Fuyoo! Rupa-rupanya presiden pertama Amerika adalah seorang pemburu pontianak. Pergghhh... gila tahap gaban dah ni kot ye pon nak mempropagandakan yang negara diorang tu semua terer. Tu yang malas nak layan sangat propaganda propaganda Amerika ni, tapi tengok la jugak filem ni atas dasar suka tengok wayang dan dengan harapan terhibur dengan jalan ceritanya. Terhibur ke tak? Teruskan bacaan anda.
Awal awal lagi aku nak bagitau filem ni dikelaskan sebagai 18SX. Di pawagam masih ada adegan yang tidak boleh dipertontonkan kepada kanak kanak contohnya separa bogel, darah memercik mercik, keganasan melampau dan sebagainya. Tak tau la kalau versi uncut punya maybe ada babak yang lebih 18SX.
Pengarah Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni ialah Timur Bekmambetov seorang pengarah berasal dari Russia. Antara filem-filem beliau sebelum ni yang terkenal ialah Wanted, Night Watch, Day Watch, The Darkest Hour. Filem Wanted kalau korang ingat lakonan Angelina Jolie dengan encik faun James McAvoy. Filem Night Watch dengan Day Watch adalah filem francais pontianak versi Russia dan filem The Darkest Hour tak menampilkan pelakon terkenal tapi turut memilih Russia sebagai lokasi di dalam filem. Timur ni punya style yang aku nampak dia suka ketengah visual effect yang canggih dan cantik. Memang nampak macam sangat best bila kita menonton trailer filem filem dia. Tapi itulah masalah dia, penceritaan dan jalan cerita dia ada macam sikit kurang. Boleh membuatkan kita menguap dua tiga kali tapi tak sampai tertidur sebab terlayan dengan visual effect yang diketengahkan dan jugak aksi stunt yang segar.
Sama juga untuk filemnya Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni, masa menonton trailer beberapa bulan yang lepas, ia berjaya membuat kita teruja untuk menonton filem ni. Tapi sayangnya selepas habis menonton, kita keluar dari panggung ianya tidak memberikan impak yang besar. Cuma sekadar filem biasa. Tapi terhibur jugak la sikit dengan visual effect dan aksi yang disajikan. Ditambah lagi dengan tajuk filemnya yang membuatkan ramai orang tertarik. Presiden Amerika seorang pemburu pontianak? Hmm.. memang mampu menarik penonton yang ingin tahu jalan ceritanya bila membaca tajuknya.
Pelakon filem ini jugak bukan pelakon yang biasa kita kenali. Menggunakan Benjamin Walker sebagai watak utama Abraham Lincoln. Membaca Benjamin Walker punya kerjaya dalam perfileman, tiada satu pun filem yang pernah aku tengok. Mungkin Timur ada masalah bajet kot maka membataskannya untuk memilih pelakon-pelakon gred A Hollywood. Pelakon yang mungkin korang pernah tengok ialah Dominic Cooper yang membawa watak bapak kepada Iron Man; Howard Stark dalam filem Captain America. Dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni, Dominic Cooper membawa watak pontianak yang bertanggungjawab menjadikan Abraham Lincoln sebagai pembunuh pontianak merangkap cikgu yang mengajar skill membunuh pontianak kepada Abraham. Aik..? pontianak ajar Abraham membunuh pontianak? pelik? tak pelik aku rasa ianya agak klise kerana sebab sebab seperti ini pernah ada dalam filem filem macam ni sebelum sebelum ni. Kenapa? Korang tengok sendiri nanti di pawagam.
Sikit sinopsis filem ini, tentang Abraham Lincoln yang semasa kecilnya kononya ibunya telah dibunuh oleh pontianak. Maka di dalam hati dia terbuku perasaan untuk membalas dendam untuk membunuh pontianak itu sehinggalah dia dewasa. Satu hari dia merasakan dia mempunya peluang untuk membalas dendam tapi dia hampir hampir dibunuh oleh pembunuh ibunya tetapi sempat diselamatkan oleh seorang pemburu pontianak iaitu Henry Sturgess. Seterusnya Abraham belajar bagaimana untuk memburu dan membunuh pontianak daripada Henry dan seterusnya dihantar ke tempat tempat yang ditugaskan kepadanya untuk membasmi pontianak yang berkeliaran di serata Amerika. Kononnya pontianak-pontianak yang ada di serata Amerika yang diketuai oleh Adam lakonan Rufus Sewell yang bercita-cita untuk menakluk Amerika dan menjadi pemimpin supaya bangsa pontianak akan diterima oleh manusia biasa. Dari situ tercetusnya naluri pemimpin di dalam diri Abraham dan daripada membunuh pontianak, dia beralih kepada dunia politik untuk memastikan Amerika tidak jatuh ke tangan pontianak pontianak ni.
Dapat ke tidak dia membunuh Adam? Apa pulak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Abraham? pastikan anda ke pawagam berdekatan untuk menonton sendiri kesudahan filem ini.
2 comments:
Sebenarnyer bukan propaganda. Its fact tapi in different perspective. Tu yg jadi "Vampire Hunter" tu.
Betul jugak, tapi still la diorang nak bagitau dunia presiden diorang la yang terhebat kononnya... ahaks
Catat Ulasan