Mula mula sila tengok video ni dulu. Kredit video ini untuk Youtube Radio ERA.
Entry ni aku terfikir masa aku mendengar radio ERA petang tadi (haritu, sorry entry ni tertunda sampai seminggu). Pagi dah dengar dah masa segmen Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray dan Haniff. Tapi tak sempat pulak nak dengar lagu Ali Baba dan 40 Penyamun yang Musli Ramlee nyanyi tu. Petang bila ERA putarkan semula rakaman lagu tu, pergh! Rasa macam allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih wujud di zaman kita ni.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kita semua membesar dengar filem-filem beliau, mendengar lagu-lagu karya dan ciptaan beliau, maybe ada juga yang pernah dengar cerita pengalaman mak ayah kita yang pernah terserempak dengan P. Ramlee ketika masih ada hayatnya. Bila dengar Musli Ramlee menyanyi di radio ERA, betul betul menusuk kalbu. Terbayang macam mana agaknya seorang lagenda, seorang ikon di Asia Tenggara, seorang yang genius muzik jika masih hidup lagi sehingga kini. Bila dengar Musli menyanyikan lagu Meet Uncle Hussin dengan lenggok P. Ramlee, macam terasa P.Ramlee betul-betul hidup sehingga kini. Bagi aku, itulah bakat yang ada pada Musli yang mungkin Allah nak kita semua yang hidup di zaman moden ini mendengar sendiri akan suara lunak ala P. Ramlee. Walaupun mungkin ramai kata, Musli tak original, takde identiti sendiri, nak popular dengan meniru gaya seorang lagenda. Tapi pada aku, berapa ramai yang boleh menyanyi dan berlakon 90% sebijik macam allahyarham. Itulah bakat dan kurniaan Allah untuk Musli.
Dengan adanya seorang seperti Musli Ramlee, dan dengan inisiatif murni radio ERA mengadakan bulan khas mengingati Tan Sri P. Ramlee, aku ada cadangan buat KRU yang terdiri daripada adik beradik kreatif. Apa kata arahkan sebuah filem remake Ali Baba Bujang Lapok, dengan menggunakan teknik CGI yang canggih manggih pasti pintu gua bukit kurma akan terbuka dengan lebih real. Kemudian dengan muzik arrangment yang lebih segar tanpa merosakkan lagu asal di dalam filem tersebut, dan dinyanyikan pula oleh Musli yang akan berlakon sebagai kepala penyamun. Digabungkan pula dengan pelakon-pelakon atau pelawak-pelawak yang popular diketika ini contohnya Nabil Raja Lawak sebagai abang kepada Ali Baba yang kudukut tu, atau Datuk Siti Nurhaliza menjadi Marjina, Saiful Apek sebagai apek tukan kasut dll. Aku rasa mesti boleh box office jugak macam filem-filem KRU yang lain.
Apa apa pun tahniah buat ASTRO dan radio ERA atas usaha bagi memperingati jasa allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Aku tak terfikir akan ada artis lain yang boleh diberikan penghormatan satu bulan diingati di sebuah stesen tv dan radio satelit selain daripada beliau setakat hari ini. Tiada sehingga kini yang dapat menandingi bakat kurniaan ilahi seperti yang dikurniakan kepada beliau. Bukan je boleh menyanyi dan berlakon, tetapi mengarah filem hits dan menggubah lagu yang evergreen. Aku doakan agar beliau terus dikenali sehingga ke zaman cucu cicit kita nanti. Aku jugak kagum dengan pemberian tuhan ke atas bakat Musli Ramlee. Semoga beliau akan sentiasa mendapat rezeki dengan menggunakan bakat yang ada padanya.
2 comments:
Eh hidup lagi blog ko nie? Huhu bagus2. Boleh re-join Geng Jurnal lah.. Errr Geng Jurnal tuh ada lagi ke??
*teruskan menulis & review movie (utk org2 yg dh lama tak tgk wayang cam aku)..
Aku minat filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..Tapi after tgk dokumentari die..aku sedih gler bile time die ssh 2..org sume xpedulikan jasa2 die sblm ni..Ape2 pn Tan Sri P. Ramlee is always Malay Film Hero.. Tiada pengganti
Catat Ulasan