Rabu, 27 Jun 2012

iTunes Store® kini di Malaysia

Posted by peaqour On 12:27 PTG 6 comments

Tengok kat sebelah kanan tu, Top Chart Ziana Zain listed kat situ brader... 

Betul... iTunes Store® kini dah ada untuk Malaysia. Berita gembira kepada semua fanboy produk Apple di Malaysia tak kira la apa device Apple yang anda gunakan; iPhone, iPad, iMac, Macbook etc etc, kini anda tak perlu lagi nak create Apple ID US untuk dapatkan content content seperti sewa beli HD Movie dari iTunes, beli lagu lagu secara sah, menggunakan perkhidmatan iTunes Match untuk sync lagu-lagu anda di dalam iCloud, download apps yang tak terdapat dalam Appstore Malaysia contohnya macam Kindle etc.

Baca lebih lanjut di website Apple sendiri di http://www.apple.com/pr/library/2012/06/26Apple-Launches-iTunes-Store-in-Hong-Kong-Singapore-Taiwan-Nine-Additional-Countries-in-Asia-Today.html.

Tengok, album Ziana Zain dalam iTunes Store brader... jom beli yang ori
Jika di Hong Kong, Andy Lau, Jay Chou dan penyanyi terkenal negara itu sudah mula mempromosikan lagu mereka di iTunes Store®, sekarang tengok tuh Ziana Zain dah ada dalam Top Ten songs dan semua artis tempatan berpeluang menjual lagu-lagu mereka terus dari iTunes Store® juga. Maka ini mungkin akan dapat mengurangkan lagi masalah cetak rompak di Malaysia. Sekarang ini masyarakat semakin mahukan sesuatu yang berkualiti dan akan kesedaran menggunakan sesuatu yang original. Mungkin ramai jugak yang dah sedar menggunakan barang cetak rompak terutama hasil usaha orang Islam boleh jatuh kepada haram.

Apa benda yang bertambah? Ini antaranya kepelbagaian kandungan, dulu cuma ada Home, App Store, Books dengan iTunesU ajer tapi sekarang dah tambah Music dan Movies. Music kita boleh beli satu album atau satu lagu sahaja dari album itu secara online, terus tolak dari akaun Apple kita yang link dengan kad kredit yang kita daftarkan. Lagu yang di download adalah berformat DRM-free (Digital Rights Management) yang bermakna cuma untuk didengar di device produk Apple sahaja di dalam format berkualiti tinggi 256 kbps kualiti AAC. Sama juga dengan Movies sama ada kita boleh beli atau kita boleh sewa. Beza beli dan sewa, kalau sewa movie yang dah disewa cuma berada di dalam iTunes download dalam tempoh tertentu manakala kalau beli ianya ada selama-lamanya. Selain tu, iTunes Match juga antara servis baru yang ditawarkan. iTunes Match ni ialah antara feature dalam iCloud yang mana kita boleh masukkan lagu lagu yang kita ada selain yang di download dalam iTunes ke dalam iCloud dan kita boleh mainkan lagu di mana mana device Apple yang lain di mana mana sahaja.

Cuma yang takde lagi TV Series. Kita tunggu aje la lagi mungkin akan bertambah lagi pada masa akan datang.

6 comments:

payment hanya kad kredit jer ker?
klu kad debit boleh x? mcm kad debit maybank....

loi: menurut sumber dari forum Apple, ye kita boleh guna debit kad untuk transaksi di iTunes... https://discussions.apple.com/thread/3963055?start=0&tstart=0

Owh..ok...lagi satu nak tnyer...contoh klu kita guna kad kredit org lain, boleh ke kita access itunes tu, coz loi dh cuba tpi dia kuar alert payment method declined.

Boleh selagi ianya adalah kad kredit yang sah, tak tamat tempoh lagi.Saya ada member yang baru kerja, takde kad kredit lagi tapi dah pakai iPhone, dia guna kad kredit mak dia. Haha... suka hati dia je beli macam macam apps tapi tak la mahal mahal pun... lagi satu trick loi boleh guna kad kredit dummy...

Owh..ok loi pun dh beli beberapa music itunes ni...cuma ada certain lagu x available kat Malaysia ni lagi...so loi nk tnye boleh ke kita wat dua akaun? cnth loi dh ada akaun kat M'sia, klu nk wat akaun yg kedua tuk itunes US Store boleh ker?

Nak buat dua akaun memang boleh, tapi rasanya masalahnya ialah kalau nak membeli menggunakan akaun US tu. Sebab pembayaran adalah melalui kad kredit sah di negara berkenaan. Biasanya orang buat akaun US kalau dia nak download apps yang tak ada dalam Malaysia market. Lagu apa loi nak beli tu eh..?

Catat Ulasan