The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Isnin, 29 November 2010

Posted by peaqour On 4:17 PTG 9 comments

The Social Network

Social network adalah 'In Thing' pada masa kini, Facebook, twitter, MySpace, Friendster dan macam macam lagi social network application bersepah sepah kat dunia maya, tapi yang paling banyak diperkatakan dan menjadi trend masa kini tentulah; FACEBOOK. Apa ke tidaknya sampai ada yang sanggup mengambil jalan apa sahaja untuk menumpang populariti Facebook ni. Ada yang buat buku, ada yang jemput datang talk show (sesapa yang ada talk show la... heh), dan kini ada jugak yang terfikir untuk melayar perakkan kisah hidup founder Facebook ni dengan harapan dapat tempias seri jutawan (maaf tiada istilah bahasa Malaysia untuk billionaire) iaitu Mark Zuckerburg.
Dia ni memang pelik, berjalan di sekitar kampung dengan
berlari lari anak, weirdo.
Hasilnya memang tidak mengecewakan, secara peribadi aku suka, mungkin sebab aku memang budak sains komputer kot. Actually banyak faedah menonton filem ni, terutamanya untuk graduan-graduan universiti, untuk pelajar-pelajar sekolah, untuk sesiapa sajalah sebenarnya kerana ia mengajar kita bahawa dengan kebijaksanaan yang dikurniakan kepada kita kalau digunakan sebaik-baiknyanya pasti menghasilkan sesuatu yang memberi faedah kepada orang ramai. Dalam konteks Facebook ni, ia telah digunakan di seluruh dunia tanpa mengira umur, budaya dan bangsa, kedudukan geografi, bahasa semuanya memiliki akaun facebook.
Bersama co-founder Facebook yang lain, dalam
usaha membangunkan Facebook buat pertama kali.
Tapi ada juga yang sangat tak patut untuk dicontohi yang boleh kita lihat di dalam filem ni, macam jangan la asyik nak berparti aje, dah parti sana sini sure ada arak, dadah, dan polis yang akan tangkap orang yang tak boleh dikawal semasa berparti. Ingat filem ini adalah filem 18 SX, diulangi khas untuk tontonan orang dewasa di atas 18 tahun ke atas sahaja kerana mengandungi unsur unsur seks dan gaya hidup tak sihat budaya barat. Selain itu, mengkhianati orang yang rapat dengan kita pasti akan mengakibatkan sesuatu yang buruk dan mendatangkan situasi tidak selesa kepada kita sendiri. Dalam filem ni, kerana pengkhianatan Mark Zuckerberg telah disaman oleh kawan karibnya sendiri yang juga co-founder untuk Facebook bila dia mula rapat dengan pengasas Napster yang bijak tapi suka perfoya foya, Sean Parker.
Justin Timberlake sebagai pengasas Napster, Sean Parker
Filem ni juga bagaikan memberikan satu motivasi, semangat dan impian untuk lulusan sains komputer untuk menjadi kreatif seperti Marck Zuckerberg. Mencipta sesuatu yang membawa kebaikan dan akhirnya memberi pulangan lumayan kepada diri sendiri. Filem ni bagaikan sebuah Hackers (Angelina Jolie, Jonny Lee Miller) di zaman ini tapi lebih baik tanpa perlu menonjolkan animasi yang tah ape ape semasa aksi hack sesebuah rangkaian dilakukan, tanpa perlu avatar sebagai identiti seseorang hacker. Jauh lebih baik kalau nak dibandingkan The Social Network dengan filem Hackers, sure ianya lebih menghiburkan. Aku sendiri tak pernah nak cuba untuk membaca sinopsis filem ni sebelum menonton di panggung, kiranya masuk ke dewan tayangan dengan fikiran yang tenang dan kosong tanpa sebarang info tentang filem ni. Bila masuk je baru tau rupanya Justin Timberlake pun berlakon dalam filem ni.
Poster filem ini. Simple gilos!
Jenuh jugak menunggu bila Justin Timberlake ni nak keluar, rasanya lebih suku perjalanan filem ni akhirnya baru la Justin keluar sebagai founder kepada Napster (ingat lagi tak..? aku tak sempat nak guna tapi tau kewujudannya). Selain penyanyi popular tu, pelakon utama filem ini ialah Jesse Eisenberg (Zombieland), Andrew Garfield (dia bakal menjadi Peter Parker yang baru untuk Spiderman akan datang), Brenda Song (pelakon channel Disney, The Suite Life of Zack and Cody, Wendy Wu: Homecoming Warrior dll). Yang lain tu aku tak berapa kenal la. Pengarah pula ialah David Fincher yang anyak mengarahkan filem filem hits macam The Curious Case of Benjamin Button, Se7en, The Game (aku suka betul filem ni), Panic Room, Alien3 dan banyak video dokumentari artis artis hollywood.
Ketika di dalam bilik mesyuarat bersama peguam-peguam.
Ini sesi soal jawab ketika disaman oleh kawan baiknya
yang juga co-founder Facebook.
Filem ni dibuat dalam bentuk fast flashback, kadang kala membuatkan kita rasa keliru scene yang sedang ditonton tu flashback atau ketika sesi soal jawab bersama peguam yang menyaman. Dah tu sesi soal jawab dengan peguam pun ada dua, ini pun makin mengelirukan. Tapi pengarahnya bagi aku berjaya mengolah setiap scene flashback ini dengan baik.

Sinopsis

Kalau Erica ni terima Mark sebagai boifren dia, mungkin
Facebook takde sekarang ni.
Kerana kecewa cintanya ditolak oleh aweknya, Mark Zuckerberg telah membuat sebuah laman web sosial Facemash.com khusus untuk pelajar universiti Harvard mengundi wanita mana yang cantik dan buruk dalam masa satu malam sahaja. Yang paling menakjubkan dia membuatnya dalam keadaan mabuk di samping menggodam rangkaian komputer Harvard dengan mengambil gambar-gambar pelajar perempuan dan mendapat hit sebanyak 22,000 dalam masa 2 jam sahaja.
Sean Parker sedang cucuk jarum. Tapi tak dinafikan sebab dia
juga menyebabkan Facebook sampai keseluruh dunia dengan
lebih pantas.
Usaha Zuckerberg mendapat perhatian adik beradik WinkleVoss dan rakan kongsinya Divya Narendra yang ingin membina sebuah laman sosial khusus untuk para pelajar Harvard iaitu HarvardConnection.com. Tapi otak penipu tapi geliga Zuckerberg ini telah memberikan dia idea yang lebih baik dan dengan bantuan rakan karibnya, Eduardo Saverin mereka pun menghasilkan TheFacebook. Dengan setiap peristiwa yang berlaku kepadanya semuanya memberikan idea baru untuk menambah baik TheFacebook sehinggalah ianya mendapat perhatian daripada founder Napster yang terkenal, Sean Parker. Dengan bantuan Sean Parker Facebook berkembang ke universiti lain sehinggalah merebak dengan cepat ke benua lain. Ini menyebabkan adik beradik Winklevoss tidak dapat menahan sabar kerana idea mereka dicuri dan berkembang dan terus berkembang dan mereka memfailkan notis saman kepada Mark Zuckerberg. Tak cukup dengan itu, kawan baiknya sendiri, Eduardo Saverin turut memfailkan saman kepadanya. Kenapa pulak kan...? Haaa tak syok la nak cerita sampai habis kat sini. Pegi tengok di pawagam berhampiran anda. Pasti berbaloi beli tiket filem ni. Ini pun aku rasa macam nak pegi tengok lagi sekali.

Khamis, 25 November 2010

Posted by peaqour On 11:12 PTG 13 comments

Rapunzel : A Tangled Tale

Rapunzel : A Tangled Tale merupakan sebuah filem animasi terbaru ditayangkan di pawagam di Malaysia, sesuai dengan musim cuti sekolah yang baru mula, sure ramai anak anak yang akan mintak mak ayah diorang tengok filem ni. Selain itu filem ini juga dibuat dalam format 3D stereoskopik (3D yang tengok guna cermin mata khas) selain format animasi biasa. Aku semalam tengok versi animasi bukannya format 3D, jadi aku agak agak kalau menonton dengan 3D pengalamannya mungkin berbeza dan feedback aku tentang filem ni aku rasa juga mungkin berbeza. Jadi review aku kali ni akan filem Rapunzel : A Tangled Tale ni adalah berdasarkan pengalaman aku menonton di skrin biasa sahaja, jangan biarkan ia mempengaruhi korang untuk menonton filem ni. Tapi aku sangat menggalakkan korang tengok dalam format 3D, lebih puas.
Poster Rapunzel : A Tangled Tale
 Aku cuba Google tentang filem ni, di iMDB atau pun di Wiki kedua duanya mempunyai tajuk yang sama; iaitu Tangled. Berbeza pulak tajuknya dengan tajuk di Malaysia. Dalam website GSC diorang menggunakan tajuk Rapunzel : A Tangled Story. Tapi jalan ceritanya tetap sama, tiada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Rasanya mungkin strategi Walt Disney Malaysia untuk letak nama Rapunzel di tajuknya supaya dapat menarik minat kanak kanak yang tahu akan cerita Rapunzel.

Aku nak share sikit sejarah si Rapunzel ni, memang biasa kita dengar nama ni sebaris dengan Cinderella, Little Red Riding Hood, Snow White, dan sebagainya. Kita jugak tahu Rapunzel mempunyai rambut yang sangat panjang sepanjang menara tempat dia tinggal. Rapunzel sebenarnya adalah sebuah fairy tale dari Jerman dan dibukukan secara rasminya pada tahun 1812 oleh Brothers Grimm sebagai salah sebuah kisah kanak kanak di dalam buku Children's and Household Tales.
Dari kiri: Pascal the Iguana, Flynn Rider, Rapunzel dan Maximus
Tentang filem animasinya pulak, bagi aku sendiri aku rasa macam tengok movie movie Barbie. Ianya tentang cintan cintun Rapunzel dengan Ryder/Eugene, ada nyanyi nyanyi dan menari nari keliling hutan, dalam bandar, tepi sungai macam filem hindustan. Rasa macam tengok movie Barbie di Disney Channel Astro pulak. Elemen humor jugak sudah semestinya wajib untuk sebuah filem animasi, paling mencuit hati ialah watak iguana milik Rapunzel dan jugak gelagat kuda istana yang sungguh hebat; iaitu Maximus pasti akan mengeletek hati korang nanti. Kuali pan juga bagaikan sangat popular dan banyak digunakan dalam filem ni, sampaikan di akhir cerita pengawal istana pun menggunakan kuali pan sebagai alat bantu melawan penjahat. Korang mesti suka dengan watak Rapunzel itu sendiri yang ala ala lurus bendul, dengan Flynn Rider yang cas ensem, dengan scene scene pergaduhan antara Flynn dengan si kuda hebat Maximus dan tentunya iguana bernama Pascal yang kelakar yang sentiasa bersama Rapunzel. Pendek kata ianya memang sebuah filem animasi yang menghiburkan terutamanya kepada budak budak perempuan kerana scene menyanyinya agak banyak. Bagi budak lelaki mereka cuma akan tertarik scene scene action, kejar mengejar, lawan lawan, scene lawak kuda dengan iguana sahaja.
Adegan ni kalau menonton dengan format 3D pasti lagi best,
sure tanglung tanglung tu macam keluar daripada skrin wayang
Bab nyanyi nyanyi memang sedap didengar, sebabnya Rapunzel sendiri menggunakan suara Mandy Moore, salah seorang penyanyi remaja yang memang mempunyai suara yang sedap dan boleh menyanyi. Lain lain pelakon hebat yang meminjam suara diorang dalam filem ni ialah Zachary Levi (TV siri Chuck, ingat?) sebagai Flynn Rider/Eugene, Donna Murphy (dalam Spiderman 2 dia bini kepada Dr. Octopus) sebagai Mother Gothel dan Ron Perlman (yang jadi Hellboy) sebagai Stabbington Brother. Filem animasi ni adalah sebuah terbitan Walt Disney Animation Studios dan arahan Nathan Greno dan Byron Howard.

Sinopsis

Flynn pertama kali terjumpa menara yang didiami Rapunzel
Rapunzel adalah seorang puteri raja yang dilarikan dari istana oleh seorang perempuan tua iaitu Mother Gothel yang mengetahui rahsia bunga Rapunzel yang cuma ada satu sahaja di dunia yang boleh menjadikan dirinya kekal muda. Ketika nak melahirkan Rapunzel, bondanya sakit tenat dan macam takde harapan untuk disembuhkan tapi akhirnya dengan khasiat bunga tersebut, dia dapat diselamatkan. Disebabkan bunga yang menjadi sumber untuk dirinya kekal muda dah takde lagi, Mother Gothel telah menculik Rapunzel disebabkan rambut emasnya tlah mewarisi kehebatan bunga yang telah diambil tadi.
Mother Gothel yang membuat pakatan dengan Stabbington Brothers
Sehinggalah besar, Rapunzel tinggal di menara tersembunyi bersama Mother Gothel yang dia dianggap sebagai ibu yang telah membesarkannya dan juga bersama Pascal, seekor iguana yang menjadi teman yang setia dan teman dia berbual. Rapunzel dilarang sama sekali untuk melihat ke luar menara atau turun dari menara, kerana Mother Gothel yang busuk hati tu mengatakan bahawa dunia luar penuh dengan penjahat dan tipu daya manusia. Tapi Rapunzel yang ala ala nakal tu selalu curi curi pandang keluar terutamanya pada setiap kali hari jadinya kerana ribuan tanglung yang cantik akan dilepaskan ke udara sehingga ia menarik minatnya dan dia memasang impian untuk pergi sendiri ke tempat tanglung tanglung itu dilepas seterusnya mencari jawapan apakah benda yang dilihatnya setiap tahun itu sebenarnya. Tanglung tanglung itu adalah simbol bahawa ayah dan bonda dan seluruh rakyat masih mengingati dirinya dan berharap dia akan balik semula ke istana satu hari nanti.
Pascal si Iguana yang memang kelakar
Flynn Rider pula merupakan seorang pencuri yang dikehendaku kerana telah mencuri tiara milik Puteri Rapunzel di istana bersama sama dengan Stabbington Brother. Semasa sedang dikejar oleh pengawal istana, dia bersama sama kuda istana bernama Maximus telah jatuh ke hutan yang dalam sehinggalah dia berjumpa dengan menara tempat Rapunzel tinggal. Dia kemudiannya berhasrat untuk bersembunyi di menara tersebut sebaliknya dia telah dibelasah dengan teruk oleh Rapunzel.

Menggunakan kuali pan sebagai alat mempertahankan diri
Apa terjadi berikutnya, tak bolehlah aku cerita lagi. Korang kena tengok sendiri di pawagam, ajak adik adik atau anak anak kerana ia memang sangat sesuai ditonton seisi keluarga terutama di musim cuti sekolah ni. Jangan lupa, tengok yang versi 3D yer, pasti lebih menghiburkan dan lebih puas dengan effect 3Dnya.

p/s: Sebelum filem ni start, ada trailer untuk filem animasi akan datang, antara yang membuatkan aku teruja ialah filem animasi Cars 2. Bestnya... yang nih sure budak budak lelaki suka sangat.

Selasa, 23 November 2010

Posted by peaqour On 12:49 PTG 2 comments

Macam mana pengguna Android - iPhone - Blackberry melihat diri mereka?

Klik gambar kartun ni untuk imej yang lebih besau
Sangat menarik. Aku dapat gambar kartun kat atas ni daripada email yang dikirimkan oleh opismet aku. Dia seorang pengguna iPhone, aku plak seorang pengguna Android, wife aku plak pengguna Blackberry. Hohoho... macam ada kebenaran je kartun di atas ni. Enjoy!

Jumaat, 19 November 2010

Posted by peaqour On 12:10 PG 4 comments

Harry Potter Wiki: Apa itu Horcrux?

Sekarang ni bermula minggu ni akan mulalah demam Harry Potter dengan filem terbarunya baru je direleasekan di panggung panggung di Malaysia. Dah tengok belum? Kena la pegi tengok kalau belum sebab kali ni dia dibuat lebih dewasa berbanding dengan filem filem sebelum ni.

Tapi untuk entry ini, aku nak share sikit pasal Horcrux. Horcrux ialah benda benda yang Harry Potter dan kawan kawan dia kena musnahkan atas arahan Dumbledore sekiranya mereka semua di dunia sihir nak hidup aman damai tanpa gangguan penjahat penjahat yang diketuai oleh Lord Voldermort.

Apa menatangnya Horcrux tu? best ke kalau ada Horcrux? Okay serba sedikit kat sini aku cuba kongikan dengan korang semua. Horcrux adalah objek objek yang dijadikan untuk menyimpan jiwa seseorang ahli sihir jahat dengan tujuan untuk mencapai kehidupan kekal abadi (tak mati la senang citer). Membuat Horcrux diklasifikasikan di dunia ahli sihir sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, sangat jahat, melanggar undang undang secara moral dan melawan keseimbangan alam semulajadi serta memerlukan satu pembunuhan dalam mencipta sesuatu Horcrux

Menurut sejarah (ini sejarah dalam buku Harry Potter tau, jangan ingat dalam sejarah manusia pulak), Horcrux yang pertama telah dicipta oleh Herpo the Foul seorang ahli sihir jahat berketurunan Greek dan yang pertama menetaskan seekor basilisk (ular gergasi yang maha ganas). Tapi, cuma Lord Voldemort sahaja yang mampu mencipta Horcrux lebih daripada satu (ada 7 sebenarnya).

Senarai Horcrux Lord Voldemort

Horcrux GambarTempat DisembunyikanMangsa
Dibunuh 
Dimusnahkan oleh Cara
Dimusnahkan 
Tempat
Dimusnahkan
Diari Tom Riddle Di dalam simpanan Lucius Malfoy, diberikan kepada Ginny Weasley (tanpa pengetahuan), tapi dijumpai oleh Harry Potter Moaning Myrtle Harry Potter Ditikam dengan taring BasiliskChamber of Secrets
Cincin Marvolo Gaunt Gaunt Shack (rumah keluarga Gaunt) Tom Riddle Sr. Albus Dumbledore Dimusnahkan dengan pedang Godric Gryffindor Bilik Dumbledore
Loket Salazar Slytherin Gua Horcrux, kemudian dipindahkan ke No. 12 Grimmauld Place (rumah Sirius Black), kemudian dicuri oleh Mundungus Fletcher yang kemudian memberikannya sebagai rasuah  kepada Dolores Umbridge Pengemis Muggle Ron Weasley Dihempuk menggunakan pedang Godric Gryffindor Hutan Dean
Cawan Helga Hufflepuff Bilik rahsia keluarga Lestrange di Bank Sihir Gringotts Hepzibah Smith Hermione Granger Ditikam dengan taring Basilisk Chamber of Secrets
Tiara Rowena Ravenclaw Di dalam Bilik Keperluan di Hogwarts Castle Pekerja buruh dari Albania Vincent Crabbe Secara tidak sengaja dengan sihir hitam kuasa api Fiendfyre yang turut mengorban Crabbe orang yang melafazkan sihir itu Bilik Keperluan
Harry Potter[7] Sebahagian daripada roh Harry tanpa dia sedari Jiwa Voldemort yang tidak stabil ketika itu ketika sedang membunuh keluarga Harry menggunakan sihir hitam terlarang Lord Voldemort (diluar jangkaan beliau) Sihir Membunuh tanpa mendatangkan kecederaan kepada Harry, hanya meninggalkan kesan lebam besar di dadanya Hutan Larangan
Nagini Sentiasa disisi Lord Voldemort selepas cawan Helga Hufflepuff dicuriBertha Jorkins[8] Neville Longbottom Dipancung menggunakan pedang Godric Gryffindor Pintu dewan besar Hogwarts


Kredit untuk http://harrypotter.wikia.com/wiki/Horcrux untuk informasi di atas. Terima kasih banyak.

Khamis, 18 November 2010

Posted by peaqour On 5:13 PTG 5 comments

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Filem ni merupakan salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ni oleh kaki wayang terutamanya peminat setia buku Harry Potter. Kali ni aku tak berkesempatan nak tengok tayangan perdananya yang pertama kali ditayangkan di Wangsa Walk, clash dengan giliran aku balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha. Family come first! So tiket tayangan perdana wife aku bagi pada adik adik dia. Feedback daripada diorang? Diorang kata 'awesome!'. Tak buleh jadi, ini membuatkan aku makin nak tengok filem ni. Betul ke best sangat. Balik dari kampung terus aku dapatkan satu tiket.
Poster filem Harry Potter kali ini.

Daripada trailer yang disajikan kepada kita baik di pawagam ataupun di youtube, kita akan menjangkakan ada banyak scene battle antara good and evil, antara geng the Order of the Phoenix dengan team Harry Potter menentang team Lord Voldemort dengan geng Death Eatersnya. Kalau dalam bukunya, bab bab awal je dah ada yang mati dan tercedera, tak macam buku buku sebelumnya yang banyak membuang masa kita dengan kisah Harry dan keluarga Dursley. Dalam buku, ada banyak scene kejar mengejar, antara Harry Potter dan kawan kawan yang di dalam pelarian dengan Death Eaters dan Snatchers (freelancer kepada Death Eaters untuk menangkap sesiapa yang half blood). Dalam buku juga ada banyak adegan asmaradana antara watak watak utamanya, Hermione dengan Ron, Harry dengan Ginny. Kalau membaca buku Harry Potter setiap bab akan membuatkan kita melekat dan nak teruskan bab yang seterusnya sebab sarat dengan aksi, dialog lucu, plot plot yang menarik, perkembangan watak tertentu yang membawa lebih keseronokan dan memeranjatkan kita dan macam macam lagi.

Aku cuba membayangkan filem kali ni sama seperti apa yang diceritakan di dalam buku, bakal bermula dengan serang menyerang dengan hujahan sihir, pendek kata tidak ada babak yang dikurang untuk disajikan kepada peminat filem ini. Tapi filem tetap sebuah filem, seberapa lama pun filem ini cuba diputarkan untuk menceritakan keseluruhan bukunya, tetap tak boleh untuk memberikan setiap adegan dan details seperti yang kita baca. Takpelah mari kita semua maafkan dan memahami kesukaran itu, kita layan je dan hayati apa yang David Yates boleh olah daripada buku terakhir Harry Potter ini.

Rumah keluarga Weasley kali ini lebih kecil berbanding
dalam filem sebelum ni.
Untuk bahagian pertama ini filem terakhir Harry Potter ini, rupa rupanya David Yates (pengarahnya) mahu memberikan lebih banyak info-info untuk penonton boleh kutip sebagai bekalan dalam menonton bahagian kedua filem ni nanti. Ramai mungkin akan mengeluh terutamanya kepada mereka yang bukan peminat buku Harry Potter, mereka sure akan mengatakan filem kali ni boring, banyak bercakap, kurangnya action walaupun ada. Pengarahnya mungkin sengaja memberikan trailer yang semuanya aksi untuk menarik penonton datang menonton di pawagam, tapi bila dah datang ke pawagam sebaliknya lebih banyak scene scene bersembang. Tapi jangan lupa, walaupun banyak scene mereka bercakap tapi kesemuanya adalah apa yang penonton perlu tahu dalam menjadikan misi Harry Potter berjaya untuk mengalahkan Lord Voldemort yang semakin susah untuk ditewaskan. Nasihat untuk penonton yang tak membaca buku Harry Potter, hayati apa yang mereka ucapkan dalam dialog dialog mereka, kalau tak faham dapatkan kawan anda yang faham supaya nanti pada bahagian kedua anda tahu apa sebenarnya yang Harry Potter dan rakan rakannya nak cari dan untuk apa mereka cari.

Sesuatu yang ketara dan sikit membuatkan rasa ada kureng tentang filem Harry Potter ni, konsistensi set lakonan. Contohnya rumah keluarga Dursley dan keluarga Weasley, setiap filemnya pasti rekabentuknya berubah. Okay tolak rumah Dursley, rumah manusia kebanyakannya serupa, tapi rumah keluarga ahli sihir iaitu keluarga Weasley, bagi orang orang yang memang menanti nantikan filem ni kecewa akan perubahan set yang dibuat. Filem dulu bentuk rumah lain, filem sebelum ni lain, filem kali ni lain. Tapi lokasi lain untuk filem kali ini memang menarik dengan menonjolkan banyak tempat tempat cantik. Aku agak ini bagi mengelakkan kebosanan penonton untuk menghadap adegan pelarian Harry Potter, maka tempat tempat yang cantik dan sinematografi yang menarik cuba ditonjolkan bagi mengatasi kebosanan. Nak buat macam mana, masa adegan mereka berkelana nilah macam macam yang akan berlaku dan macam macam yang mereka dapat korek. Apa dia...? Haa... kena la tengok sendiri.

Adegan romantik cium cium, yang ini okey lagi ada lagi
satu adegan yang agak menjolok mata korang nanti.
Filem kali ni masih mengekalkan pengarah sebelumnya iaitu David Yates (Harry Potter and the Half Blood Prince dengan Harry Potter and the Order of the Phoenix). Para pelakon pun tak payah nak diperkenalkan lagi. 95% semuanya korang dah tahu, orang yang sama. Yang bertukar pun cuma pelakon tambahan. Rasanya lebih ramai pelakon tambahan diperlukan untuk filem kali ni. Untuk memenuhkan koridor jalan raya dengan orang lalu lalang, para pekerja di dalam pejabat Kementerian Sihir, tetamu yang datang masa majlis perkahwinan Bill dan Fleur. Lakonan kali ini juga menampakkan kedewasaan kepada para pelakon remajanya. Bahagian pertama ini cuma menonjolkan tiga watak utamanya sahaja, nanti di bahagian kedua aku rasa baru kawan kawan Harry yang lain (Luna, Longbottom, kembar Weasley, dll) memainkan peranan terutama di pertarungan terakhir di Hogwarts nanti. Kali ini juga adegan cium cium dibuat lebih dewasa dan agak kurang sesuai untuk tontonan kanak kanak. Aku maklumkan kat sini ada adegan seolah olah Harry dan Hermione macam berbogel, so agak kurang sesuai untuk yang di bawah umur tapi cuma satu je, mungkin masa scene tu korang tutup la mata budak budak yang datang tu.

Sinopsis

Mereka dikepung oleh Snatchers.
Kalau masih ingat dengan filem Harry Potter sebelum ni, Dumbledore dah mati dibunuh oleh Profesor Snape membuatkan Harry bagai hilang arah dan petunjuk macam mana untuk dia kalahkan Lord Voldermort. Dah tu Dumbledore bagi lagi tugasan yang sangat susah untuk remaja macam dia buat iaitu mencari Horcrux iaitu pecahan jiwa Lord Voldemort dan rahsia macam mana dia tidak mati walaupun banyak kali percubaan Harry untuk membunuhnya.

Maka dengan kematian Dumbledore, dia telah mewasiatkan beberapa barang khusus untuk Harry, Ron dan Hermione dalam usaha mereka memusnahkan Horcrux. Apa barang barangnya? Tak boleh cerita, kena pegi tengok di pawagam. Ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan abang Ron, Bill Weasley dengan Fleur Delacour, majlis itu diserang oleh Death Eaters dan mereka bertiga melarikan diri bagi mengelak daripada ditangkap oleh konco konco Voldemort. Sepanjang pelarian mereka, banyak yang mereka ketahui dan banyak juga kesusahan yang mereka lalui.

Apa Voldemort nak agaknya dengan mayat Dumbledore ni.
Plot cerita ni memang menarik cuma di dalam buku better.
Dalam masa yang sama, Voldemort juga berusaha untuk menguatkan dirinya sebab sedar tongkat saktinya tidak mampu untuk membunuh Harry. Dia perlu mencari tongkat sakti yang lebih kuat dan dia mengetahui wujudnya satu tongkat sakti yang paling berkuasa pernah dicipta daripada sebuah kisah kanak kanak di dunia ahli sihir, Tale of the Beedle Bard. Agak agak dia jumpa tak? Tak boleh cerita, kena pergi tengok di pawagam.

Walaupun membaca bukunya lebih mendebarkan dan lebih mengujakan, tapi menonton filemnya juga adalah satu yang tidak boleh dilepaskan sebab dengan membaca kita cuma boleh bayangkan tapi di filem kita lebih puas sebab dah disajikan secara lebih realistik adegan adegan di dalam buku cuma yang tak bestnya dia tak cover semua dalam buku tu dari awal sampai habis. Tapi ia tetap menarik ditonton dan memang tak sabar nak tunggu tahun depan untuk pengakhiran cerita ni, Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 1.

Mari baca ulasan Harry Potter ni di blog lain pulak. Mari masuk ke sini http://www.mnirashid.com/blog/harry-potter-7-vs-2-alam/

Jumaat, 12 November 2010

Posted by peaqour On 4:43 PTG 2 comments

Akan Datang: Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1


Ini adalah kali pertama aku buat entry Pre-Movie, aku khususkan untuk filem filem yang belum atau lama lagi nak ditayangkan di pawagam.

Harry Potter adalah buku kegemaran aku sejak ianya mula popular di seluruh dunia. Aku beli buku dia setiap siri, sebelum buku dia keluar aku sama-sama tempah kat MPH supaya aku tak ketinggalan membaca pengembaraan terbaru si Harry Potter dan rakan rakan. Bagi aku J.K. Rowling memang seorang penulis yang genius. Imaginasi dia di dalam dunia ahli sihir memang tinggi.

Tapi sayangnya bila buku-buku tulisan beliau difilemkan, hasilnya agak mengecewakan bagi peminat peminat buku Harry Potter. Ye la, dah la tak ikut buku sebijik sebijik, kadang kadang ada pulak babak yang ditambah untuk menyedapkan cerita, ada pulak watak yang sepatutnya ada tapi dalam filem takde pulak. Tapi apa apa pun usaha membawa buku Harry Potter ke layar perak sesuatu yang bagus. Peminat bukunya tak perlu lagi nak berimaginasi tentang sesuatu babak di dalam plot buku tersebut, terus aje tengok dari filemnya bagaimana sesuatu scene atau environment dunia sihir. Sebab pengarahnya sure akan berbincang dengan J.K. Rowling sebelum ianya ditransferkan kepada layar perak, of course dia akan bagi approval, sama ke tak macam apa J.K. Rowling sendiri bayangkan.

Pada tahun ni, filem yang paling dinanti nantikan ni sudah pun masuk ke buku yang terakhir. Tapi buku yang terakhir ni telah dipecahkan kepada 2 bahagian. Mungkin nak mengelakkan lebih banyak scene di dalam buku tertinggal, ini membuatkan filem ini semakin menarik. Tapi yang tak bestnya bahagian kedua kena tunggu setahun lagi, baru dia betul betul habis.

Aku sebenarnya nak share gambar gambar scene untuk filem Harry Potter and the Deathly Hallows - part 1 ni, tapi tetiba macam terbanyak pulak tertulis kat atas tu. Siapa yang dah pernah tengok gambar dibawah boleh teruskan blog walking ke bloger lain, siapa yang baru first time tengok enjoy gambar gambar di bawah.
 
Kredit untuk http://www.comingsoon.net/ untuk semua gambar gambar scene filem di atas. Aku memang suka masuk website nih untuk perkembangan terkini filem filem yang aku minat.