Menonton filem animasi Madagascar installment yang ke tiga ini pada aku merupakan yang paling menghiburkan, lebih menyeronokkan, paling kelakar dan lebih banyak yang tersirat jika nak dibandingkan dengan filem-filem Madagascar yang sebelumnya.
Tema kali ini masih kekal dengan 'kebebasan'. Kalau filem yang pertama mereka; Alex (Ben Stiller), Marty (Chris Rock), Melman (David Schwimmer) dan Gloria (Jada Pinket Smith) nak mebebaskan diri mereka daripada hidup terkurung di dalam zoo di New York dan mencari kebebasan dan hidup seperti haiwan normal di habitat mereka yang asal iaitu di Afrika (atau Madagascar). Filem yang kedua pula mereka merasakan tindakan mereka melarikan diri itu silap, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan habitat Afrika yang mana mereka perlu mencari makanan dan perlindungan sendiri berbeza dengan hidup di zoo yang dijaga rapi, maka mereka nak mencari kebebasan dengan lari dari Afrika dan nak kembali semula ke zoo di New York. Kali ni filem ke tiga pula mereka masih mahu meneruskan misi mereka untuk membebaskan diri mereka untuk menuju ke New York cuma dengan cara yang berbeza dengan filem kedua.
Setiap kali installment yang baru mesti ada watak baru. Kali ini mereka semua berjumpa dengan watak baru lagi yang terpaksa mereka tumpang selepas kapal terbang ciptaan penguin terhempas lagi. Kali ini ada tambahan watak haiwan yang baru iaitu Gia si harimau bintang, Vitaly si harimau belang, Stefano si singa laut, Sonya si beruang dan beberapa lagi haiwan yang merupakan haiwan sarkas yang patah semangat untuk menjadi haiwan sarkas lagi. Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk ke London untuk mempersembahkan aksi sarkas mereka dengan harapan mereka akan dapat menarik minat promoter daripada US dan seterusnya membawa mereka ke New York dan mereka juga sebenarnya mahu membuktikan bahawa mereka masih kumpulan sarkas yang pernah hebat pada suatu masa yang dahulu terutamanya superstar sarkas tersebut iaitu Vitaly yang berkebolehan melompat gelung dari yang besar hinggalah ke sekecil-kecilnya.
Kali ni juga ada watak baru yang berjaya membuatkan orang meluat tengok iaitu watak polis yang pakar dalam menangani masalah kekacauan yang ditimbulkan oleh haiwan iaitu kapten Chantel DuBois. Dengan muka yang bengis ala cikgu disiplin, memang dia ni menjengkelkan betul tapi pada masa yang sama kita respek kat dia kerana dia memang pakar. Antara banyak-banyak watak yang ada, aku paling suka dengan watak Penguin yang cerdik dan kiut miut... hehe. Haiwan-haiwan yang lain bergantung sepenuhnya dengan kumpulan Penguin ini untuk mereka melarikan diri atau untuk membuat apa apa misi. Watak kedua yang menarik tetap King Julien (Sacha Baron Cohen) yang menghangatkan suasana dengan aksi raja bodoh bodoh alang lagi kelakar dengan pembantunya yang kiut.
Tentunya filem animasi pasti pengarahnya nak buat happy ending, takkan nak bust sad ending pulak kan untuk target audience yang rata-rata dikalangan kanak kanak. Secara keseluruhannya, filem Madagascar 3 inilah yang terbaik berbanding dengan filem filem Madagascar sebelum sebelumnya dan memang tidak rugi untuk ditonton oleh seisi keluarga.
0 comments:
Catat Ulasan