Ahad, 22 Julai 2012

Konsep Baru Hypermarket Carrefour

Posted by peaqour On 5:35 PTG 4 comments

Stesen May I Help You yang sentiasa ada berdekatan dengan anda



Semalam kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi hypermarket Carrefour di Mid Valley, kebetulan memang nak cari ayam untuk juadah berbuka puasa. Sebelum tu diberitahu oleh sedara-mara dan kawan-kawan yang dah pergi semua kata Carrefour telah menukar konsep store mereka menjadi lebih menarik. Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat aku snap.

Menggunakan tema hitam dan lampu neon sebagai tanda nama setiap segmen
Konsep Carrefour yang baru ternyata lebih segar dan moden berbanding dengan konsep lamanya dan juga berbanding dengan hypermarket pesaing yang lain, ternyata konsep terbaru Carrefour ni lebih menarik. Semalam tengok rancangan masakan sempena ramadhan terbitan astro iaitu Hello Bro... Tolong Masak juga menggunakan kelebihan konsep terbaru Carrefour Mid Valley ini sebagai lokasi untuk hos mereka mencari barang keperluan untuk memasak.


Warna yang banyak digunakan ialah warna gelap berkemungkinan warna hitam tapi tak terlalu pekat hitamnya. Di setiap segmen barangan dipasangkan dengan nama segmen menggunakan efek lampu neon yang cantik dengan background hitam.
Troli baru yang cantik, di bahagian bawah boleh diletakkan  bakul kalau di ruangan troli tak  muat
Pintu masuk Carrefour juga telah diubah daripada hujung ke bahagian lebih tengah. Memasuki Carrefour membuatkan kita terasa seperti memasuki gedung perabut IKEA kerana kita perlu menempuh setiap segmen  dengan arah pusingan bermula dengan segmen penjagaan diri, segmen barangan elektrik, dan seterusnya sehinggalah ke segmen terakhir segmen pasar segar dan kemudian terus ke kaunter pembayaran.

Mudahnya nak cari mesin semakan harga
Setiap 200m kita akan sentiasa terjumpa satu stesen yang dipanggil May I Help You dimana Carrefour telah menempatkan pekerja mereka di stesen tersebut untuk memudahkan pelanggan mereka bertanyakan sesuatu. Selain tu, kalau kita nak check harga pun lebih mudah, cuma cari je tiang yang di atasnya ada tanda merah dengan sign "Price Check Here". Lebih mudah daripada hypermarket yang lain yang kita terpaksa kehulu kehilir untuk mencari mesin semak harga.
Brochure juga baru

4 comments:

suka konsep lampu neon tu..senang nak cri brg keperluan kan?..kt sabah xde tesco..ada giant je..tpi hampeh la giant.kdg2 yg kita cri xde.

Memang cantik... carrefour kat KL sebenarnya dah nak mati, ni salah satu usaha management diorang kot untuk naikkan semula Carrefour. Tapi memang menjadi la effort diorang. Giant pun ok gak Eca... kot kot mana tau diorang pun nak buat konsep baru gak nak lawan Carrefour... :)

Hmm mng cantik..sebenarnya mreka ingin jdikan carrefour mid sbgai carrefour planet....

p/s:bekas prkerja carrefour mid valley thun 2009

Carrefour planet tu caner en tanpa nama..?

Catat Ulasan