bank yang kita simpan tu lesap, mana taknya ianya cuma angka di skrin computer, duit di dalam ATM habis. Macam mana kita nak beli keperluan? Sebab tu huru hara boleh timbul bila tiada apa yang boleh didagangkan lagi. Mereka yang ada emas sahaja yang untung kerana emas sentiasa bernilai. Aku dah macam ejen emas macam Pokli pulak.
Bretton James sebagai watak antagonis, tapi aku paling suka pakcik kat tepi dia tu, kenapa? pegi tengok dulu cerita ni |
Berbalik dengan filem Wall Street ni, lakonan Michael Douglas memang tidak dapat disangkal lagi sangat hebat, tapi aku rasa dia pernah berlakon lebih hebat dari ini di dalam filem dia yang lain. Aku paling suka masa dia berlakon dalam filem The Game. Si hero Transformer ni pulak, lakonan dia ni macam seolah olah lepas aje tamat kekecohan yang ditimbulkan oleh Decepticon, keadaan di bumi mula aman, dia tukar nama pastu kerja sebagai broker saham. Maksud aku lakonan Shia stereotaip. Gaya lakonan sama aje dengan filem lain yang dia berlakon. Aku lagi suka lakonan Carey Mulligen, maybe aku tak penah tengok dia berlakon sebelum ni, tapi dia menjadi watak pembantu yang bagus. Sama jugak dengan satu lagi watak pembantu yang kuat iaitu dilakonkan oleh Josh Brolin sebagai antagonis di dalam filem ni. Lain lain pelakon hebat tapi tak banyak sangat scene diorang muncul, Susan Sarandon sebagai mak Shia LaBeouf dan juga Frank Langella sebagai mentor dia.
Sebelum aku nak publish entry kali ni, aku buat sikit research rupa-rupanya filem ini adalah sekuel kepada filem sebelumnya iaitu Wall Street yang diarahkan dan ditulis oleh orang yang sama iaitu Oliver Stone sendiri dan rakan rakan dia pada tahun 1986. Malah watak Gordon Gekko (Michael Douglas) dikekalkan sebagai watak utama cuma dulu watak hero muda dilakonkan oleh Charlie Sheen sebagai Bud Fox. Yang menariknya, Charlie Sheen juga membuat cameo juga sebagai Bud Fox. Aku tak tengok lagi filem Wall Street yang pertama ni, so aku tak dapat nak membandingkan kedua-duanya. Tapi mengikut ulasan peminat filem ini, Wall Street lebih hebat. Lagi best, Michael Douglas memenangi Oscar semasa berlakon didalam Wall Street dan ramai cuba membuat andaian sama ada bolehkah dia menang lagi sekali dengan membawa watak yang sama.
Sinopsis Sket
"Ko ingat ko berlakon cerita Transformer ko dah hebat ke? aku berlakon lagi best la" |
Jakob Moore (Shia LaBeouf) seorang pekerja di Wall Street sebagai trader partner yang berbakat, tinggal dan amat mencintai aweknya Winnie Gekko (Carey Mulligen) yang merupakan anak perempuan kepada Gordon Gekko (Michael Douglas). Winnie amat membenci ayahnya kerana dikatakan penyebab kepada kematian kepada adiknya ketika Gordon berada di dalam penjara. Tetapi nak dijadikan cerita Jakob/Jake amat menyukai Gordon kerana beliau seorang lagenda di dunia Wall Street sebelum dipenjarakan. Dia cuba rapat dengan Gordon supaya boleh mendapat tiga benda yang penting sekali gus iaitu membalas dendam akan kematian mentornya, Lou Zabel (Frank Langella) yang mati membunuh diri disebabkan tekanan diberikan oleh Bretton James (Josh Brolin). Keduanya supaya dia dapat merapatkan kembali hubungan dua beranak yang keruh agar bertaut kembali . Cerita lebih pun tak guna, ada baiknya korang beli sendiri tiket dan saksikan kesudahan file mini.
Kesimpulan
Yang aku suka, barisan pelakon dia yang hebat dan lakonan mantap mereka especially Michael Douglas dengan Susan Sarandon, pastu sikit pengetahuan tentang macam mana seseorang boleh mengoncang dunia melalui ekonomi, lagi macam mana kuatnya kuasa blog, yer blog digunakan sebagai elemen penting ditonjolkan bagaimana ia boleh menjatuhkan seseorang walaupon orang itu dikatakan mempunyai kuasa didalam bidang ekonomi. So blogger kena tengok jugak filem ni. Lagi, walaupon banyak bercakap, banyak dialog dan terma terma atau ayat ayat yang mungkin sukar nak difahami, tapi punggung kita masih lagi nak melekat di kerusi sebab makin lama makin menarik untuk ketahui kesudahan dan apa akan berlaku di bahagian berikutnya. Lagi, penggunaan shot shot kamera yang menarik sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Di permulaan cerita, shot dia fokus pada bubble (buih sabun) dan diakhiri jugak dengan bubble, teringat cerita Forrest Gump yang mula dengan bulu berterbangan dan diakhiri dengan benda yang sama. Menarik!
Yang aku tak suka, tak berapa paham terma bidang ekonomi yang digunakan didalam filem ni. Ianya merencatkan kelajuan pemahaman aku tentang filem ni. Tu yang aku tak berapa puas hati, rasa kalau nak faham betul betul nampak gayanya kena tunggu novel yang diadaptasi dari filem ni keluar la gamaknya. Lakonan Shia LaBeouf yang stereotaip pon aku tak berapa minat. Lain, okeyyyy. Boleh masuk dalam senarai filem yang akan aku download kat torrent nanti. Hehehe!
0 comments:
Catat Ulasan