The Dark Knight Rises - Ulasan Filem

Kita biasa tengok Batman belasah penjenayah, ada jugak la Batman kena belasah kadang-kadang tapi tak teruk mana, dia boleh lawan balik. Tapi dalam filem terbaru ni Batman telah dibelasah amat teruk sampai tak boleh berjalan.

Ice Age 4 : Continental Drift - Ulasan Filem

Ice Age yang pertama, kita diperkenalkan kepada watak-watak utamanya iaitu Manny, Diego, Sid dan yang paling ramai penonton suka ialah Scrat (tupai yang obses dengan buah berangan tapi tak pernah langsung dapat makan buah tu).

Brave : Ulasan Filem

Filem animasi ni diambil daripada kisah fairy tale dari negara Scotland. Namun mesej pengajarannya amat memberi kesan kepada yang menontonnya. Teruskan membaca.

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem

Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Cekitdaut!

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember

Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.

Selasa, 3 Julai 2012

Posted by peaqour On 12:21 PTG 1 comments

TV Android Ice Cream Sandwich keluaran lenovo


Nampaknya medium untuk sistem operasi popular Android menjadi semakin besar. Kini ianya telah dipasangkan di dalam sebuah smart TV yang telah diusahakan oleh syarikat pengeluar IT terkemuka Lenovo.

Smart TV ini yang dikenali dengan kod modelnya K91 dijangkakan akan mula dipasarkan di pasaran China dahulu. Bila sebuah TV dipasangkan dengan Android bermakna pengguna boleh terus bermain game, menggunakan applikasi yang di download daripada Google Play, melayari internet dan sebagainya tanpa perlu melalui apa-apa device perantara. Kalau sebelum ni sebuah smartphone android boleh berhubung dengan smart tv dengan menggunakan teknologi DLNA, kalau produk Apple pula iPad / iPhone / iPod boleh memaparkan kandungan dari skrin iPad / iPhone / iPod di TV dengan melalui Apple TV atau cable penyambungan. Ini bermakna lenovo adalah syarikat pertama yang terus menggunakan Android ke dalam smart tvnya.

Smart TV Lenovo ini juga dibekalkan dengan 2 alat kawalan jauh; iaitu alat kawalan untuk menukar siaran dan settings dan lagi satu adalah alat kawalan jauh untuk pengguna bermain game yang telah diinstall daripada Google Play. Tak payah nak beli Playstation lagi la nampaknya.


Cekitdaut videonya yang diambil oleh AndroidPolice.com semasa acara CES 2012.


Bila la nak sampai kat Malaysia, tak boleh nak dijangka. So kalau anda nak memaparkan skrin smartphone anda kedalam TV LCD anda, guna je dulu DLNA untuk mereka yang menggunakan smartphone berasaskan  Android atau beli cable penyambungan atau beli Apple TV kalau nak nampak canggih lagi jika anda adalah pengguna produk smartphone atau tablet keluaran Apple.

Sumber: Androidpolice

Posted by peaqour On 2:04 PG 0 comments

The Amazing Spider-Man : Ulasan Filem


Sekali lagi Marvel menerbitkan semula filem yang diadaptasi daripada watak ciptaan Stan Lee dan antara watak adiwira yang paling berjaya dan paling diminati iaitu Spider-Man. Filem terbarunya kali ini bukan kesinambungan daripada filem-filem francais Spider-Man yang lepas-lepas, sebaliknya merupakan satu susunan baru daripada pengarah yang baru serta pelakon-pelakonnya yang baru. Filem kali ini cuba lari daripada bayang filem-filem Spider-Man yang sangat berjaya sebelumnya. Bila plot filem dimulakan semula dari Peter Parker seorang mangsa buli mendapat gigitan labah-labah dan menjadi kuat gila, maka pasti ramai yang akan datang ke panggung untuk mahu melihat perbandingan, sebanyak mana persamaan dan perbezaan filem terbaru ini dengan filem pertama Spider-Man arahan Sam Raimi dulu.

The Amazing Spider-Man seingat aku sama seperti tajuk yang digunakan pada komik-komiknya keluaran Marvel. Flilem ini menggunakan khidmat Marc Webb sebagai pengarahnya manakala Andrew Garfield memainkan watak Spider-Man dan Peter Parker yang baru selepas Tobey Macguire. Marc Webb tidak pernah mengarahkan sebuah filem box-office sebelum ni, beliau kebanyakkannya mengarahkan filem dokumentari penyanyi-penyanyi terkenal seperti 3 Doors Down, Jesse McCartney, Green Day, No Doubt. Kali ni tiada Mary Jane Watson sebagai heroin dan digantikan dengan watak cinta hati pertama Peter Parker iaitu Gwen Stacy yang dilakonkan oleh Emma Stone. Watak antagonisnya pula ialah The Lizard atau Dr. Curt Connors yang juga rakan baik ayah kepada Peter Parker di Oscorp. Maaf tiada Green Goblin langsung yang membuat cameo tapi ada Norman Osborn tu pun kalau korang keluar panggung awal, takkan jumpa la dengan watak ini. Tapi cameo daripada Stan Lee seperti biasa la sure ada macam dalam semua filem watak-watak ciptaan dia, Stan Lee dalam filem ni jadi penyelia perpustakaan semasa scene pergaduhan antara Spider-Man dengan The Lizard.

Antara percubaan Marc Webb untuk menghasilkan kelainan dalam Spider-Mannya ialah penggunaan kamera semasa Spider-Man bergayut, dia banyak menggunakan teknik first-person-view atau senang citer camera itu ialah dari pandangan mata Spider-Man. Kiranya agak kewl jugak. Selain tu of course outfit atau uniform Spider-Man, material yang digunakan agak berlainan dan nampak macam memang Andrew Garfield yang buat sendiri. Tak secantik seperti uniform Spider-Man yang dipakai oleh Tobey MacGuire. Watak Peter Parker juga dimainkan oleh Andrew Garfield lebih remaja dan lebih muda.

Spider web Spider-Man kali ni jugak bukan semulajadi dari badan dia tapi dari mesin macam jam tangan yang dicipta sendiri oleh Peter. Selain tu Spider-Man kali ini macam komik yang digerakkan, gaya-gayanya memang macam dalam komiknya especially pada babak terakhir Spider-Man melompat dengan kaki terkangkang sambil nak menembak spider webnya untuk mula bergayut memang sebijik macam dalam komiknya. Satu lagi kelainannya ialah munculnya watak ibu bapa kepada Peter Parker iaitu Richard Parker dan Mary Parker. Watak Ben Parker juga lebih penyayang dan sangat sporting berbanding dengan filem Spider-Man yang dulu. Satu lagi kelainannya ialah Peter tak dapat cari pembunuh pakciknya walau lama dia cari sampailah munculnya The Lizard, lama-kelamaan penjahat yang membunuh pakciknya dilupakan oleh Peter.

Kalau persamaan pulak, plot ceritanya kebanyakkannya sama tapi ini mungkinlah disebabkan penulis skripnya tak nak menyimpang jauh daripada cerita asal Spider-Man. Kalau tak mau mengamuk Stan Lee nanti. Antaranya plot pakcik Ben yang mati ditembak oleh perompak yang melarikan diri, babak Peter Parker di gelanggang gusti dan mendapat idea untuk memakai topeng bagi menyembunyikan identitinya, plot macam mana terciptanya watak antagonis utamanya iaitu The Lizard iaitu daripada seorang yang rapat dengan Peter Parker kemudian menjadi musuh, bergaduh dan nak berbunuh-bunuhan tapi last-last yang jahat menyesal dan tolong Spider-Man pulak. Sama macam filem Spider-Man dulu dengan watak Mr.Octopus kan? Selain tu plot cinta monyet Peter Parker dan Gwen Stacy yang dihalang oleh ayahnya bagi mengelakkan anaknya terlibat dalam kesusahan kalau bersama dengan Spider-Man yang sentiasa mempunyai musuh. Babak Inspektor Polis Kapten Stacy (ye dia ayah Gwen awek Peter Parker) yang mati di tangan The Lizard ketika cuba menolong Spider-Man ialah babak yang klise yang ada di mana-mana babak dalam filem superhero yang lain.

Bagi babak pertarungan terakhir antara baik dan jahat, rasanya babak-babak pertarungan dalam filem francais Spider-Man sebelum-sebelum ni lagi menarik terutama babak Spider-Man Tobey MacGuire menahan LRT, babak tu memang sangat menarik. Tapi dalam filem yang ini, macam tiada babak pertarungan yang boleh kita ingati. Rasa macam ada janggal sikit melihat Andrew Garfield yang kurus menjadi Spider-Man tapi lakonan dia tak mengecewakan. Antara pelakon lain di dalam filem ini ialah Martin Sheen sebagai Uncle Ben, Denis Leary sebagai Captain Stacy juga ayah kepada gwen Stacy, Sally Field sebagai Aunt May dan juga Irrfan Khan sebagai Rajit Ratha iaitu perantara antara Dr. Curt Connors dengan Norman Osborn.

Secara keseluruhannya filem The Amazing Spider-Man ni bebaloi untuk kita tonton. Kalau korang ada dit lebih, better cuba tonton di panggung IMAX yang lebih besar dan 3D yang lebih best dan lebih puas di Sunway Pyramid. Soundtrack filem ni jugak best-best dan aku tersilap dengan mengatakan filem ni lebih serius, tapi sebenarnya ia juga ada humor yang disajikan untuk kita dan lebih cute lagi dari filem Spider-Man sebelum ni. Selamat menonton ya!



Isnin, 2 Julai 2012

Posted by peaqour On 3:25 PTG 9 comments

Filem Filem Best 2012 : Julai - Disember



Dalam tahun 2012 sejak Januari kita dah banyak menonton filem-filem menarik di panggung. Ada filem yang ditunggu-tunggu macam The Avengers, Battleships, Ghost Rider: Spirit of Vengeance, Abraham Lincoln: Vampire Hunter dan macam-macam lagi lah. Jom pulak kita tengok apa lagi filem-filem yang dijangka menarik untuk kita tonton untuk separuh yang kedua tahun 2012 pulak ye.


Get ready geng, here come the list

1. The Amazing Spider-Man (baca review klik sini)



Tarikh Tayangan: 3 Julai 2012


Pengarah: Marc Webb


Pelakon Yang Ada: Andrew Garfield, Emma Stone


Kenapa dia best: Dah nama citer Spiderman, watak superhero yang terkenal dari bapak budak yang membesar dengan watak ni sampailah ke kanak-kanak zaman sekarang semua kenal sapa Spiderman. Kali ni ianya bukan sambungan filem Spiderman sebelum-sebelum ni, tapi telah diolah mengikut acuan pengarahnya juga yang baru, bukan lagi Sam Raimi. Kalau sebelum ni Spiderman ada sisi humornya tapi nampaknya filem yang baru ni Spidermannya lebih serius. Memang tak sabar nak tunggu.


Trailer:



2. Ice Age 4: Continental Drift


Tarikh Tayangan: 12 Julai 2012

Pengarah: Steve Martino, Mark Thurmeier


Pelakon Yang Menyumbang Suara: Ray Romano, Queen Latifah, Jennifer Lopez, John Leguizamo, Denis Leary, Nicki Minaj, Drake, Sean William Scott, Patrick Stewart


Kenapa dia best: Edisi ke-4 Ice Age kali ni lagi banyak menggunakan suara penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Jennifer Lopez dan Nicki Minaj, Drake. Filem animasi ni membawa kita ke zaman pra-sejarah, zaman ais dengan telatah binatang yang paling kita suka iaitu Scrat si tupai yang tak habis-habis kejar buah berangan. Jugak yang best watak Sid si sloth yang bodoh-bodoh alang tapi tetap merupakan kawan baik kepada gajah mammoth Manny dan Diego si harimau taring panjang. Kali ni diorang semua menghadapi konflik yang berbeza dimana terbentuknya benua-benua menyebabkan Manny dan kawan-kawan dia terpisah dengan keluarganya dan juga ancaman daripada lanun. Sure kelakar so bawak anak-anak korang ke pawagam, ada versi 3D jugak pada yang minat 3D.


Trailer:



3. The Dark Knight Rises

Tarikh Tayangan: 19 Julai 2012


Pengarah: Christopher Nolan

Pelakon Yang Ada: Christian Bale, Anne Hathaway, Liam Neeson, Tom Hardy, Joseph Gordon-Levitt, Gary Oldman, Morgan Freeman, Michael Caine


Kenapa dia best: Batman semestinya satu lagi filem superhero yang paling ditunggu-tunggu seluruh dunia. Seorang superhero yang sentiasa cool dengan suara garau dia, dengan gadget-gadget keliling pinggang, kereta, motorsikal, jet dan bot yang canggih, berpengkalan di bawah gua di bawah mansion dia. Lagi ada watak-watak baru yang semua orang nak tengok macam Cat Woman dan penjahatnya kali ni ialah Bane. Kalau filem Batman yang lepas Dark Knight membuatkan kita rasa tak sedar lebih 2 jam berlalu disebabkan jalan ceritanya dan lakonan pelakon-pelakon yang best, kita tunggu pulak sambungannya kali ni. Best ke tak?

Trailer:






4. Total Recall



Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2012

Pengarah: Len Wiseman

Pelakon Yang Ada: Collin Farrell, Kate Beckinsale, Jessica Biel, Bill Nighy


Kenapa dia best: Kalau korang ingat, tahun 1990 dah ada satu filem tajuk yang sama jugak lakonan Arnold Schwarzenegger tapi Total Recall tahun ni dikatakan bukan remake kepada filem Arnold tuh. Sebaliknya ianya diadaptasi daripada sebuah cerita pendek  'We Can Remember It For You Wholesale' oleh Philip K. Dick. Kalau tengok pada trailer dia memang macam syok dan ada ciri-ciri macam Total Recall yang lama. Mungkin juga ini filem untuk menaikkan semula nama Collin Farrel yang lama dah tak jadi hero. Tapi sure ramai jugak yang nak tengok filem ni sebab ada antara awek hot di Hollywood iaitu Jessica Biel.

Trailer:






5. Bourne Legacy


Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2012


Pengarah: Tony Gilroy

Pelakon Yang Ada: Jeremy Renner, Edward Norton, Rachel Weisz


Kenapa dia best: Filem ni pelik sikit, tajuk dia Bourne Legacy tapi watak utamanya sebelum ni iaitu Jason Bourne lakonan Matt Damon takde. Hero untuk filem ni wataknya ialah Aaron Aziz Cross. Tak tau la kenapa macam tu maybe gimik untuk peminat setia filem francais Bourne sebelum ni untuk tengok apa hal pulak takde Jason Bourne dalam filem ni. Tapi kita pasti akan dihidangkan dengan aksi gaduh-gaduh yang best pastu pelakon pun yang terhangat masakini iaitu Jeremy Renner dan ada lagi Rachel Weisz dengan Edward Norton. Mesti best.

Trailer:





6. Expendables 2: Back For War

Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2012

Pengarah: Simon West

Pelakon Yang Ada: Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Bruce Willis, Jet Li, Jason Statham, Liam Hemsworth, Jean-Claude Van Damme, Dolph Lundgren, Chuck Norris, Novak Djokovic (????)


Kenapa dia best: Apa jadi kalau kita satukan semua hero-hero filem-filem aksi terhebat dunia dalam satu filem? Tak ke huru-hara jadinya. Sapa nak jadi hero kalau dalam tu semua hero? Korang tengok la sendiri kat atas tu list pelakon dia. Yang paling aku tak paham ada Novak Djokovic tuh, apa pulak pemain tenis pun ada sekali. Seriously filem yang pertama Expendables ni aku tak tengok lagi... haha.. tapi ianya tetap menarik dengan kehadiran semua hero-hero filem aksi berlakon dalam satu filem. Sure nak tengok kan... sure gempak punya.

Trailer:






7. Taken 2


Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2012

Pengarah: Olivier Megaton

Pelakon Yang Ada: Liam Neeson, Famke Jannsen, Maggie Grace


Kenapa dia best: Mereka yang teruja untuk menunggu filem ni ialah mereka yang pernah menonton filem sebelumnya; Taken beberapa tahun lepas. Dengan plot ceritanya yang best, aksi gaduh-gaduh pun best. Pendek kata memang best la. Better korang tengok filem yang pertama dulu sebelum tengok filem yang kedua ni.

Trailer: klik sini


8. James Bond: Skyfall

Tarikh Tayangan: 1 November 2012

Pengarah: Sam Mendes

Pelakon Yang Ada: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Judy Dench


Kenapa dia best: Setakat ni belum ada heboh-heboh pasal filem terbaru James Bond ni dan aku pun hampir-hampir terlepas pandang filem ni. Kenapa filem ni best? Of course la sebab kita semua dari kecik dah tengok filem-filem James Bond. Kita suka tengok gadget-gadget yang dia gunakan, suka tengok awek-awek dia yang cun melecun yang semua dapat kat dia je. So tengok je lah nanti.

Trailer:



9. The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2



Tarikh Tayangan: 22 November 2012

Pengarah: Bill Condon

Pelakon Yang Ada: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Taylor Lautner, Ashley Greene, Dakota Fanning


Kenapa dia best: Apa pulak tak bestnya bila Robert Pattinson membuatkan semua gadis-gadis dan mak-mak orang jatuh cinta pada dia. Sebab filem ni la, semua orang suka tengok filem pontianak mat saleh. Ini merupakan filem terakhir untuk saga twilight ni. Personally aku yang pernah baca novel ni, part 2 ni pasti yang paling best sebab pertempuran terakhir antara segala pontianak yang ada dengan keluarga Cullen yang juga meminta tolong daripada geng-geng pontianak yang rapat ngan diorang. Masa ni jugak muncul pontianak yang ada macam-macam power tapi yang paling best ialah power pontianak baru iaitu Bella. Apa kuasa dia..? hehe.. kena la tunggu bulan 11 ye.

Trailer:





10. The Hobbit

Tarikh Tayangan: 13 Disember 2012

Pengarah: Peter Jackson

Pelakon Yang Ada: Martin Freeman, Ian McKellen, Andy Serkis, Cate Blanchett, Hugo Weaving, Orlando Bloom, Elijah Wood


Kenapa dia best: Ini bukanlah filem sambungan The Lord of The Rings, tapi lebih kepada prekuelnya iaitu di zaman sebelum frodo dewasa. Watak utamanya ialah atuk frodo iaitu Bilbo Baggins dalam pengembaraannya dengan Gandalf sehinggalah macam mana dia boleh mendapat cincin lagenda dan juga macam mana dia boleh berjumpa dengan watak yang kita paling ingati dalam The Lord of The Rings iaitu Gollum. Memang tak sabar nak sampai bulan 12 macam nih.

Trailer:


Posted by peaqour On 9:04 PG 0 comments

Video: Semua gol Spain vs Italy Final Euro 2012


Tahniah untuk pasukan Sepanyol atas kejayaan diorang menjadi juara Euro edisi 2012 buat kali ke dua berturut-turut. Sepanyol mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menjuarai 3 kejohanan utama dunia secara berturut-turut iaitu Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Sayang sekali buat pasukan Itali kerana gagal menunjukkan aksi cemerlang mereka sebagaimana mereka menewaskan Jerman haritu.

Mintak maaf semua yang masuk ke post ni, nampaknya tuan punya video tak bagi embedkan video dia ke tempat lain. Cuma boleh ditonton di youtube sahaja. Klik pada link dalam kota youtube di bawah untuk melihat semua gol-gol yang dijaringkan semasa final Euro 2012. Minta maaf lagi sekali ye geng.



Trivia Euro 2012

+ Pasukan Ireland merupakan pasukan yang paling tua kerana Trappatoni memilih pemain rata-rata  mereka yang berusia kerana mahukan skuad yang berpengalaman. Yang paling tua ialah Shay Given berusia 36 tahun dan yang paling muda James McClean berumur 23 tahun.


+ Pasukan yang paling muda pulak ialah pasukan Jerman yang mana kebanyakkannya berusia awal 20-an. Yang paling tua didalam skuad Jerman ialah Miroslav Klose berumur 33 tahun.


+ Pemain paling tua beraksi di Euro 2012 ialah pemain Greece, Kostas Chalkias berumur 38 tahun.


+ Pemain paling muda pulak merupakan pemain pertahanan kiri Belanda, Jetro Willems yang baru 18 tahun, baru lepas SPM kalau kat Malaysia.


+ Pasukan Ireland merupakan satu-satunya pasukan yang mana semua pemainnya tidak bermain di liga negara mereka. Semua yang berada di dalam pasukan Ireland bermain di liga luar.

*kredit buat futebolxi atas video youtube gol-gol yang dijaringkan masa final ni.

Posted by peaqour On 8:48 PG 0 comments

Wajah baru Berita Harian Online


Wah Berita Harian Online berwajah baru. Maybe ini untuk memberikan paparan yang lebih baik untuk tablet kot. Kebanyakkan tabloit tempatan terutama yang besar-besar semua dah keluarkan edisi digital untuk langganan secara maya dan harga yang lebih murah. Sapa tau maybe lagi 3 - 4 tahun majoriti rakyat Malaysia dah mampu memiliki tablet, tablet-tablet pun dah makin murah macam tablet Google terbaru Nexus 7, Amazon Kindle etc, surat khabar fizikal tah tah dah tak keluar lagi kot. Save paper, save the tree... go green...

Jom cekitdaut rupa baru Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/.

Sabtu, 30 Jun 2012

Posted by peaqour On 12:21 PTG 0 comments

Microsoft Surface, Tablet ciptaan Microsoft


Tak lama sebelum Google mengumumkan tablet keluaran mereka; Nexus 7, Microsoft terlebih dulu dah announce mereka akan mengeluarkan tablet hasil ciptaan mereka sendiri iaitu tablet yang dipanggil Surface. Persaingan terbaru yang diberikan oleh Microsoft ni akan menjadikan pasaran tablet akan menjadi semakin menarik dengan bertambahnya satu lagi sistem operasi untuk tablet iaitu Windows 8 untuk bersaing dengan tablet yang berasaskan sistem operasi iOS (Apple), Android (Google) dan Blackberry Playbook OS (Research In Motion).

Apa keistimewaan Surface ni kalau nak dibandingkan dengan tablet-tablet yang lain? Memang spesel tapi persoalannya adakah dia mampu memecahkan dominasi iPad dan tablet-tablet android yang dah ada di pasaran. Jangkaan ini disebabkan Surface akan menggunakan sistem operasi Windows 8 yang mana sistem operasi yang sama juga akan digunakan pada komputer desktop dan laptop bila Windows 8 dipasarkan nanti. Di tambah lagi dengan aksesorinya yang memang cun melecun iaitu cover skrinnya (ala-ala smart cover iPad sebab dia juga guna magnet untuk melekap pada tablet) juga adalah sebuah keyboard yang paling nipis di dalam dunia.Adakah ini bermakna tablet ini ialah PC dan PC adalah tablet? Bayangkan kalau inilah strategi Microsoft maka tak mustahil laptop tak lagi diperlukan sebab tablet dah mampu melakukan apa sebuat laptop mampu buat tambahan lagi tablet adalah lebih ringan, lebih mudah alih, lebih ranggi dan boleh di explore lagi tahap kemampuannya. Selain tu tak dinafikan Microsoft mempunyai fan basenya yang tersendiri maka kemungkinan Surface menjadi pilihan kepada pengguna tablet adalah satu yang tak mustahil.

Surface masih lagi belum dipasarkan dan tiada lagi tarikh bila dia akan mula dijual. Surface akan menggunakan 2 jenis prosessor iaitu ARM dan juga Intel yang mana ARM prosessor mempunyai 2 option memori dalaman iaitu 32 GB dan 64 GB. Untuk tablet yang dikuasakan dengan prosesor Intel pulak akan mempunyai option untuk memori dalaman iaitu 64 GB dan 128GB. ARM adalah prosesor yang biasa digunakan oleh tablet-tablet android biasa yang ada di pasaran masakini terutama tablet yang dihasilkan oleh negara copycat China contohnya Ainol Novo Elf dan sebagainya. Microsoft Surface juga adalah sebuah tablet yang boleh berdiri sendiri, literally tak caya tengok gambar kat atas tu. Pada body tablet tu ada stand yang sepanjang tablet dipanggil kickstand so dia tak perlukan cover untuk kita dirikan kalau nak tengok movie. Jom layan spesifikasi untuk Surface setakat yang diberitahu oleh Microsoft:


Cuma satu kekurangan Surface ni ialah 3rd party apps (aplikasi yang bukan dibina dan dikeluarkan oleh pembuat tablet, tapi orang luar iaitu pihak ketiga) yang masih kurang dibuat oleh para developer apps di dunia. Jumlah bilangan apps yang ada dalam Apple Appstore ialah sebanyak 860,000++, jumlah bilangan apps dalam Google Play pulak ialah sebanyak 600,000++ (semakin mengejar Appstore nampaknya) tapi dalam Microsoft Marketplace cuma ada apps sebanyak 100,000++. Banyak beza tu weih... tapi mana tau dengan kemunculan Windows 8 sebagai platform untuk tablet Surface ni akan membuka minda para developers 3rd party apps di dunia untuk membina lebih banyak apps untuk Windows. Sebab Windows 8 juga akan diinstall dalam PC dan laptop makanya pasarannya adalah lebih luas lagi. Kiranya dan macam Mac, Apple punya komputer yang dah mula boleh download apps-apps, games, produktiviti punya apps dan macam-macam apps lagi sama macam kita download dalam smartphone dan tablet.

Jadi sekarang macam mana? Sebuah tablet yang juga sebuah laptop (mungkin la sebab tak keluar lagi, agak agak aje). Mungkin boleh menjadi pilihan korang untuk memilih tablet pada masa akan datang. Disebabkan harga pun takde lagi, menurut Steve Ballmer ianya adalah kompetitif di pasaran. Biasanya kalau kompetitif tu mahal la kiranya tapi diorang ada bagi option yang murah yang guna ARM prosessor, kira ok la tuh.

Untuk tengok sendiri dari lama Microsoft boleh klik sini http://www.microsoft.com/surface/en/us/about.aspx atau nak tengok video masa majlis pengumuman klik sini pulak http://www.youtube.com/watch?v=ervY6As5OcI&feature=related.

p/s: Kalau keluar Microsoft Surface ni, hmmm mau pening jugak nak ambik ni ke atau Apple Macbook Air... hahaha

Jumaat, 29 Jun 2012

Posted by peaqour On 2:52 PTG 0 comments

Trailer: Taken 2


Filem Taken ditayangkan pada tahun 2008. Walaupun tak mendapat perhatian meluas di Malaysia, tapi ianya mendapat sambutan hangat di luar negara. Mungkin di Malaysia filem ni tak dipromosikan sangat, almaklumlah pelakon hero tua. Tak berapa famous pulak tuh. Tapi seriously filem ni best. Antara filem aksi yang sangat menarik untuk ditonton disebabkan jalan cerita dan skrip dia.

Tahun ni akan keluar Taken 2. Kali ni orang-orang yang Brian Mills (Liam Neeson) bunuh, bapak kepada yang terbunuh tu nak balas dendam. Brian ni ejen CIA yang dah pencen. Memang terer la skill gaduh-gaduh dia lepas pencen dia dengan geng-geng CIA pencen dia jadi bodyguard artis. Tiba-tiba anak pompuan dia kena culik untuk dijadikan pelacur oleh geng-geng gangster masa dia pegi melancong. Brian ni sorang je pegi cari gangster-gangster tu dengan skill yang dia ada, tapi yang paling best dialog dia masa dia cakap dengan penculik tu. Lebih kurang macam ni

"I don't know who you are. I don't know what you want. If you are looking for ransom, I can tell you I don't have money. But what I do have are a very particular set of skills; skills I have acquired over a very long career. Skills that make me a nightmare for people like you. If you let my daughter go now, that'll be the end of it. I will not look for you, I will not pursue you. But if you don't, I will look for you, I will find you, and I will kill you."


Pastu penculik tu balas "Good luck". Tapi dialog ni memang sungguh memberi kesan betul. Korang kena tengok yang first dulu tapi takde masalah kalau nak tengok yang kedua nih. Selamat menonton.

Posted by peaqour On 12:13 PTG 0 comments

Apps Percuma Untuk iPhone/iPod/iPad

Pada mereka yang menggunakan produk iOS keluaran Apple; iPhone / iPod / iPad, mereka adalah sangat bertuah sebab Apple menyediakan AppsStore yang mengandungi aplikasi yang paling banyak dihasilkan dan dijual di dunia kalau nak dibandingkan dengan Android. Terutama sekali applikasi games, tak lupa juga ebook, aplikasi untuk produktiviti, hiburan, sukan dan macam-macam kategori lagi. Apple menawarkan aplikasi yang menarik, berkualiti tinggi dan dengan harga yang berpatutan.

Lagi yang paling best, bila dah ada banyak aplikasi yang ditawarkan mereka juga selalu menawarkan aplikasi yang berbayar secara percuma atau mereka membuat jualan murah / sale tetapi untuk tempoh tertentu saja. Walaupun ada banyak aplikasi yang menarik yang mereka tawarkan secara percuma, tapi kebanyakkannya yang percuma adalah terhad dalam masa kita menggunakan aplikasi tersebut dan secara tak langsung merencatkan mood kita semasa menggunakannya. Contoh bila game yang free kebanyakkan pengeluar game berkenaan menyekat pengguna dengan hanya boleh bermain pada level tertentu saja lepas tu kalau nak teruskan kena dapatkan yang berbayar. Tak syok kan!

Sejak daripada bulan lepas, AppStore di iTunes telah merombak beberapa perubahan pada antaramukanya dan antara yang menarik yang ditambah ialah aplikasi yang diberikan percuma. Macam minggu ni mereka memberikan aplikasi Little Fox Music Box iaitu aplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak menyanyi lagu-lagu macam Old Macdonald Had a Farm etc. Macam minggu lepas ada aplikasi game Pinball Arcade Monster Bash yang mana harga asalnya $0.99. Bestkan!

Ok cuba tengok aplikasi yang disenaraikan kat bawah ni, semuanya ialah aplikasi full version yang ditawarkan untuk korang download percuma je tapi pada tempoh tertentu saja. So apa lagi kalau rasa macam best, review kata menarik, download sajaaa...

1. Flight Control Rocket ($0.99) --> Percuma

Boleh install pada:  iPhone, iPod dan iPad.

Ini ialah game mendaratkan kapal angkasa pada landasan yang betul. Sonang yo... 



2. Mini-Beasts ($0.99) --> Percuma


Boleh install pada:  iPhone, iPod dan iPad.

Ini pulak game tembak-tembak dari ada kenderaan... tujuan dia ialah memusnah monster yang sedang mengejar kita. Selamat menembak.



3. Big Win Baseball ($0.99) --> Percuma



Boleh install pada:  iPhone, iPod dan iPad.

Game baseball, pada sesapa yang minat baseball boleh la cuba-cuba mendownload. Pada yang tak gemar bersukan di luar boleh la bersukan dalam game ajer... haha




4. Little Fox Music Box ($2.99) --> Percuma





Boleh install pada:  iPhone, iPod dan iPad.

Ini bukan game, tapi adalah satu aplikasi khusus untuk toddler. Aplikasi ini mengandungi lagu-lagu untuk kanak-kanak dengan paparan animasi yang menarik minat mereka. Memang rugi kalau tak download sebab memang sangat berbaloi. Kalau habis tempoh percuma dia, harga dia $2.99 tau. Better download je.

Tengok video aplikasi ni kat sini http://youtu.be/M9yefxXVc0E

Okey cuba-cuba download dulu ye. Tapi kena cepat-cepat takut-takut tempoh percuma dah habis.



Khamis, 28 Jun 2012

Posted by peaqour On 12:11 PTG 1 comments

Nexus 7: Tablet pertama keluaran Google


Ini barang baik yeah... ini barang baik yeah... bukan karoot... bukan komedia... tapi Google hari ini (28 Jun 2012) mengumumkan produk terbaru mereka di bawah brand Nexus selepas smartphone mereka, kini tablet yang dipanggil Nexus 7.

Tablet terbaru ini akan dilengkapi dengan sistem operasi android versi terbaru yang mana turut diperkenal pada majlis yang sama iaitu Android 4.1 dengan nama kodnya "Jelly Bean" dan dipasang oleh syarikat Taiwan iaitu Asus. Tablet Nexus 7 akan dijual dengan harga antara yang termurah di pasaran iaitu cuma $199 (dollar US) kira-kiranya bersamaan dengan RM 635 sahaja. Tapi biasalah kalau dah sampai Malaysia sure harga akan naik apa lagi kalau ianya barang baru launch, barang yang tengah hot. Google sudah membuka pra-tempahan untuk sesiapa yang berminat untuk memiliki tablet ini dan penghantaran dikatakan akan dimulakan dua minggu lagi. Tapi malangnya pra-tempahan tidak termasuk di Malaysia lagi kerana tempahan dibuat di laman Google Play yang belum support di negara kita.
Ini dia tablet terbaru di pasaran keluaran Google sendiri
Spesifikasi tablet Nexus 7 ini, check it out:


Skrin
+ 7” 1280x800 paparan HD (216 ppi)
+ paparan Back-lit IPS
+ Corning glass tahan calar
 + Kamera depan 1.2MP

Berat
+ 340 gm

Memori
+ 8 atau 16 GB + 1 GB RAM


Bateri
+ 4,325 mAh (Boleh bertahan hingga 8 jam dengan penggunaan aktif)

Prosesor
+ Quad-core Tegra 3

Saiz
+ 198.5 x 120 x 10.45mm

Wireless
+ WiFi 802.11 b/g/n + Bluetooth

USB
+ Micro USB

Sistem Operasi
+ Android 4.1 (Jelly Bean)

Lain-lain
+ Mikrifon
+ NFC (Android Beam)
+ Accelerometer
+ GPS
+ Magnetometer
+ Gyroscope 
Sistem operasi android terbaru; the "Jelly Bean"
Spesifikasi yang hebat untuk tablet yang harga semurah tablet Amazon; Kindle. Tetapi ciri-cirinya lebih hebat macam skrin yang lebih cantik, NFC iaitu Near Field Communication iaitu cuma sentuh device untuk membuat pembayaran (macam kad Touch 'n GO), sistem operasi paling canggih yang dilengkapi dengan bantuan suara ala Siri keluaran Apple yang ada pada iPhone 4S, processor yang laju dengan jaminan daripada Google yang telah menjalankan Projek Butter untuk memastikan tiada lagging atau tersekat-sekat semasa bermain game atau menonton filem dan macam-macam lagi.

Adakah sasaran Google untuk berlawan dengan iPad kepunyaan Apple? kalau nak dilihat di sini spesifikasi tablet Google ini lebih memberi ancaman kepada tablet Amazon iaitu Kindle disebabkan harganya yang sama tapi pembeli mendapat lebih lagi dengan tablet Google ini. Apple pula dijangka akan mula memasuki pasaran tablet saiz 7" mungkin mereka sasarkan untuk memecah dominasi Amazon Kindle yang mendapat sambutan hangat pada awal tahun ini. Tapi kini mereka terpaksa bersaing dengan Google Nexus 7 yang lebih hebat.
Nexus Q membuatkan terbantut hasrat nak beli Apple TV
Serentak dengan pengumuman itu juga, Google telah memperkenalkan apa yang mereka panggil sebagai "Social Streaming Media Player" iaitu Nexus Q. Ada lagi, mereka turut memperkenalkan sistem operasi smartphone versi terbaru iaitu Android 4.1 yang lebih dikenali dengan kod "Jelly Bean" dan satu lagi projek terbaru mereka yang masih di dalam R&D iaitu Projek Glass.

Nexus Q lebih kurang macam Apple TV yang membantu device seperi iPad, iPhone atau iPod untuk berhubung dengan TV secara wireless. Tapi nampaknya Nexus Q nampak lebih elegan lagi dengan spesifikasinya yang lebih menarik daripada Apple TV.
Sergei Brinn, co-founder Google menggunakan Google Glass, projek terbaru mereka
Kiranya kombinasi antara Nexus 7 dan Nexus Q cukup untuk menjadi set hiburan anda di rumah. Apalagi, selalu la semak dalam Mudah atau cari sendiri di Low Yat atau Digital Mall mana tau kot kot dah ada orang import, tapi for sure mesti mahal la diorang jual.

Nak order? Boleh la try try masuk kat sini http://www.google.com/nexus/#/7/specs

p/s: Rasa macam nak sambar satu la... memang menggiurkan.

Rabu, 27 Jun 2012

Posted by peaqour On 12:27 PTG 6 comments

iTunes Store® kini di Malaysia

Tengok kat sebelah kanan tu, Top Chart Ziana Zain listed kat situ brader... 

Betul... iTunes Store® kini dah ada untuk Malaysia. Berita gembira kepada semua fanboy produk Apple di Malaysia tak kira la apa device Apple yang anda gunakan; iPhone, iPad, iMac, Macbook etc etc, kini anda tak perlu lagi nak create Apple ID US untuk dapatkan content content seperti sewa beli HD Movie dari iTunes, beli lagu lagu secara sah, menggunakan perkhidmatan iTunes Match untuk sync lagu-lagu anda di dalam iCloud, download apps yang tak terdapat dalam Appstore Malaysia contohnya macam Kindle etc.

Baca lebih lanjut di website Apple sendiri di http://www.apple.com/pr/library/2012/06/26Apple-Launches-iTunes-Store-in-Hong-Kong-Singapore-Taiwan-Nine-Additional-Countries-in-Asia-Today.html.

Tengok, album Ziana Zain dalam iTunes Store brader... jom beli yang ori
Jika di Hong Kong, Andy Lau, Jay Chou dan penyanyi terkenal negara itu sudah mula mempromosikan lagu mereka di iTunes Store®, sekarang tengok tuh Ziana Zain dah ada dalam Top Ten songs dan semua artis tempatan berpeluang menjual lagu-lagu mereka terus dari iTunes Store® juga. Maka ini mungkin akan dapat mengurangkan lagi masalah cetak rompak di Malaysia. Sekarang ini masyarakat semakin mahukan sesuatu yang berkualiti dan akan kesedaran menggunakan sesuatu yang original. Mungkin ramai jugak yang dah sedar menggunakan barang cetak rompak terutama hasil usaha orang Islam boleh jatuh kepada haram.

Apa benda yang bertambah? Ini antaranya kepelbagaian kandungan, dulu cuma ada Home, App Store, Books dengan iTunesU ajer tapi sekarang dah tambah Music dan Movies. Music kita boleh beli satu album atau satu lagu sahaja dari album itu secara online, terus tolak dari akaun Apple kita yang link dengan kad kredit yang kita daftarkan. Lagu yang di download adalah berformat DRM-free (Digital Rights Management) yang bermakna cuma untuk didengar di device produk Apple sahaja di dalam format berkualiti tinggi 256 kbps kualiti AAC. Sama juga dengan Movies sama ada kita boleh beli atau kita boleh sewa. Beza beli dan sewa, kalau sewa movie yang dah disewa cuma berada di dalam iTunes download dalam tempoh tertentu manakala kalau beli ianya ada selama-lamanya. Selain tu, iTunes Match juga antara servis baru yang ditawarkan. iTunes Match ni ialah antara feature dalam iCloud yang mana kita boleh masukkan lagu lagu yang kita ada selain yang di download dalam iTunes ke dalam iCloud dan kita boleh mainkan lagu di mana mana device Apple yang lain di mana mana sahaja.

Cuma yang takde lagi TV Series. Kita tunggu aje la lagi mungkin akan bertambah lagi pada masa akan datang.

Posted by peaqour On 10:55 PG 2 comments

Abraham Lincoln: Vampire Hunter


Fuyoo! Rupa-rupanya presiden pertama Amerika adalah seorang pemburu pontianak. Pergghhh... gila tahap gaban dah ni kot ye pon nak mempropagandakan yang negara diorang tu semua terer. Tu yang malas nak layan sangat propaganda propaganda Amerika ni, tapi tengok la jugak filem ni atas dasar suka tengok wayang dan dengan harapan terhibur dengan jalan ceritanya. Terhibur ke tak? Teruskan bacaan anda.

Awal awal lagi aku nak bagitau filem ni dikelaskan sebagai 18SX. Di pawagam masih ada adegan yang tidak boleh dipertontonkan kepada kanak kanak contohnya separa bogel, darah memercik mercik, keganasan melampau dan sebagainya. Tak tau la kalau versi uncut punya maybe ada babak yang lebih 18SX.

Pengarah Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni ialah Timur Bekmambetov seorang pengarah berasal dari Russia. Antara filem-filem beliau sebelum ni yang terkenal ialah Wanted, Night Watch, Day Watch, The Darkest Hour. Filem Wanted kalau korang ingat lakonan Angelina Jolie dengan encik faun James McAvoy. Filem Night Watch dengan Day Watch adalah filem francais pontianak versi Russia dan filem The Darkest Hour tak menampilkan pelakon terkenal tapi turut memilih Russia sebagai lokasi di dalam filem. Timur ni punya style yang aku nampak dia suka ketengah visual effect yang canggih dan cantik. Memang nampak macam sangat best bila kita menonton trailer filem filem dia. Tapi itulah masalah dia, penceritaan dan jalan cerita dia ada macam sikit kurang. Boleh membuatkan kita menguap dua tiga kali tapi tak sampai tertidur sebab terlayan dengan visual effect yang diketengahkan dan jugak aksi stunt yang segar.

Sama juga untuk filemnya Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni, masa menonton trailer beberapa bulan yang lepas, ia berjaya membuat kita teruja untuk menonton filem ni. Tapi sayangnya selepas habis menonton, kita keluar dari panggung ianya tidak memberikan impak yang besar. Cuma sekadar filem biasa. Tapi terhibur jugak la sikit dengan visual effect dan aksi yang disajikan. Ditambah lagi dengan tajuk filemnya yang membuatkan ramai orang tertarik. Presiden Amerika seorang pemburu pontianak? Hmm.. memang mampu menarik penonton yang ingin tahu jalan ceritanya bila membaca tajuknya.

Pelakon filem ini jugak bukan pelakon yang biasa kita kenali. Menggunakan Benjamin Walker sebagai watak utama Abraham Lincoln. Membaca Benjamin Walker punya kerjaya dalam perfileman, tiada satu pun filem yang pernah aku tengok. Mungkin Timur ada masalah bajet kot maka membataskannya untuk memilih pelakon-pelakon gred A Hollywood. Pelakon yang mungkin korang pernah tengok ialah Dominic Cooper yang membawa watak bapak kepada Iron Man; Howard Stark dalam filem Captain America. Dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni, Dominic Cooper membawa watak pontianak yang bertanggungjawab menjadikan Abraham Lincoln sebagai pembunuh pontianak merangkap cikgu yang mengajar skill membunuh pontianak kepada Abraham. Aik..? pontianak ajar Abraham membunuh pontianak? pelik? tak pelik aku rasa ianya agak klise kerana sebab sebab seperti ini pernah ada dalam filem filem macam ni sebelum sebelum ni. Kenapa? Korang tengok sendiri nanti di pawagam.

Sikit sinopsis filem ini, tentang Abraham Lincoln yang semasa kecilnya kononya ibunya telah dibunuh oleh pontianak. Maka di dalam hati dia terbuku perasaan untuk membalas dendam untuk membunuh pontianak itu sehinggalah dia dewasa. Satu hari dia merasakan dia mempunya peluang untuk membalas dendam tapi dia hampir hampir dibunuh oleh pembunuh ibunya tetapi sempat diselamatkan oleh seorang pemburu pontianak iaitu Henry Sturgess. Seterusnya Abraham belajar bagaimana untuk memburu dan membunuh pontianak daripada Henry dan seterusnya dihantar ke tempat tempat yang ditugaskan kepadanya untuk membasmi pontianak yang berkeliaran di serata Amerika. Kononnya pontianak-pontianak yang ada di serata Amerika yang diketuai oleh Adam lakonan Rufus Sewell yang bercita-cita untuk menakluk Amerika dan menjadi pemimpin supaya bangsa pontianak akan diterima oleh manusia biasa. Dari situ tercetusnya naluri pemimpin di dalam diri Abraham dan daripada membunuh pontianak, dia beralih kepada dunia politik untuk memastikan Amerika tidak jatuh ke tangan pontianak pontianak ni.

Dapat ke tidak dia membunuh Adam? Apa pulak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Abraham? pastikan anda ke pawagam berdekatan untuk menonton sendiri kesudahan filem ini.

Jumaat, 22 Jun 2012

Posted by peaqour On 12:07 PTG 0 comments

Trailer: Twilight Breaking Dawn Part 2















Antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem dan juga pembaca buku The Twilight Saga terutama sekali peminat tegar Edward Cullens iaitu Robert Pattinson. Filem terakhir untuk saga ini, kalau pada aku yang membaca buku ini (agak memualkan bila bab romantik tu tapi seronok bab gaduh gaduh dan konflik), siri terakhir ini adalah yang paling best. Kali ini keluarga Cullens nak tak nak terpaksa berdepan peperangan dengan Volturi iaitu pertubuhan pontianak sedunia.

Best ke? sama-sama kita nantikan ye di pawagam nanti. Kita layan trailer dulu.

Posted by peaqour On 11:23 PG 0 comments

Madagascar 3: Europe's Most Wanted


Menonton filem animasi Madagascar installment yang ke tiga ini pada aku merupakan yang paling menghiburkan, lebih menyeronokkan, paling kelakar dan lebih banyak yang tersirat jika nak dibandingkan dengan filem-filem Madagascar yang sebelumnya.


Tema kali ini masih kekal dengan 'kebebasan'. Kalau filem yang pertama mereka; Alex (Ben Stiller), Marty (Chris Rock), Melman (David Schwimmer) dan Gloria (Jada Pinket Smith) nak mebebaskan diri mereka daripada hidup terkurung di dalam zoo di New York dan mencari kebebasan dan hidup seperti haiwan normal di habitat mereka yang asal iaitu di Afrika (atau Madagascar). Filem yang kedua pula mereka merasakan tindakan mereka melarikan diri itu silap, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan habitat Afrika yang mana mereka perlu mencari makanan dan perlindungan sendiri berbeza dengan hidup di zoo yang dijaga rapi, maka mereka nak mencari kebebasan dengan lari dari Afrika dan nak kembali semula ke zoo di New York. Kali ni filem ke tiga pula mereka masih mahu meneruskan misi mereka untuk membebaskan diri mereka untuk menuju ke New York cuma dengan cara yang berbeza dengan filem kedua.


Setiap kali installment yang baru mesti ada watak baru. Kali ini mereka semua berjumpa dengan watak baru lagi yang terpaksa mereka tumpang selepas kapal terbang ciptaan penguin terhempas lagi. Kali ini ada tambahan watak haiwan yang baru iaitu Gia si harimau bintang, Vitaly si harimau belang, Stefano si singa laut, Sonya si beruang dan beberapa lagi haiwan yang merupakan haiwan sarkas yang patah semangat untuk menjadi haiwan sarkas lagi. Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk ke London untuk mempersembahkan aksi sarkas mereka dengan harapan mereka akan dapat menarik minat promoter daripada US dan seterusnya membawa mereka ke New York dan mereka juga sebenarnya mahu membuktikan bahawa mereka masih kumpulan sarkas yang pernah hebat pada suatu masa yang dahulu terutamanya superstar sarkas tersebut iaitu Vitaly yang berkebolehan melompat gelung dari yang besar hinggalah ke sekecil-kecilnya.

Kali ni juga ada watak baru yang berjaya membuatkan orang meluat tengok iaitu  watak polis yang pakar dalam menangani masalah kekacauan yang ditimbulkan oleh haiwan iaitu kapten Chantel DuBois. Dengan muka yang bengis ala cikgu disiplin, memang dia ni menjengkelkan betul tapi pada masa yang sama kita respek kat dia kerana dia memang pakar. Antara banyak-banyak watak yang ada, aku paling suka dengan watak Penguin yang cerdik dan kiut miut... hehe. Haiwan-haiwan yang lain bergantung sepenuhnya dengan kumpulan Penguin ini untuk mereka melarikan diri atau untuk membuat apa apa misi. Watak kedua yang menarik tetap King Julien (Sacha Baron Cohen) yang menghangatkan suasana dengan aksi raja bodoh bodoh alang lagi kelakar dengan pembantunya yang kiut.

Tentunya filem animasi pasti pengarahnya nak buat happy ending, takkan nak bust sad ending pulak kan untuk target audience yang rata-rata dikalangan kanak kanak. Secara keseluruhannya, filem Madagascar 3 inilah yang terbaik berbanding dengan filem filem Madagascar sebelum sebelumnya dan memang tidak rugi untuk ditonton oleh seisi keluarga.