Selasa, 21 September 2010

Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole

Posted by peaqour On 3:16 PTG 0 comments

Sejak aku tengok trailer dia beberapa bulan sebelum filem ni keluar, aku dah skeptikal dengan filem ni. Cerita burung hantu? Ada ke orang nak tengok burung hantu kat pawagam? Letak burung hantu dekat dalam zoo negara pun belum tentu orang nak datang tengok berbanding buaya atau gajah. Tapi aku gagahkan jugak disebabkan ianya filem animasi so boleh bawak anak aku tengok sekali dan ia juga tayangan perdana di panggung stereoscopic 3D (S3D), ala yang kena pakai sun glass bergaya tu ler.

Permulaan ekspidisi mencari pokok Ga'Hoole perlu merentasi
lautan ini
Bila filem dah start, ianya taklah sebosan yang disangka. Actually untuk 20 minit pertama, filem ni berjaya membuat aku menumpukan perhatian untuk mengikuti bahagian seterusnya. Di pertengahan cerita ia agak membosankan bila burung hantu ni banyak bersembang. Masa ni anak aku dah mula buat skrip sendiri untuk menghilangkan kebosanan. Tapi tak lama sangat babak bersembang ni, lepas tu pertempuran burung hantu akan bermula, masa ni anak aku dah start excited balik.

Yang agak kelakar sikit bila semua burung hantu ni nak pergi berperang, masing masing ada pakai helmet dengan kuku besi ada jugak yang bawak pedang. Dahsyat kalau betul betul burung hantu kat dunia ni boleh menempa besi buat senjata ngan perisai, habis calar balar badan manusia. Tapi aku rasa demi mengikut sebijik dalam buku dia dan untuk menambah kegagahan dan kepahlawanan burung hantu ni, tu yang diorang ada helmet dengan perisai bagai tu.

Sinopsis Sket
Cerita dia agak klise, tentang burung hantu biasa, Soren (suara Jim Sturgess, ingat hero filem 21?) yang kuat berangan nak jadi pahlawan tetapi amat penyayang kepada adik jantannya Kludd (Ryan Kwanten) dan adik betinanya Eglantine (Adrienne DeFaria). Ayahnya selalu bercerita tentang cerita dongeng mengenai kehebatan seekor pahlawan burung hantu Lyze of Kiel (Geoffrey Rush) dalam peperangan lagenda dengan Metalbeak (Joel Edgerton). Maka Lyze of Kiel menjadi pujaan Soren dan menyangka cerita ayahnya hanya dongengan sahaja. Pada masa yang sama, Soren dan Kludd baru nak belajar terbang tapi disebabkan mereka ni remaja burung hantu yang degil, mak bapak suruh duduk rumah masa orang tua mencari rezeki, nak jugak keluar nak berlatih terbang konon.

Aksi wira Soren si hero cerita ini, sungguh wira sekali aksinya
Nak dijadikan cerita, kedua dua ekornya jatuh dari sarang dan ditangkap oleh askar-askar Metalbeak yang sedang mencari burung burung hantu berbakat untuk dijadikan lebih ramai askar untuk menentang kumpulan Guardian. Kludd mempunya sifat mazmumah yang nyata berbanding abangnya yang lebih baik hati, memilih untuk tinggal dengan Metalbeak dan memihak kepada dark side. Dengan pertolongan Grimble (Hugo Weaving, masih ingat Mr. Smith dalam Matrix atau V for Vandetta), Soren dapat melarikan diri dengan awek burung hantu yang baru dikenali, Gylfie (Emily Barclay) untuk meminta pertolongan kepada the legendary Guardian untuk menentang askar-askar Metalbeak.

Geng geng the Guardian bersedia untuk PERAAAANGG!!
Di pertengahan jalan, mereka terjumpa dengan burung burung hantu yang baik hati iaitu Twilight, Digger dan seekor ular bekas pengasuh mereka, Mrs P yang kemudiannya membantu Soren untuk mencari the great Ga'Hoole tree, sarang kepada the Guardian si pahlawan burung hantu yang baik.

Nak cerita sampai habis dah jadi tak best pulak. jadi, ada baiknya bawak anak anak atau adik adik korang tengok di pawagam berhampiran untuk mengetahui kesudahan cerita ni.

Kesimpulan
Dengan arahan pengarah yang berwibawa, Zack Snyder (pengarah kepada 300, Watchmen), cerita burung hantu ini berjaya diolah dengan jayanya dan menolak segala skeptikal penonton tentang kebosanan burung hantu. Filem di adalah dicedok dari buku kanak kanak yang laris di Amerika, tapi rasanya di Malaysia tak popular sebab aku pun rasa tak penah nampak dijual walau di kedai buku Popular.

Kem tentera dark side Metalbeak
Peminjam suara yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat dengan suara suara mereka yang macho dan lunak seperti Hugo Weaving, Geoffrey Rush, Hellen Mirren dan Jim Sturgess. Bukan sahaja kanak kanak, orang dewasa pun boleh layan filem ini tapi dinasihatkan untuk kepuasan maksimum, sila tonton versi S3D.



Lain lain, soundtrack dia biasa biasa saja, takde lagu yang boleh mengingatkan aku akan filem ni, tak macam filem Lion King dengan lagu Hakuna Matata. Kesan khas S3D dia memang menarik, sebab tu aku galakkan korang bayar mahal sikit daripada tengok versi 2D. Secara keseluruhannya, bawaklah anak anak anda menonton filem ni.



p/s: Trailer-trailer filem akan datang dalam S3D memang best, looking forward to watch the next Narnia chronicles in 3D. Gempak habis.

0 comments:

Catat Ulasan