Rabu, 4 Julai 2012

Brave : Ulasan Filem

Posted by peaqour On 4:52 PTG 2 comments


Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Anak lelaki aku berumur 7 tahun boleh menangis di babak akhir filem ini. Permulaan ceritanya ringan, boleh diikuti oleh kanak-kanak dengan adegan-adegan lucu dan kenakalan adik-adik Puteri Merida. Bila di pertengahan cerita setelah bondanya terkena sumpahan yang disebabkan oleh dirinya sendiri, ianya mula menjadi sedih tapi tetap diselitkan dengan unsur komedi untuk mengelakkan kumpulan sasaran utama; kanak-kanak daripada hilang fokus. Babak akhir semestinya satu pengakhiran yang gembira sesuai dengannya sebagai sebuah filem animasi.

Sebelum ni dah ada beberapa filem animasi yang menampilkan watak utamanya ialah wanita antaranya Pocahontas, Princess Mononoke, errr apa lagi eh...tapi kali ni watak utama dalam Brave iaitu Puteri Merida memang berdiri sendirinya tanpa ada sokongan lelaki sebagai hero. Ini ialah cerita tentangnya, tentang seorang puteri yang terikat dengan protokol istana yang diawasi sendiri oleh bonda ya sendiri, tapi dia tetap mahukan kebebasan. Bebas daripada tanggungjawabnya di istana.

Tema filem ni adalah dari tajuknya sendiri, iaitu Brave, Berani. Tapi berani yang ditonjolkan sebagai tema bukanlah keberanian untuk berperang melawan musuh, tetapi lebih kepada keberanian diri sendiri dalam menangani keegoan sendiri dan cukup beranikah mereka untuk mengubah diri mereka. Puteri Merida diuji untuk menjadi lebih berani dalam usahanya untuk memulihkan kembali ibunya yang terkena sumpahan dengan terpaksa menjadi seperti apa yang bondanya harapkan; iaitu menjadi seorang puteri yang berkaliber. Manakala untuk bondanya, keberaniannya diuji dengan mampukah dia mengubah dirinya dalam memahami kehendak hati dan bertolak ansur dalam perhubungannya dengan anaknya.

Dalam filem ini, perkara yang paling mengingatkan kita dengan filem Brave ini ialah watak Puteri Merida sendiri dengan rambut kerintingnya yang berwarna merah, beralun- alun sambil memanah dengan tepat dari atas kuda kesayangannya yang berlari kencang. Kemahiran memanahnya memang takde tolok bandingnya malah lebih hebat dari mana- mana lelaki yang ada di negaranya. Dengan memanah juga dia melepaskan segala tensen dan juga untuk lari dari masalahnya demi untuk mencari kebebasan. Lain- lain ialah beruang dan juga hantu api misteri yang cantik yang sentiasa ditemui oleh Merida dan sering membawanya ke tempat- tempat yang menarik. Menarik ke? Itu kenalah tengok sendiri.

Filem ini belum cukup untuk menjadikannya sebuah filem box office tapi cukup baik untuk memberikan pengajaran kepada penontonnya terutamanya kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan Finding Nemo atau The Incredibles, ianya kurang sedikit dari segi keseronokan menonton bagi kanak-kanak.

Antara mereka yang menyumbangkan suara untuk menjayakan filem animasi ini ialah Kelly Macdonald, Emma Thompson, Robbie Choltrane dan sebagainya. Filem ni masih lagi diputarkan di pawagam, masih sempat untuk membawa anda dan beri mereka pengetahuan akan apa itu keberanian.

2 comments:

belum tgk lagi..tunggu kuar kt tv je.ahahaha. :D

Tak syok aa tunggu kat tv... lama tuhh... hehe... donlod aje kat torrent.. haa tu cepat... ahaks

Catat Ulasan