Khamis, 28 Jun 2012

Nexus 7: Tablet pertama keluaran Google

Posted by peaqour On 12:11 PTG 1 comments


Ini barang baik yeah... ini barang baik yeah... bukan karoot... bukan komedia... tapi Google hari ini (28 Jun 2012) mengumumkan produk terbaru mereka di bawah brand Nexus selepas smartphone mereka, kini tablet yang dipanggil Nexus 7.

Tablet terbaru ini akan dilengkapi dengan sistem operasi android versi terbaru yang mana turut diperkenal pada majlis yang sama iaitu Android 4.1 dengan nama kodnya "Jelly Bean" dan dipasang oleh syarikat Taiwan iaitu Asus. Tablet Nexus 7 akan dijual dengan harga antara yang termurah di pasaran iaitu cuma $199 (dollar US) kira-kiranya bersamaan dengan RM 635 sahaja. Tapi biasalah kalau dah sampai Malaysia sure harga akan naik apa lagi kalau ianya barang baru launch, barang yang tengah hot. Google sudah membuka pra-tempahan untuk sesiapa yang berminat untuk memiliki tablet ini dan penghantaran dikatakan akan dimulakan dua minggu lagi. Tapi malangnya pra-tempahan tidak termasuk di Malaysia lagi kerana tempahan dibuat di laman Google Play yang belum support di negara kita.
Ini dia tablet terbaru di pasaran keluaran Google sendiri
Spesifikasi tablet Nexus 7 ini, check it out:


Skrin
+ 7” 1280x800 paparan HD (216 ppi)
+ paparan Back-lit IPS
+ Corning glass tahan calar
 + Kamera depan 1.2MP

Berat
+ 340 gm

Memori
+ 8 atau 16 GB + 1 GB RAM


Bateri
+ 4,325 mAh (Boleh bertahan hingga 8 jam dengan penggunaan aktif)

Prosesor
+ Quad-core Tegra 3

Saiz
+ 198.5 x 120 x 10.45mm

Wireless
+ WiFi 802.11 b/g/n + Bluetooth

USB
+ Micro USB

Sistem Operasi
+ Android 4.1 (Jelly Bean)

Lain-lain
+ Mikrifon
+ NFC (Android Beam)
+ Accelerometer
+ GPS
+ Magnetometer
+ Gyroscope 
Sistem operasi android terbaru; the "Jelly Bean"
Spesifikasi yang hebat untuk tablet yang harga semurah tablet Amazon; Kindle. Tetapi ciri-cirinya lebih hebat macam skrin yang lebih cantik, NFC iaitu Near Field Communication iaitu cuma sentuh device untuk membuat pembayaran (macam kad Touch 'n GO), sistem operasi paling canggih yang dilengkapi dengan bantuan suara ala Siri keluaran Apple yang ada pada iPhone 4S, processor yang laju dengan jaminan daripada Google yang telah menjalankan Projek Butter untuk memastikan tiada lagging atau tersekat-sekat semasa bermain game atau menonton filem dan macam-macam lagi.

Adakah sasaran Google untuk berlawan dengan iPad kepunyaan Apple? kalau nak dilihat di sini spesifikasi tablet Google ini lebih memberi ancaman kepada tablet Amazon iaitu Kindle disebabkan harganya yang sama tapi pembeli mendapat lebih lagi dengan tablet Google ini. Apple pula dijangka akan mula memasuki pasaran tablet saiz 7" mungkin mereka sasarkan untuk memecah dominasi Amazon Kindle yang mendapat sambutan hangat pada awal tahun ini. Tapi kini mereka terpaksa bersaing dengan Google Nexus 7 yang lebih hebat.
Nexus Q membuatkan terbantut hasrat nak beli Apple TV
Serentak dengan pengumuman itu juga, Google telah memperkenalkan apa yang mereka panggil sebagai "Social Streaming Media Player" iaitu Nexus Q. Ada lagi, mereka turut memperkenalkan sistem operasi smartphone versi terbaru iaitu Android 4.1 yang lebih dikenali dengan kod "Jelly Bean" dan satu lagi projek terbaru mereka yang masih di dalam R&D iaitu Projek Glass.

Nexus Q lebih kurang macam Apple TV yang membantu device seperi iPad, iPhone atau iPod untuk berhubung dengan TV secara wireless. Tapi nampaknya Nexus Q nampak lebih elegan lagi dengan spesifikasinya yang lebih menarik daripada Apple TV.
Sergei Brinn, co-founder Google menggunakan Google Glass, projek terbaru mereka
Kiranya kombinasi antara Nexus 7 dan Nexus Q cukup untuk menjadi set hiburan anda di rumah. Apalagi, selalu la semak dalam Mudah atau cari sendiri di Low Yat atau Digital Mall mana tau kot kot dah ada orang import, tapi for sure mesti mahal la diorang jual.

Nak order? Boleh la try try masuk kat sini http://www.google.com/nexus/#/7/specs

p/s: Rasa macam nak sambar satu la... memang menggiurkan.

1 comments:

boleh sambar 1 ni, google nexus 7 dilancarkan di Malaysia 21 September ini

Catat Ulasan