The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Jumaat, 19 November 2010

Posted by peaqour On 12:10 PG 4 comments

Harry Potter Wiki: Apa itu Horcrux?

Sekarang ni bermula minggu ni akan mulalah demam Harry Potter dengan filem terbarunya baru je direleasekan di panggung panggung di Malaysia. Dah tengok belum? Kena la pegi tengok kalau belum sebab kali ni dia dibuat lebih dewasa berbanding dengan filem filem sebelum ni.

Tapi untuk entry ini, aku nak share sikit pasal Horcrux. Horcrux ialah benda benda yang Harry Potter dan kawan kawan dia kena musnahkan atas arahan Dumbledore sekiranya mereka semua di dunia sihir nak hidup aman damai tanpa gangguan penjahat penjahat yang diketuai oleh Lord Voldermort.

Apa menatangnya Horcrux tu? best ke kalau ada Horcrux? Okay serba sedikit kat sini aku cuba kongikan dengan korang semua. Horcrux adalah objek objek yang dijadikan untuk menyimpan jiwa seseorang ahli sihir jahat dengan tujuan untuk mencapai kehidupan kekal abadi (tak mati la senang citer). Membuat Horcrux diklasifikasikan di dunia ahli sihir sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, sangat jahat, melanggar undang undang secara moral dan melawan keseimbangan alam semulajadi serta memerlukan satu pembunuhan dalam mencipta sesuatu Horcrux

Menurut sejarah (ini sejarah dalam buku Harry Potter tau, jangan ingat dalam sejarah manusia pulak), Horcrux yang pertama telah dicipta oleh Herpo the Foul seorang ahli sihir jahat berketurunan Greek dan yang pertama menetaskan seekor basilisk (ular gergasi yang maha ganas). Tapi, cuma Lord Voldemort sahaja yang mampu mencipta Horcrux lebih daripada satu (ada 7 sebenarnya).

Senarai Horcrux Lord Voldemort

Horcrux GambarTempat DisembunyikanMangsa
Dibunuh 
Dimusnahkan oleh Cara
Dimusnahkan 
Tempat
Dimusnahkan
Diari Tom Riddle Di dalam simpanan Lucius Malfoy, diberikan kepada Ginny Weasley (tanpa pengetahuan), tapi dijumpai oleh Harry Potter Moaning Myrtle Harry Potter Ditikam dengan taring BasiliskChamber of Secrets
Cincin Marvolo Gaunt Gaunt Shack (rumah keluarga Gaunt) Tom Riddle Sr. Albus Dumbledore Dimusnahkan dengan pedang Godric Gryffindor Bilik Dumbledore
Loket Salazar Slytherin Gua Horcrux, kemudian dipindahkan ke No. 12 Grimmauld Place (rumah Sirius Black), kemudian dicuri oleh Mundungus Fletcher yang kemudian memberikannya sebagai rasuah  kepada Dolores Umbridge Pengemis Muggle Ron Weasley Dihempuk menggunakan pedang Godric Gryffindor Hutan Dean
Cawan Helga Hufflepuff Bilik rahsia keluarga Lestrange di Bank Sihir Gringotts Hepzibah Smith Hermione Granger Ditikam dengan taring Basilisk Chamber of Secrets
Tiara Rowena Ravenclaw Di dalam Bilik Keperluan di Hogwarts Castle Pekerja buruh dari Albania Vincent Crabbe Secara tidak sengaja dengan sihir hitam kuasa api Fiendfyre yang turut mengorban Crabbe orang yang melafazkan sihir itu Bilik Keperluan
Harry Potter[7] Sebahagian daripada roh Harry tanpa dia sedari Jiwa Voldemort yang tidak stabil ketika itu ketika sedang membunuh keluarga Harry menggunakan sihir hitam terlarang Lord Voldemort (diluar jangkaan beliau) Sihir Membunuh tanpa mendatangkan kecederaan kepada Harry, hanya meninggalkan kesan lebam besar di dadanya Hutan Larangan
Nagini Sentiasa disisi Lord Voldemort selepas cawan Helga Hufflepuff dicuriBertha Jorkins[8] Neville Longbottom Dipancung menggunakan pedang Godric Gryffindor Pintu dewan besar Hogwarts


Kredit untuk http://harrypotter.wikia.com/wiki/Horcrux untuk informasi di atas. Terima kasih banyak.

Khamis, 18 November 2010

Posted by peaqour On 5:13 PTG 5 comments

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Filem ni merupakan salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ni oleh kaki wayang terutamanya peminat setia buku Harry Potter. Kali ni aku tak berkesempatan nak tengok tayangan perdananya yang pertama kali ditayangkan di Wangsa Walk, clash dengan giliran aku balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha. Family come first! So tiket tayangan perdana wife aku bagi pada adik adik dia. Feedback daripada diorang? Diorang kata 'awesome!'. Tak buleh jadi, ini membuatkan aku makin nak tengok filem ni. Betul ke best sangat. Balik dari kampung terus aku dapatkan satu tiket.
Poster filem Harry Potter kali ini.

Daripada trailer yang disajikan kepada kita baik di pawagam ataupun di youtube, kita akan menjangkakan ada banyak scene battle antara good and evil, antara geng the Order of the Phoenix dengan team Harry Potter menentang team Lord Voldemort dengan geng Death Eatersnya. Kalau dalam bukunya, bab bab awal je dah ada yang mati dan tercedera, tak macam buku buku sebelumnya yang banyak membuang masa kita dengan kisah Harry dan keluarga Dursley. Dalam buku, ada banyak scene kejar mengejar, antara Harry Potter dan kawan kawan yang di dalam pelarian dengan Death Eaters dan Snatchers (freelancer kepada Death Eaters untuk menangkap sesiapa yang half blood). Dalam buku juga ada banyak adegan asmaradana antara watak watak utamanya, Hermione dengan Ron, Harry dengan Ginny. Kalau membaca buku Harry Potter setiap bab akan membuatkan kita melekat dan nak teruskan bab yang seterusnya sebab sarat dengan aksi, dialog lucu, plot plot yang menarik, perkembangan watak tertentu yang membawa lebih keseronokan dan memeranjatkan kita dan macam macam lagi.

Aku cuba membayangkan filem kali ni sama seperti apa yang diceritakan di dalam buku, bakal bermula dengan serang menyerang dengan hujahan sihir, pendek kata tidak ada babak yang dikurang untuk disajikan kepada peminat filem ini. Tapi filem tetap sebuah filem, seberapa lama pun filem ini cuba diputarkan untuk menceritakan keseluruhan bukunya, tetap tak boleh untuk memberikan setiap adegan dan details seperti yang kita baca. Takpelah mari kita semua maafkan dan memahami kesukaran itu, kita layan je dan hayati apa yang David Yates boleh olah daripada buku terakhir Harry Potter ini.

Rumah keluarga Weasley kali ini lebih kecil berbanding
dalam filem sebelum ni.
Untuk bahagian pertama ini filem terakhir Harry Potter ini, rupa rupanya David Yates (pengarahnya) mahu memberikan lebih banyak info-info untuk penonton boleh kutip sebagai bekalan dalam menonton bahagian kedua filem ni nanti. Ramai mungkin akan mengeluh terutamanya kepada mereka yang bukan peminat buku Harry Potter, mereka sure akan mengatakan filem kali ni boring, banyak bercakap, kurangnya action walaupun ada. Pengarahnya mungkin sengaja memberikan trailer yang semuanya aksi untuk menarik penonton datang menonton di pawagam, tapi bila dah datang ke pawagam sebaliknya lebih banyak scene scene bersembang. Tapi jangan lupa, walaupun banyak scene mereka bercakap tapi kesemuanya adalah apa yang penonton perlu tahu dalam menjadikan misi Harry Potter berjaya untuk mengalahkan Lord Voldemort yang semakin susah untuk ditewaskan. Nasihat untuk penonton yang tak membaca buku Harry Potter, hayati apa yang mereka ucapkan dalam dialog dialog mereka, kalau tak faham dapatkan kawan anda yang faham supaya nanti pada bahagian kedua anda tahu apa sebenarnya yang Harry Potter dan rakan rakannya nak cari dan untuk apa mereka cari.

Sesuatu yang ketara dan sikit membuatkan rasa ada kureng tentang filem Harry Potter ni, konsistensi set lakonan. Contohnya rumah keluarga Dursley dan keluarga Weasley, setiap filemnya pasti rekabentuknya berubah. Okay tolak rumah Dursley, rumah manusia kebanyakannya serupa, tapi rumah keluarga ahli sihir iaitu keluarga Weasley, bagi orang orang yang memang menanti nantikan filem ni kecewa akan perubahan set yang dibuat. Filem dulu bentuk rumah lain, filem sebelum ni lain, filem kali ni lain. Tapi lokasi lain untuk filem kali ini memang menarik dengan menonjolkan banyak tempat tempat cantik. Aku agak ini bagi mengelakkan kebosanan penonton untuk menghadap adegan pelarian Harry Potter, maka tempat tempat yang cantik dan sinematografi yang menarik cuba ditonjolkan bagi mengatasi kebosanan. Nak buat macam mana, masa adegan mereka berkelana nilah macam macam yang akan berlaku dan macam macam yang mereka dapat korek. Apa dia...? Haa... kena la tengok sendiri.

Adegan romantik cium cium, yang ini okey lagi ada lagi
satu adegan yang agak menjolok mata korang nanti.
Filem kali ni masih mengekalkan pengarah sebelumnya iaitu David Yates (Harry Potter and the Half Blood Prince dengan Harry Potter and the Order of the Phoenix). Para pelakon pun tak payah nak diperkenalkan lagi. 95% semuanya korang dah tahu, orang yang sama. Yang bertukar pun cuma pelakon tambahan. Rasanya lebih ramai pelakon tambahan diperlukan untuk filem kali ni. Untuk memenuhkan koridor jalan raya dengan orang lalu lalang, para pekerja di dalam pejabat Kementerian Sihir, tetamu yang datang masa majlis perkahwinan Bill dan Fleur. Lakonan kali ini juga menampakkan kedewasaan kepada para pelakon remajanya. Bahagian pertama ini cuma menonjolkan tiga watak utamanya sahaja, nanti di bahagian kedua aku rasa baru kawan kawan Harry yang lain (Luna, Longbottom, kembar Weasley, dll) memainkan peranan terutama di pertarungan terakhir di Hogwarts nanti. Kali ini juga adegan cium cium dibuat lebih dewasa dan agak kurang sesuai untuk tontonan kanak kanak. Aku maklumkan kat sini ada adegan seolah olah Harry dan Hermione macam berbogel, so agak kurang sesuai untuk yang di bawah umur tapi cuma satu je, mungkin masa scene tu korang tutup la mata budak budak yang datang tu.

Sinopsis

Mereka dikepung oleh Snatchers.
Kalau masih ingat dengan filem Harry Potter sebelum ni, Dumbledore dah mati dibunuh oleh Profesor Snape membuatkan Harry bagai hilang arah dan petunjuk macam mana untuk dia kalahkan Lord Voldermort. Dah tu Dumbledore bagi lagi tugasan yang sangat susah untuk remaja macam dia buat iaitu mencari Horcrux iaitu pecahan jiwa Lord Voldemort dan rahsia macam mana dia tidak mati walaupun banyak kali percubaan Harry untuk membunuhnya.

Maka dengan kematian Dumbledore, dia telah mewasiatkan beberapa barang khusus untuk Harry, Ron dan Hermione dalam usaha mereka memusnahkan Horcrux. Apa barang barangnya? Tak boleh cerita, kena pegi tengok di pawagam. Ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan abang Ron, Bill Weasley dengan Fleur Delacour, majlis itu diserang oleh Death Eaters dan mereka bertiga melarikan diri bagi mengelak daripada ditangkap oleh konco konco Voldemort. Sepanjang pelarian mereka, banyak yang mereka ketahui dan banyak juga kesusahan yang mereka lalui.

Apa Voldemort nak agaknya dengan mayat Dumbledore ni.
Plot cerita ni memang menarik cuma di dalam buku better.
Dalam masa yang sama, Voldemort juga berusaha untuk menguatkan dirinya sebab sedar tongkat saktinya tidak mampu untuk membunuh Harry. Dia perlu mencari tongkat sakti yang lebih kuat dan dia mengetahui wujudnya satu tongkat sakti yang paling berkuasa pernah dicipta daripada sebuah kisah kanak kanak di dunia ahli sihir, Tale of the Beedle Bard. Agak agak dia jumpa tak? Tak boleh cerita, kena pergi tengok di pawagam.

Walaupun membaca bukunya lebih mendebarkan dan lebih mengujakan, tapi menonton filemnya juga adalah satu yang tidak boleh dilepaskan sebab dengan membaca kita cuma boleh bayangkan tapi di filem kita lebih puas sebab dah disajikan secara lebih realistik adegan adegan di dalam buku cuma yang tak bestnya dia tak cover semua dalam buku tu dari awal sampai habis. Tapi ia tetap menarik ditonton dan memang tak sabar nak tunggu tahun depan untuk pengakhiran cerita ni, Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 1.

Mari baca ulasan Harry Potter ni di blog lain pulak. Mari masuk ke sini http://www.mnirashid.com/blog/harry-potter-7-vs-2-alam/

Jumaat, 12 November 2010

Posted by peaqour On 4:43 PTG 2 comments

Akan Datang: Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1


Ini adalah kali pertama aku buat entry Pre-Movie, aku khususkan untuk filem filem yang belum atau lama lagi nak ditayangkan di pawagam.

Harry Potter adalah buku kegemaran aku sejak ianya mula popular di seluruh dunia. Aku beli buku dia setiap siri, sebelum buku dia keluar aku sama-sama tempah kat MPH supaya aku tak ketinggalan membaca pengembaraan terbaru si Harry Potter dan rakan rakan. Bagi aku J.K. Rowling memang seorang penulis yang genius. Imaginasi dia di dalam dunia ahli sihir memang tinggi.

Tapi sayangnya bila buku-buku tulisan beliau difilemkan, hasilnya agak mengecewakan bagi peminat peminat buku Harry Potter. Ye la, dah la tak ikut buku sebijik sebijik, kadang kadang ada pulak babak yang ditambah untuk menyedapkan cerita, ada pulak watak yang sepatutnya ada tapi dalam filem takde pulak. Tapi apa apa pun usaha membawa buku Harry Potter ke layar perak sesuatu yang bagus. Peminat bukunya tak perlu lagi nak berimaginasi tentang sesuatu babak di dalam plot buku tersebut, terus aje tengok dari filemnya bagaimana sesuatu scene atau environment dunia sihir. Sebab pengarahnya sure akan berbincang dengan J.K. Rowling sebelum ianya ditransferkan kepada layar perak, of course dia akan bagi approval, sama ke tak macam apa J.K. Rowling sendiri bayangkan.

Pada tahun ni, filem yang paling dinanti nantikan ni sudah pun masuk ke buku yang terakhir. Tapi buku yang terakhir ni telah dipecahkan kepada 2 bahagian. Mungkin nak mengelakkan lebih banyak scene di dalam buku tertinggal, ini membuatkan filem ini semakin menarik. Tapi yang tak bestnya bahagian kedua kena tunggu setahun lagi, baru dia betul betul habis.

Aku sebenarnya nak share gambar gambar scene untuk filem Harry Potter and the Deathly Hallows - part 1 ni, tapi tetiba macam terbanyak pulak tertulis kat atas tu. Siapa yang dah pernah tengok gambar dibawah boleh teruskan blog walking ke bloger lain, siapa yang baru first time tengok enjoy gambar gambar di bawah.
 
Kredit untuk http://www.comingsoon.net/ untuk semua gambar gambar scene filem di atas. Aku memang suka masuk website nih untuk perkembangan terkini filem filem yang aku minat.

Rabu, 10 November 2010

Posted by peaqour On 1:09 PG 2 comments

Unstoppable

Bila baca tajuk entry ni jangan pulak korang ingat aku nak promote korang join MLM punya skim pulak. Bukan, takde kena mengena langsung dengan MLM cabang Uptrend tu. Unstoppable yang aku nak share kali ni adalah filem terbaru yang baru ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Poster filem nih


Kalau tengok pada poster filem ni, dengan gambar keretapi, efek kelajuan ditonjolkan pada font yang digunakan dan muka cemas pelakonnya, memang jelas memberitahu kepada semua yang ini cerita keretapi yang laju yang perlu dihentikan daripada mendatangkan mudarat. Kita flashback balik filem yang berkaitan dengan kelajuan yang perlu dihentikan, pasti yang paling kita ingat ialah filem Speed lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock yang ditayangkan lama dulu (1994). Dulu Keanu perlu menghentikan bas yang dipasang dengan bom dan tidak boleh dibawa perlahan kalau tak ianya akan meletup. Tahun ini, Unstoppable pula mengisahkan tentang keretapi pulak yang perlu dihentikan sebelum ianya menjadi kemalangan keretapi terburuk di seluruh Pennsylvania dan mengakibatkan kematian ramai nyawa. Filem ini diilhamkan dari sebuah kisah benar.
2 watak utama, Frank dan Will yang mula mula bergaduh
last last jadi kamceng

Cerita dia memang menarik, walau pada awalnya aku agak sangsi apakah aksi yang akan ditunjukkan oleh Denzel Washington, dah tua nak berlakon aksi ke? Watak utama dikongsi bersama Chris Pine (ingat Star Trek? Kapten Kirk sewaktu muda) dan dibantu dengan mantap oleh Rosario Dawson(Men in Black 2, Percy Jackson). Banyak elemen-elemen yang diketengahkan oleh pengarah filem ini, elemen kekeluargaan, keberanian, kecuaian yang kecil jika sambil lewa boleh membawa bencana yang besar, keparatnya dunia korporat yang lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa manusia, persahabatan, penyesalan, keyakinan dan bermacam macam lagi yang kita dapat lihat dalam filem Unstoppable ni. Filem ni arahan Tony Scott (The Taking of Pelham 1 2 3, tv series Numbers, Enemy of the State etc), adik beradik dengan Ridley Scott yang jugak pengarah dan producer filem. So no wonder la filem ni memang best.

Keretapi berat berjuta tan dengan lajunya boleh
menghancurkan apa saja yang menghalang
Ketika sedang menonton filem ni, dengan efek bunyi keretapi yang memang sengaja dikuatkan volume nya boleh menyebabkan kita berasa gerun dan takut serta berasa cemas sepanjang adegan kejar mengejar keretapi. Bila dengar bunyi keretapi yang laju da kita tengok di skrin sebuah keretapi yang sangat berat membawa muatan yang merbahaya secara tak langsung memberi kesan ketakutan kepada kita.

Sinopsis Sket
Kerana kecuaian pemandu keretapi yang pada mulanya cuma mahu mengalih keretapi sambil kerja main main menyebabkan keretapi yang beratnya beratus tan dengan membawa muatan termasuk bahan kimia yang boleh meletup berjalan dengan sendirinya tanpa pemandu. Keretapi tu yang tersilap disetkan kepada kelajuan maksimum boleh menyebabkan pekan kecil mengalami kerosakan harta benda yang besar dan kemungkinan mengorbankan nyawa.

aksi berani Denzel Washington, tak tau la ni bebetul
atau cuma berlakon dalam studio
Frank (Denzel Washington) seorang pemandu keretapi berpengalaman, Will (Chris Pine) seorang konduktordari syarikat  keretapi dan Connie (Rosario Dawson) ketua pengawal laluan keretapi yang bijak mencuba sedaya upaya untuk menghentikan keretapi terbabit disamping mengelakkan kemalangan jiwa. Tapi dengan campur tangan pengarah dari syarikat keretapi yang takutkan saham syarikat mereka jatuh kerana kemalangan ini tidak mahu tunduk kepada usaha mereka bertiga sebaliknya cuba mengunakan pendekatan yang mudah dan murah. Malangnya segala hasil usaha syarikat keretapi tidak berjaya dan ini menyebabkan ketiga-tiga watak utama ini mencuba sedaya upaya menggunakan cara dan keyakinan mereka untuk menghentikan keretapi terbabit walaupun terpaksa mengambil risiko kehilangan kerja mereka.

Rosario Dawson sebagai bos yang mengawal perjalanan
keretapi tengah marahkan mamat yang cuai tinggalkan
cockpit masa tengah memandu
Frank adalah seorang pemandu keretapi yang telahpun mendapat notis daripada syarikat keretapi bahawa perkhidmatan beliau diberhentikan dan akan digantikan dengan pemandu lebih muda yang di hantar syarikat (Will). Pertemuan pertama mereka tidak berapa mesra dengan Frank lebih berhati hati dengan Will kerana menganggap Will cuba merampas kerjayanya. Sementara itu Will pula mempunyai masalahnya tersendiri yang mana kerana kesilapannya cemburu buta menyebabkan rumahtangganya di ambang penceraian.

Dapat ke diorang ni menyelamatkan keretapi yang terlepas kandang tadi? selesaikah masalah peribadi mereka masing masing? cerita ini adalah cerita yang tidak harus korang lepaskan untuk menonton. Sungguh mendebarkan dan tanpa disangka ianya seronok ditonton.

Lawati laman web rasmi Unstoppable di http://www.unstoppablemovie.com/