Assalamualaikum, salam sejahtera.
Selamat membaca peaqour.blogspot.com ditaja sepenuhnya oleh blogger.
Aku ada blog dulu. Dulu tu kira kira 8 ke 9 tahun yang lepas. Masa tu blog blog macam sekarang ni (blogger ke wordpress ke dll) ni takde wujud lagi. Masa tu lebih dikenali sebagai online jurnal. Nak update semua manual guna html. Kami ada komuniti yang kecil tak sampai lima puluh orang rasanya. Aku boleh bet masa tu group online jurnal nilah pioneer kepada blog blog yang ada sekarang ni di Malaysia. Dengan jumlah bilangan dalam komuniti yang kecik ni, kami semua menjadi rapat dan kerap berjumpa especially semuanya masa tu majoritinya berstatus bujang.
Mari kita tengok sikit perubahan design jurnal (atau sekarang blog) aku dulu. Ni design masa start 2001 aku mula berjinak jinak dengan jurnal
Selepas kahwin, aku jadi slow sikit dalam nak mengupdate jurnal, dan lama lama makin tak update dan terus hilang. Tapi aku bangga sebab kesemua yang berada dalam komuniti online jurnal dahulu masih rapat sehingga kini, walaupun tak selalu berjumpa macam dulu (setahun sekali pun susah). Tapi dengan kecanggihan teknologi web 2.0 yang wujud sekarang (facebook, twitter, bla bla bla) kami masih berhubung antara satu sama lain. Siapa mereka ? siapa yang kenal dengan nama blog aku ni, maka andalah golongan pioneer itu.
Terbaca semula blog lama rasa nak tergelak pun ada. Sekarang ni aku rasa macam bersemangat balik nak berjurnal semula (atau sekarang blog). Hopefully dengan blog baru ni aku boleh berkongsi cerita dan pendapat dan menjadi rujukan untuk diri aku pada masa akan datang apa yang aku dah buat sepanjang aku menulis blog. Kalau dulu masa zaman online jurnal aku banyak bercerita tentang aktiviti dan kehidupan aku dengan kawan kawan, kali ni insyaAllah aku akan kongsikan apa yang aku minat dan aku rasa mungkin korang jugak berminat macam filem filem yang aku tonton, makanan yang aku makan dan aku rasa sedap, maybe kedai yang menarik dan lokasi menarik untuk dilawati. Untuk mereka yang sudi membaca blog ni, aku harapkan ada sesuatu yang aku boleh sumbangkan kepada pengetahuan yang mungkin berguna dan aku sudi juga menerima sebarang pendapat dan teguran dari korang kalau ada yang sudi memberi.
Mekasseeyy! Salam perkenalan dari saya peaqour.
0 comments:
Catat Ulasan