Poster filem Magika ni memang hebat dan cantik. |
Kedua, bila sebut filem terbitan KRU, aku sure mesti ada something different yang diorang nak cuba buat untuk surprisekan peminat industri tanah air. Aku sentiasa tertunggu tunggu bila hasil karya KRU seterusnya kerana setiap kali mereka muncul pasti akan ada kejutan. Ye mungkin kerana disebabkan mereka mempunyai jumlah modal yang banyak dan berani bertaruh untuk membuat sesuatu yang baru, macam ada orang kata 'belum cuba, belum tau'. Banyak yang mereka buat yang aku rasa menyegarkan dan mengagumkan di industri seni di Malaysia, menyanyi duet dengan orang yang dah meninggal dunia, buat filem superhero yang memang benar benar superhero, artis maya dalam 3 dimensi, telah menghasilkan beratus ratus lagu sehingga kini, terbaru mereka bakal memiliki sebuah studio ala studio-studio di Hollywood di Cyberjaya, banyak lagi sebenarnya dan kebanyakkannya memang mengagumkan.
Ayu dan Bad(ang) sedang bercerekarama. |
Ketiganya, tengok ajelah barisan pelakon dan penyanyi popular, terdiri daripada mereka yang baru mahupun yang dah lama, yang belum ada kontrovesi dan yang mempunya kontrovesi yang hangat. Yang mempunyai bakat yang besar dan ada yang biasa biasa aja, semuanya diketengahkan di dalam satu tempat iaitu di Magika. Semuanya adalah dari carta atas punya artis dari pelbagai sudut, Diana Danielle (Ayu), Fimie Don (Malik), Mawi (Badang/Bad), Ziana Zain (Nenek Kebayan), M. Nasir (Penunggu Tasik Chini), Vanida Imran (Mahsuri), Zaibo (Pak Belalang), Jalalludin Hassan (ayah Ayu), Fauziah Ahmad Daud (ibu Ayu), Ruminah Sidek (nenek Ayu), Raja Azura (Mak Andeh), Aznil Hj Nawawi (Pak Pandir), Maya Karin (Puteri Bunian), Ning Baizura (Puteri Gunung Ledang), Sabri Yunus (Bendahara), Nabil Raja Lawak (orang minyak), Anggota Senario yang asal (Hang Tuah lima bersaudara), Norman Hakim (Awang dari cerita Lembing Awang Pulang ke Dayang), Sharifah Aleya (Bawang Merah), Sharifah Amani (Bawang Putih), Marsha Milan Londoh (Puteri Santubong), Haziq (Belalang), KRU sendiri (adik beradik pokok) dan macam macam lagi la. Kalau aku nak tulis semua boleh buat lagi satu perenggan.
Bila dah menonton, aku tambah lagi satu point yang aku suka, iaitu SKRIPnya. Memang kelakar dan mencuit hati, berbeza dengan skrip Cicakman ataupun Duyung atau filem KRU yang lain. Mungkin Edry memang kelakar orangnya. Lagi yang menariknya tentang filem ni, warna yang digunakan di antara dunia sebenar dan dunia magika. Dibezakan dengan dunia yang kurang warna, kelam bila menggambarkan dunia sebenar dan bila masuk ke dunia magika, penuh dengan warna warni. Sungguh colourful, penuh ceria. Di dunia magika juga ada banyak tempat tempat yang cantik, sungguh pandai produksi memilih tempat penggambaran. Antaranya babak berpuluh Puteri Bunian di air terjun, cantik lokasi air terjun tu. Babak Pak Pandir, Mak Andeh dan Ayu menyanyi di bukit bukit kecik yang hijau dan rumput terjaga rapi ala padang golf, cantik!
Bawang Merah yang jahat, tapi kamcing pulak dengan Bawang Putih |
Apa lagi yer yang aku suka, jangan lupa dengan lagu lagu yang didendangkan. Nama pun sebuah filem muzikal, memang banyak lagu di dalam filem ni. Tapi bagi aku kebanyakkanya memang sedap didengar, al maklumlah Edry yang buat filem ni, dia sendiri buat beratus lagu untuk KRU dan artis artis di Malaysia dan di luar negara. Antara lagu yang aku masih terngiang ngiang sekarang ni lagu Pak Pandir dengan Ayu, lagu Naga Penunggu Tasik Chini, lagu terbaru KRU yang tengah top di radio sekarang sewaktu babak Ayu dan Malik terjumpa adik beradik pokok ajaib yang boleh bergerak dan juga lagu utama yang dah lama berkemundang di radio sebelum Magika ditayangkan, nyanyian Mawi dan Diana Danielle. Lagu diorang nyanyi ramai ramai di Pasar Rimba pun sedap, tapi ada jugak yang tak berapa sedap tapi aku jamin yang sedap didengar lagi banyak dari yang kurang sedap. Jangan lupa saksikan Dato' Jalaludin Hassan kita menyanyi, boleh nyanyi tau dia. Hebat!
Ayu terserempak dengan Awang Lembing dan Hang Tuah and the gang yang menjadi polis di magika. |
Sinopsis Sket
Ayu dan Malik baru kehilangan ibu mereka, Malik orang yang paling rapat dengan ibunya rasa bersalah pada diri kerana menganggap ibunya mati kerana dia. Dia mula bersikap memberontak kepada ahli keluarga yang lain. Malik kemudiannya terjatuh ke dalam perigi ketika cuba bersembunyi manakala Ayu juga ikut terjatuh ketika cuba untuk menyelamatkan Malik.
Malik berjumpa ibunya di dunia Magika. |
Tak berapa best baca sinopsis aku ni? Rasa macam skema sangat? Haa nak lagi best kena la tonton Magika di pawagam berdekatan anda. Sokonglah industri filem tempatan. InsyaAllah anda puas hati dengan hasil kerja Edry Abdul Halim ni.
Kesimpulan
Nabil memang lawak jadi orang minyak. |
Kredit: http://www.krustudios.com/magika untuk gambar gambar yang digunakan. Terima kasih.
2 comments:
magika memang best. Lain dari yang lain. Tapi nasib baik Edry pilih pelakon2 yang best. Kalau dia pilih pelakon2 baru atau suam-suam kuku tu, akan jadi tak best la citer tu
Ye betul, pemilihan pelakon memang bertepatan dengan watak yang diberikan. Berapa juta la agaknya nak bayar semua star star tu... hohoh
Catat Ulasan