Khamis, 12 Julai 2012

Apple TV dijual secara rasmi di Malaysia

Posted by peaqour On 10:00 PG 1 comments

Wah selepas Apple membuka pasaran contentnya iaitu Music dan Movie di Malaysia, nampaknya satu lagi produknya menyusul iaitu Apple TV. Sebelum-sebelum ni kalau kita nak dapatkan Apple TV terpaksalah beli di luar negara atau nak senang cari je dalam Mudah (tapi dibeli daripada orang yang beli dari luar negara jugak) disebabkan sebelum ni Apple belum mempunyai sokongan untuk pasaran contentnya di negara kita. So sekarang dah tak payah susah susah sebab Apple TV secara rasmi dijual di Malaysia. Harganya jugak mampu milik, cuma RM 349.00 sahaja dan kalau dah keluar di Apple Store Malaysia maknanya kita boleh juga dapatkan di Apple Premium Reseller macam Machine dan kedai-kedai yang menjual barangan Apple yang kebanyakannya memang terdapat di shopping complex yang besar-besar. Apa yang best sangat dengan Apple TV nih..? jom kita tengok.

Apple Content di TV HD anda

Apple TV ni bukanlah bentuk dia macam TV LCD tuh tapi lebih kepada satu device kecil, kecil sikit dari decoder astro yang kecil tu untuk disambungkan kepada TV HD kita. Dengannya yang paling best ialah kalau anda pengguna iOS device seperti iPad, iPhone atau iPod Touch, anda boleh melihat segala isi kandungan yang anda nampak pada iOS device anda tu di paparan TV HD anda tanpa ada sebarang sambungan wayar. Cuma apple TV sahaja yang bersambung ke TV dengan wayar. Cool tak? So bayangkan anak anda bermain game racing di skirn yang lebih besar. Tak payah nak beli PS2 dah untuk main game di TV.
Main game tapi tengok kat skrin TV besar... cun wooo
Katakan kita takde iPhone, iPad atau iPod Touch, kita tetap boleh menonton video online di Youtube, Vimeo, tengok orang main baseball di channel MLB (macamlah kita kat Malaysia ni tengok Baseball.. haha.. tapi dah ada tengok aje la kalau minat), sapa ada akaun flickr boleh tengok gambar diorang dan kawan-kawan diorang di flickr, Wall Street Journal untuk orang yang suka bisnes-bisnes dan kemungkinan senarai ini akan bertambah lagi di masa akan datang.


Support HD
Tengok movie HD... tak payah dah langgan HBO
Versi Apple TV yang terbaru ni membolehkan kita menonton atau bermain game yang berkualiti HD. Maknanya bila dah dipaparkan pada skirn TV kita tu imejnya jelas tanpa ada kabur-kabur yang mengganggu  mata semasa menonton. Tak best la kan tengok movie tak berapa clear, tak sharp. Zaman sekarang ni semua nak jelas, semua nak HD. Dan lagi kita juga boleh membeli atau menyewa filem-filem yang ada di dalam iTunes Store juga dalam kualiti HD. Ni kalau jenis yang malas nak download dan banyak sangat duit dalam kad kredit, kredit limit masih jauh lagi boleh la beli filem-filem ni secara online. Tapi kalau kat rumah dah ada internet takkan tak download... ye tak..?

Airplay


Boleh beli movie HD dari iTunes Store je kalau kad kredit ada terlebih-lebih duit
Amenda Airplay nih? Ini adalah kata nama khas yang digunakan oleh Apple untuk feature kita pengguna memaparkan paparan pada iPad, iPhone atau iPod touch pada TV HD kita. Tapi harus diingat, untuk menggunakan feature ini ia memerlukan kemudahan wifi baru dia boleh berfungsi sepenuhnya. Apple TV memerlukan sambungan internet barulah kita boleh menggunakan sepenuhnya feature yang ditawarkan. Dengan Airplay ni kita boleh tengok movie, dengar lagu, mainkan video atau tayang gambar yang kita tangkap dari iPhone / iPad / iPod Touch, main game, surfing dan macam-macam lagi terus ke dalam TV HD kita. Best kan..? Lagi satu kita boleh download satu apps di Apps Store nama dia Remote yang dibuat oleh Apple jugak, dengan apps ni kita boleh control contohnya movie atau lagu yang kita tengah mainkan, nak pause ke, nak stop ke, nak rewind ke terus dari iOS device kita walaupun masa tu kita tengah berada di dalam tandas, rasa-rasa macam membazir elektrik takde sapa yang dengar lagu kat ruang tamu, capai iPhone / iPad / iPod Touch terus stopkan lagu tu tanpa perlu berada di depan tv. Canggih tak...?

Airplay juga sebenarnya berguna untuk kegunaan di pejabat. Bayangkan di board room pejabat anda ada diletakkan TV HD dengan skrin yang besar punya, sambungkan Apple TV dan pastikan pejabat mempunyai kemudahan wifi. Dengan itu anda boleh membuat presentation dari iPad / iPod / iPhone anda terus ke TV.

Spesifikasi Apple TV



Tinggi        : 23 mm
Lebar        : 98 mm
Depth       : 98 mm
Berat        : 0.27 kg

Processor : Apple single-core A5 chip
Port          : - HDMI
                  - Optical Audio
                  - 10/100BASE-T Ethernet
                  - Built-in IR receiver
                  - Micro-USB (untuk servis dan support)
Wireless    : Wi-Fi (802.11a/b/g/n)
Power       : Built-in 6-watt universal power supply









Apa Yang Anda Perlu Ada
Control dari iPhone pun boleh
Untuk memastikan pengalaman anda menggunakan Apple TV ini berjalan lancar, sila pastikan anda mempunyai :

  • line internet dan network sama ada secara wifi ataupun kabel
  • akaun iTunes Store jika anda ingin menyewa movie
  • software iTunes sekurang-kurangnya versi 10.6 untuk membolehkan anda stream media (video, audio) daripada PC atau laptop (window atau Mac) anda
  • langganan MLB.tv kalau nak tengok baseball (rasa takde kot orang nak langgan, orang Malaysia tengok bola EPL)
Format yang Boleh Dimainkan

Untuk video
  • video H.264 video dan boleh support sampai ke 1080p, 30 frames per second, High atau Main Profile level 4.0 atau kurang, Baseline profile level 3.0 atau kurang dengan AAC-LC audio sehingga ke 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio dalam fail format .m4v, .mp4 dengan .mov
  • video MPEG-4 sehingga 2.5 Mbps, 640x480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile dengan AAC-LC audio sehingga 160 Kbps, 48kHz, stereo audio dalam fail format .m4v, .mp4 dan .mov
  • video Motion JPEG (M-JPEG) sehingga 35 Mbps, 1280x720 pixels, 30 frames per second, audio dalam ulaw, PCM stereo audio dalam fail format .avi
Untuk Audio pulak
  • HE-AAC (V1), AAC (16 - 320 Kbps), protected AAC (yang dibeli dari iTunes Store), MP3 (16 - 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3 dan 4), Apple Lossless, AIFF dan WAV; Dolby Digital 5.1 surround sound pass-through
Untuk gambar pulak
  • JPEG, GIF, TIFF
TV apa yang boleh dipasangkan dengan Apple TV

Beza Apple TV sekarang dengan Apple TV dulu... sekarang muat tapak tangan je
Apple TV boleh dipasakan pada semua TV berdefinisi HD yang berupaya memaparkan video 1080p or 720p pada 60/50Hz. Ini termasuklah TV daripada segala brand yang popular contohnya Sony, Samsung, Sony, Sharp,  Hitachi, JVC, LG, Mitsubishi, NEC, Panasonic, Philips, Pioneer, Toshiba, dan lain-lain asalkan dia support HD.

Apa lagi ada dalam Kotak kalau anda beli Apple TV nih..?
  • Apple TV
  • Apple Remote
  • Kabel Power
  • Manual dan segala macam dokumen yang berkaitan


1 comments:

Terima kasih untuk posting ini. Baru saya faham apa itu Apple TV.

Catat Ulasan